10 Kerusi Gaming Murah Bawah RM400

Memiliki kerusi gaming murah tapi selesa dan berkualiti adalah suatu kemestian kepada gamer tegar. Mana tidaknya purata seorang gamer akan menghabiskan masa yang lama duduk di hadapan gaming monitor, oleh sebab pemilihan kerusi yang selesa ini mesti untuk memberikan keselesaan sepanjang bermain game online. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan beberapa model kerusi gaming murah yang boleh didapati dengan harga bawah RM500 sahaja.

Sebelum melihat beberapa model kerusi gaming murah, seeloknya terlebih dahulu kita lihat ciri-ciri kerusi gaming yang perlu dinilai sebelum membuat sebarang pembelian. Antara ciri-ciri kerusi gaming yang mesti dilihat dan diperhatikan adalah seperti berikut:

  • Ketinggian dengan meja
  • Material yang berkualiti dan selesa
  • Keboleh aturan sudut posisi

3 komponen ini adalah perkara yang perlu dilihat dengan teliti agar anda boleh membuat pembelian dengan bagus dan selamat. Selain itu, sudah pastinya yang paling utama juga adalah kewangan anda. Kerusi gaming yang premium boleh mencapai harga atas RM1000, ini pasti tidak sesuai dengan seorang yang mempunyai bajet yang terhad. Jadi jom kita saksikan beberapa model kerusi gaming murah yanga anda boleh dapat dengan harga bawah RM500 sahaja.

Sakula Gaming Chair LR-920

Kerusi gaming jenama sakula ini adalah antara yang termurah dalam model kerusi gaming. Dengan setiap pembelian model kerusi gaming murah sakula ini anda akan memperoleh percuma bantal urut bahagian belakang leher. Diperbuat daripada material yang tebal, kuat, dan selesa digunakan. 

Model ini juga mempunyai keboleh aturan posisi sehingga 4 tahap, yang mana ia direka dengan baik dan kemas bagi mengelakkan sebarang ketidak stabilan. Model ini juga direka mempunyai penyandar yang kemas dan mesra tulang belakang untuk bersandar. Mempunyai fungsi keboleh aturan ketinggian pada bahagian bawah tempat duduk menjadikan ia boleh diubah suai bergantung tinggi meja gaming anda.

TTRacing Duo V3 Gaming Chair

Kerusi gaming murah seterusnya adalah daripada ttracing iaitu TTRacing Duo V3 Gaming Chair. Kerusi gaming ini hadir dengan empat warna yang berbeza untuk pilihan anda, model ini mempunyai keunikan iaitu menawarkan material yang bermutu tinggi dengan harga bawah RM500 sahaja. Material yang digunakan adalah daripada fabrik lembut yang memberikan keselesaan semasa penggunaanya. 

Kerusi ini juga mempunyai keboleh aturan posisi sandar yang baik dan kemas selain fungsi boleh aturan pada ketinggiannya. Dari segi harga model kerusi gaming ini pastinya terbaik terutamanya material yang digunakan yang separa premium.

Like Regal Ergonomic Racing Style Adjustable Gaming Chair

Sebuah model kerusi gaming murah daripada jenama Like Regal, kerusi ini membawakan keunikan reka bentuk yang sama seperti kerusi lumba kereta bagi memberikan keselesaan yang maksima kepada pengguna. Mempunyai bahagian tempat duduk yang diperbuat daripada latex yang bermutu tinggi dengan keupayaan high suspension. 

Kerusi gaming ini juga mempunyai keboleh aturan pada posisi sandar dan pada ketinggian kakinya. Ia juga dilengkapi dengan kaki roda yang berkuasa tahan lasak dan diperbuat daripada nylon. Anda boleh dapatkan model kerus ini pada harga sekitar RM300 sahaja, murah bukan?

Chaho Height Adjustable Reclining E-Sports Gaming Chair

Sebuah kerusi gaming daripada Chaho, keunikan model ini adalah ia direka untuk memberikan pengalaman kerusi yang premium dengan harga mampu milik. Model ini pastinya mempunyai ciri-ciri asas gaming dan ia direka dengan penampilan yang premium. 

Boleh didapati dengan harga bawah RM300 sahaja, model ini sesuai untuk gamer yang inginkan nampak cantik dan lawa seperti kerusi gaming premium.

