11 Jam Telefon Murah Bawah RM100

jam telefon murah

Dengan perkembangan penggunaan gajet digital semakin popular menjadikan ia adalah keperluan yang mesti ada masa kini. Antaranya adalah jam telefon, tidak seperti dulu jam hanya berfungsi untuk menunjukkan waktu semasa. Kini fungsi jam juga telah berubah menjadi lebih moden dan canggih. Di dalam artikel ini kami kongsikan jam telefon murah yang anda boleh dapatkan sekarang.

HW12 Smart Watch

jam telefon murah

Sebuah model jam telefon daripada HW12 ini mempunyai fungsi yang asas bagi sebuah jam telefon. Ia dilengkapi dengan fungsi keselamatan dan privacy sama seperti telefon pintar. Model jam telefon ini juga mempunyai skrin yang berkuasa tinggi iaitu 60Hz refresh rate bersama 320×320 resolusi. Pada spec tahap ini boleh memberikan anda pengalaman yang terbaik sepanjang kegunaan. 

Jam telefon ini juga mempunyai ciri-ciri sama seperti telefon pintar iaitu boleh menerima panggilan dan ada sistem bluetooth. Model ini juga sesuai digunakan untuk menjejak aktiviti harian anda dan sangat sesuai untuk track data ketika anda sedang bersukan.

Windmile X8 Smart Watch

jam telefon murah

Sebuah siri jam telefon daripada Windmile, mempunyai keunikan dengan mempunyai skrin yang berwarna jelas. Model ini juga dilengkapi dengan beberapa fungsi antarana menerima panggilan, menjejak aktiviti track, menjejak pembakaran kalori, menerima pesanan SMS, dan sebagainya. Pada harga bawah RM50 sahaja dengan multi fungsi menjadikan model ini pilihan terbaik bagi yang mempunyai bajet yang terhad.

Model ini mempunyai 1.5 inci skrin dengan resolusi 240×240 pixel, ia diperbuat daripada bahan alloy dan TPU material yang tahan lama dan lasak. Jika anda berminat untuk dapatkan jam telefon ini boleh menekan link Shoppe di bawah untuk terus ke laman penjual shopee.

T500+ Pro Smart Watch

jam telefon murah

Model T500 mempunyai beberapa siri jam telefon yang terbaik untuk pilihan anda. Model jam telefon ini mempunyai skrin paparan yang boleh diubah suai dengan keinginan anda. Juga mempunyai sistem multi-function seperti kiraan oksigen dalam darah, pernafasan, aktiviti sukan, dan mempunyai sistem keselamatan seperti telefon pintar.

Model T500 ini mempunyai 3 siri model dimana T500+PRO keluaran 2021 adalah yang paling terkini dilengkapi dengan spec yang canggih. Skrin telefon ini mempunyai sensitiviti yang tinggi memberikan anda pengalaman penggunaan sama seperti telefon pintar. Model ini mempunyai lima jenis variasi warna untuk pilihan anda.

DT100 Pro Smart Watch 

jam telefon murah

Sebuah jam telefon moden dari DT100 Pro, ia mempunyai 60hz refresh rate dengan 320×385 resolusi. Model ini mempunyai skrin yang agak besar iaitu 1.8 inci yang mana antara saiz yang besar dalam kalangan jenama jam telefon murah. Seperti model original yang lain, anda boleh setkan paparan belakang jam telefon anda. 

Model ini mempunyai fungsi kalis air yang dan juga mempunyai aturan tetapan no telefon yang teratur dan mudah digunakan. Model jam telefon ini juga mempunyai paparan menu yang terbaik untuk anda gunakan.

Haylou Solar Smart Watch

jam telefon murah

Sebuah jam telefon premium dengan harga bawah RM100 sahaja. Model jenama Haylou ini mempunyai LCD skrin berukuran 1.3 inci dan dikuasakan dengan bateri tahan selama 30 hari dengan sekali cas. Selain itu, ia juga mempunyai 12 jenis mode khas untuk aktiviti sukan dan riadah. Jika anda mencari jam telefon untuk bersukan, maka ini adalah pilihan terbaik untuk anda. 

Tambahan, model ini juga mempunyai penjejak denyutan nadi sepanjang masa (24jam), jadi anda boleh menggunakan gajet ini untuk monitor kesihatan nadi dan jantung anda. Selain itu, ia juga mempunyai pengesan kesihatan yang lain seperti kawalan stress. Secara keseluruhannya model ini sangat sesuai untuk anda yang gemar bersukan bagi menjejak segala aktiviti riadah anda. 

