10 Handphone Murah Bawah RM300

hp murah bawah rm300

Dengan penggunaan internet dan aktiviti dalam talian yang pesat menjadikan smartphone adalah satu keperluan buat masa kini. Oleh sebab itu pemilihan handphone yang murah tapi berkualiti menjadi pilihan golongan yang mempunyai kewangan yang terhad. Di dalam artikel ini kami kongsikan handphone bawah RM300 yang boleh didapati sekarang.

Redmi 9A

Jika dan ingikan telefon murah berkualiti tapi bagus, kami cadangkan anda carilah model jenama redmi salah satunya Redmi 9A. Model ini mempunyai skrin 6.5 inci setanding dengan model yang lebih mahal. Prosesor diperbuat daripada MediaTek  Helia G25 manakala ruang menyimpan data pula adalah 32GB, maka ia sesuai juga untuk dijadikan telefon gaming.

Oppo A37

Model telefon Oppo keluaran tahun 2016 ini adalah antara telefon murah bawah Rm300 yang boleh didapati sekarang. Mempunyai display bersaiz 5 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixel, telefon ini dilengkapi dengan snapdragon 410 serta 16GB 2GB RAM.

Jika dilihat dari segi ciri-ciri telefon ini berada pada tahap smartphone yang sederhana sahaja. Namun ia boleh digunakan dengan baik untuk tujuan aktiviti harian seperti untuk panggilan dan urusan whatsapp. Kini, model oppo A37 ini boleh didapati dengan harga bawah RM300 sahaja, ia sesuai untuk mereka yang mencari telefon untuk aktiviti keperluan harian.

Nokia 8110 4G

Jika anda ingat ini adalah telefon remake daripada versi asal telefon nokia suatu ketika dahulu. Bagi sesetengah orang yang masin inginkan aura telefon Nokia yang lama, telefon ini adalah pilihan terbaik untuk anda. 

Versi ini adalah model terkini dengan penambahbaikan dari segi luas screen dan butang telefon yang lebih luas. Selain itu, ia juga mempunyai bentuk yang mesra tangan anda apabila memegangnya. Sesuai dengan harganya bawah RM300, telefon ini menjadi pelengkap kepada keperluan untuk berhubung.

Redmi 7A

Jenama redmi adalah antara jenama telefon pintar yang menawarkan kualiti yang baik pada harga yang murah. Ini boleh dilihat pada model Redmi 7A ini apabila mempunyai screen yang luas walaupun mempunyai saiz yang kecil daripada telefon yang lain. Redmi 7A ini dilengkapi dengan sistem android 9.0.

Kelebihan redmi ini adalah mempunyai bateri yang tahan lama dengan sekali cas sahaja. Ia masih lagi mengekalkan ciri asal telefon iaitu mempunyai kelebihan mendapatkan siaran radio dengan baik. Phone redmi 7A ini juga mempunyai ciri-ciri setanding dengan model mahal seperti mempunyai dua sim dan sistem AI face unlock.

Wiko Jerry 3

Mungkin ramai yang belum tahu dengan adanya Wiko Jerry 3 ini, namun ia juga adalah sebuah jenama telefon yang berkualiti dengan harga yang murah. Kelebihan model ini adalah mempunyai saiz ruang data yang luas dan besar iaitu 16GB, ia sangat berbaloi dengan harganya yang cuma bawah RM300. 

Kuasa bateri yang boleh tahan sehingga sehari dengan sekali cas juga menjadikan telefon ini sesuai untuk para gaming. Mempunyai skrin bersaiz 5.45 inci paparan LCD yang sudah pastinya menjadikan ia telefon gaming yang terbaik pada harga murah. Ia juga mempunyai 2 ruang sim untuk anda yang mempunyai 2 nombor untuk satu telefon.

Vivo Y53

Model jenama Vivo yang dilancarkan pada tahun 2017 ini boleh didapati dengan harga bawah RM300 sahaja sekarang. Ia adalah pilihan pengguna yang ingin melakukan aktiviti keperluan seperti panggilan, membalas whatsapp. Hadir bersama prosesor snapdragon 425 yang membantu dalam penggunaan aplikasi internet dan gaming. 

Kelebihan vivo Y53 ini adalah pada bahagian reka bentuk dan kamera yang berkualiti tinggi. Maka jika anda antara golongan yang gemar merakap detik-detik indah mengunakan telefon, model ini adalah wajib untuk anda.  

Huawei Y5P

Tidak kurang hebatnya jenama Huawei model Y5P ini, mempunyai kualiti kamera yang tentunya idaman bagi semua orang. Terdapat model huawei yang dijual dengan harga yang mahal, namun pada masa yang sama Huawei juga mengeluarkan model yang mampu milik tapi pada tahap kualiti yang baik. 

Reka bentuk telepon ini diperbuat daripada material plastik yang berkualiti dan dijamin tahan lama. Kekurangan telefon model Huawei ini adalah mempunyai saiz skrin yang kecil dan beratnya yang lebih berat berbanding telefon lain. 

Vivo S1

Sudah pasti anda tidak asing apabila mendengar jenam vivo kan? Ia adalah jenama telefon yang menawarkan harga yang mampu milik, salah satunya dalah model vivo S1. Dari segi ciri-ciri telefon ini sudah pasti terdapat kekurangan berbanding model telefon yang mahal, namun ia masih boleh digunakan untuk keperluan asas seperti membuat penggilan dan whatsapp. 

Kelebihan model vivo S1 ini adalah anda memperoleh kamera yang berkualiti tinggi dan bateri yang tahan lama. Oleh itu, telefon ini juga sesuai untuk digunakan sebagai kamera untuk mengambil gambar dan video.

Myfon s9

Telefon pintar Leagoo adalah jenama yang China yang mula mendapat tempat di Malaysia. Walaupun tidak sepopular Redmi atau Vivo, jenama ini juga mempunyai model talipon pintar murah tapi berkualiti yang bagus untuk anda pilih. Dari segi reka bentuk model ini tidaklah jauh berbeza dengan jenama telefon yang mahal dan paling penting ia diperbuat daripada material yang bagus dan selesa untuk dipegang.

Neffos C5 Plus

Neffos C5 Plus adalah model telefon pintar yang menawarkan warranty kepada pembeli selama 2 tahun penggunaan. Ia dilengkapi dengan Android Go 8.1 dan mempunyai prosesor MediaTek MT6580M 4. Mempunyai saiz sebesar 5.34 inci sahaja dengan resolusi skin HD. Kekurangan utama telefon ini adalah mempunyai kamera yang kurang berkualiti. Pada kami ini adalah model telefon murah bawah RM300 pilihan terakhir kepada pengguna.

Akhir kata

Terdapat model handphone murah bawah rm300 yang boleh didapati dengan harga di pasaran buat masa kini. Walaupun murah, telefon ini masih boleh digunakan untuk tujuan melakukan aktiviti harian anda dan ada diantaranya sesuai untuk dijadikan handphone gaming pubg murah. Semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version