5 Handphone Murah Bawah RM400

Handphone Murah Bawah RM400

Table of Contents

Dengan keperluan penggunaan telefon pintar masa kini sudah pastinya memerlukan anda mempunyai telefon yang sekuarang-kurangnya boleh melakukan aktiviti asas seperti telepon ataupun menggunakan whatsapp. Bagi yang mempunyai bajet yang terhad, disini kami kongsikan beberapa jenis handphone murah bawah RM400 yang boleh didapati. 

Ciri-ciri telefon yang anda peroleh dengan harga bawah RM400 adalah seperti berikut:

  • Skrin Full HD
  • CPU 8
  • Memori 2 RAM
  • Storage 43GB

Berita baiknya dengan tahap harga RM400 anda semestinya sudah boleh memiliki handphone yang mempunyai ciri-ciri yang bagus dan separa premium. Oleh itu, telefon terbaik bawah RM400 ini sudah semestinya menjadi pilihan yang mencukupi keperluan harian.

ZTE Blade A5

Dari segi ciri-ciri model telefon bawah RM400, telefon ZTE Blade A5 adalah telefon yang cukup lengkap sesuai dengan harganya. Mempunyai skrin Full HD, cip 8 teras Cortex-A55, dan mempunyai 2 kamera. Tetapi kekurangan model ini adalah diperbuat daripada chipset yang kurang efisien dan mempunyai bateri yang cepat habis, dengan kekurangan ini menjadikan telefon ini kurang sesuai untuk dijadikan handphone gaming untuk pemain game yang serius.

Vivo Y91C

Telefon terbaik bawah RM500 seterusnya adalah vivo Y91C, model vivo ini mempunyai skin HD, cip Helio P22. Keunikan telefon ini adalah mempunyai kamera depan yang cantik walaupun diambil dalam keadaan kurang cahaya. Dilengkapi dengan beteri berkapasiti 4030mAh yang tahan lama dengan sekali cas. Telefon ini juga mempunyai bluetooth bagus bagi mereka yang sering menggunakan bluetooth.

Kekurangan model vivo ini adalah tidak mempunyai kamera fungsi potret mode. Jika anda gemar pengambil gambar, model ini kurang sesuai untuk anda. Model ini juga masih menggunakan android 8.1 walaupun telepon yang lain sudah menggunakan android yang lebih terkini.

Wiko View4 Lite

Kelebihan utama model wiko view 4 lite ini adalah mempunyai skrin yang lebih luas dan besar iaitu 6.52 inci berbanding telefon lain pada harga RM400. Selain itu, ia juga menyediakan storage 64GB antara yang terbesar berbanding yang lain. Dilengkapi dengan cpu 8 teras sudah pastinya memberikan telefon ini kepantasan semasa digunakan.

Model ini juga mempunyai 2 kamera dengan kualiti yang baik dan bateri yang tahan lama, ia sangat sesuai untuk anda yang suka mengambil gambar mahupun bermain gaming. Telepon ini juga mempunyai butang Google Assistant yang terdapat di bahagian sisinya.

Realme C2

Terdapat juga model telefon daripada jenama realme yang boleh didapati dengan harga bawah RM400 sahaja iaitu Realme C2. ciri-ciri telefon ini sudah pastinya lengkap dengan spec minima telefon terbaik harga bawah RM400 di atas. Mempunyai skrin 6 inci, cip Helio P22 yang menjadikan telefon ini lancar semasa digunakan. 2 kamera depan dan belakang serta bateri yang tahan lama dengan sekali cas.

Kelebihan model realme ini adalah mempunyai pilihan aksesori yang mudah didapati di pasaran Malaysia. Jika anda peminat setia realme bolehlah cuba untuk dapatkan model ini dengan segera.

Xiaomi Redmi 8A

Sudah semestinya sebut sahaja jenama model telefon harga murah tapi berkualiti redmi adalah jenama yang mesti ada di dalam senarai. Model redmi 8A kini boleh didapati dengan harga bawah RM400 sahaja sekarang. Model ini mempunyai skrin 6.22 inci HD dan dibiayai dengan cip SD 439. Telefon ini juga mempunyai kamera yang cantik dan boleh merakam gambar potret anda. 

Di dalam senarai ini, model ini satu-satunya telefon yang menyediakan beteri yang tahan lama serta tambahan kelebihan yang lain seperti mempunyai USBC, fast charging 18W, dan kalis percikan air. Bukan itu sahaja, model redmi ini juga mempunyai radio FM yang boleh dipasang secara loudspeaker mahupun ke earphone. Dengan ciri-ciri inilah menjadikan redmi 8A ini adalah telefon terbaik bawah RM400 sahaja.

Akhir Kata

Dengan harga RM400 sudah semestinya anda boleh memiliki telefon pintar yang terbaik untuk kegunaan harian dengan ciri-ciri spek yang minima. Tip tambahan, dicadangkan juga anda mendapatkan telefon ini pada harga second hand yang sudah pastinya ada yang lebih rendah dari RM400. Diharap dengan info ini membantu anda dalam mendapatkan telefon terbaik dengan harga yang terhad. Nak lebih banyak tips? Baca Handphone Murah Bawah Rm500

Kredit : MobileJaya 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top