Gaming Freak Fighter Throne Professional Gaming Chair

Sebuah model kerusi gaming bajet dengan harga sekitar RM300 sahaja, model kerusi gaming ini mempunyai ciri-ciri asas yang baik iaitu tempat sandar yang boleh diubah aturan posisinya, keboleh aturan pada ketinggian kerusi, dan mempunyai  roda kerusi yang tahan lama dan lasak. 

Keunikan model ini adalah mempunyai penyandar di bahagian kepala yang luas dan selesa, bahagian penyandar juga mempunyai lubang udara bagi membolehkan pengeluaran udara padanya.

GT Gamez Atlantis Gaming Chair

Model seterusnya adalah GT Gamez yang mempunyai ciri-ciri ergonomic yang pastinya mengutamakan keselesaan yang maksima kepada pengguna. Mempunyai fungsi keboleh aturan sudut pada penyandar tempat duduk, ia juga diperbuat daripada material yang berkualiti, tabal tapi lembut, dan lahan lasak. 

Dengan setiap pembelian model ini juga disertakan dengan 6 bulan warranty, jadi bagi anda yang mencari kerusi gaming yang selesa maka inilah pilihan terbaik anda.

GT Racing Royal Supreme Gaming Chair

Sebuah model kerusi gaming murah daripada GT Racing, kerusi ini dilengkapi dengan empat jenis warna untuk pilihan anda. Mempunyai tongkat keboleh aturan yang posisi dan tinggi yang terletak di bahagian bawah tempat duduk.

Sama seperti model kerusi gaming murah yang lain, ia turut diperbuat daripada material yang lembut, tebal, dan tahan lasak. Ia turut mempunyai bantal meletak kepala dan bantal sandar di bahagian pinggan kerusi. Anda boleh dapatkan kerusi gaming murah ini dengan harga bawah RM300 sahaja di shopee.

MF Design Odin Study Chair Gaming Chair

Model kerusi ini menawarkan reka bentuk yang terkini, moden, dan minimalis. Ia dilengkapi dengan dua jenis warna iaitu hitam dan putih sahaja. Kelebihan utama kerusi ini adalah mempunyai keboleh aturan posisi sandar yang lebih luas berbanding kerusi gaming lain. Dengan fungsi ini membolehkan anda rehatkan badan anda dengan berbaring seperti sedang tidur. Selain itu, ia juga boleh memberikan keselesaan kepada anda untuk menegangkan otot di bahagian belakang pinggan anda, terbaik bukan?

Rangka model ini juga diperbuat daripada material keluli yang kemas dan tahan lasak. Ia mempunyai ketebalan yang terbaik untuk menampung keperluan pengguna. Ia juga diperbuat daripada material sponge yang berdaya tinggi bagi pengalaman pengguna yang selesa dan terbaik. 

Sokano OC011 Sakura Style Gaming Chair

Model kerusi gaming murah tapi berkualiti seterusnya adalah daripada sokano. Sokano adalah antara jenama perabot yang mengeluarkan model yang berkualiti dan terbaik untuk pasaran perabut. Dari segi reka bentuk kerusi ini tidaklah mempunyai ciri-ciri yang fancy tetapi hanya dilengkapi dengan spec ringkas sahaja.

Walaupun tidak mempunyai keboleh aturan pada bahagian sandar, namun kerusi ini boleh diubah posisi daripada 90 ke 125 darjah untuk kelegaan sekitar pinggang belakang anda. Sesuai dengan spec yang ringkas, model ini boleh diperoleh dengan harga bawah RM200 sahaja.

Tesoro F700 Zone Speed Gaming Chair

Model seterusnya adalah daripada tesoro, model ini mempunyai tiga pilihan warna untuk anda. Dengan setiap pembelian model ini anda akan memperoleh warranty selama setahun, maka anda tidak perlu risau jika berlakunya sebarang masalah sepanjang setahun penggunaan. 

Model ini mempunyai keboleh aturan 90 ke 120 darjah sesuai untuk mengurangkan rasa sakit belakang semasa bermain gaming. Model ini juga direka dengan keunikan mempunyai material yang lembut, tebal dan tahan lasak.

Akhir Kata

Jika diperhatikan dari segi reka bentuk dan spec, kerusi gaming ini tidaklah mempunyai banyak perbezaan antara sama dengan yang lain. Cuma terdapat beberapa keunikan pada material dan juga kekemasan rangka yang menjadikan kerusi gaming ini tahan lebih lama. Cadangan kami elok anda dapatkan model MF DESIGN Odin study chair gaming chair kerana ia mempunyai keunikan keboleh aturan sehingga 180 darjah untuk anda berehat sambil bermain Laptop Gaming Terbaik.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top