Colmi P8 Pro Smart Watch

jam telefon murah

Sebuah lagi jam telefon premium dengan harga sekitar RM100 sahaja iaitu Colmi P8. ia mempunyai ciri-ciri premium yang pastinya berbaloi untuk anda antaranya adalah:

  • Mempunyai sistem kalis air
  • Mempunyai skrin 1.4 inci
  • Mempunyai bateri tahan selama 7 jam dengan sekali cas
  • Mempunyai paparan penuh untuk touch screen 

Model ini mempunyai skrin layar penuh yang terbaik dengan paparan menu yang boleh diubah suai mengikut citarasa anda. Ia turut mempunyai sistem penjejak denyutan nadi dan suhu sepanjang masa @ 24jam. Tambahan, ia juga turut mempunyai sistem jejak kualiti tidur anda, termasuk mengesan kadar cahaya selama anda tidur, masa tidur dan sebagainya. Selain itu, model ini mempunyai multi mode untuk aktiviti sukan dan riadah harian anda, dengan fungsi kalis air ia sangat sesuai untuk kegunaan khas bersukan.

Amazfit Band 5 Fitness Smartwatch

jam telefon murah

Sebuah lagi jam telefon murah yang anda boleh dapati adalah daripada Amazfit, ternyata model ini direka khas untuk golongan yang aktif dalam sukan dan riadah semasa. Ini jelas dengan reka bentuk yang kemas , bateri tahan lama 15 hari, serta mempunyai sebelas mode sukan untuk penjejak. Yang menariknya anda memperoleh jam telefon original ini dengan harga sekitar RM100 sahaja. 

Antara fungsi jam telefon amazfit adalah:

  • Menjejak kadar oksigen dalam darah
  • Menjejak tahap stress
  • Menjejak kualiti tidur anda
  • Menjejak aktiviti sukan @ riadah

Tambahan, terdapat banyak lagi fungsi jam telefon ini, untuk butiran lanjut atau berminat boleh terus tekan link di bawah untuk ke laman penjual shopee.

VOARCH Smartwatch

Jam telefon paling murah seterusnya adalah voarch yang mana boleh didapati dengan harga bawah RM50 sahaja. Model ini dilengkapi dengan sistem rangkaian sambungan telefon anda, jika telefon anda tidak berada bersama di sisi anda, anda masih boleh menerima sms @ email melalui jam telefon ini. Dilihat dari segi spec, model ini mempunyai paparan skrin yang jelas dan mantap untuk pengalaman yang terbaik anda. 

Sama juga seperti model lain, jam telefon ini mempunyai beberapa sukan mode untuk tujuan menjejak aktiviti anda. Fungsi ini pastinya mesti ada pada setiap jam telefon bagi memberikan data berkenaan kesihatan semasa anda.

Zeblaze VIBE 3GPS Waterproof

Model jam telefon murah seterusnya adalah daripada zeblaze, ia mempunyai spec yang separa premium untuk anda. Keunikan model ini adalah mempunyai skrin berbentuk bulat sama seperti telefon klasik. Ia juga dilengkapi dengan sistem multi sport mode yang pasti sesuai untuk kegunaan sukan.

Dilihat dari segi spec model ini kelihatan agak premium dengan perisian yang berkualiti. Oleh itu, ia sudah semestinya mempunyai sistem yang lebih mantap dan laju berbanding model jam telefon murah yang lain. Dengan harga sekitar RM100 sahaja anda boleh dapat jam telefon yang mentap sekali.

Xiaomi Mibro Air

Jangan terkejut redmi juga mempunyai jam telefon yang canggih dengan harga mampu milik. Sedia maklum jenama redmi mempunyai gajet pintar yang premium dengan harga mampu milik, ini terbukti dengan spec jam telefon redmi ini sendiri. Model ini mempunyai reka bentuk klasik dan diperbuat daripada metal still. Keunikan telefon pintar ini terserlah dengan adanya paparan Full HD touch screen dengan 95% TFT resolusi. 

Model ini juga turut mempunyai sport mode yang pastinya mantap dengan gabungan perisian yang laju. Ia juga mempunyai sistem penjejak kualiti tidur anda dan juga kadar denyutan tadi semasa anda. Dengan beberapa fungsi lain lagi yang anda boleh temui dengan menekan link di bawah.

AK76 Smart Watch

Sebuah model jam telefon yang mempunyai keunikan boleh bermain game seperti telefon pintar. Model jam telefon ini direka khusus untuk bermain gaming padanya. Mempunyai saiz skrin berukuran 1.8 inci dan IPS full screen serta HD display. 

Model jam telefon ini turut mempunyai ciri-ciri asas sama seperti jam telefon lain. Namun begitu, persoalannya, pastinya tidak ramai yang gemar bermain game pada skrin yang kecil seperti jam telefon ini. Kelihatan fungsi gaming itu akan kurang fancy berbanding fungsi lain yang lebih penting dan bagus untuk pengguna.

Akhir kata

Kesimpulannya, model-model jam telefon ini tidaklah mempunyai fungsi yang berlainan antara satu dengan yang lain. Secara asasnya ia mempunyai fungsi yang sama sahaja, namun perbezaan harga itu boleh dilihat pada kualiti kelajuan, skrin yang bagus, serta material yang tahan lasak. Kami cadangkan anda memilih jam telefon pada harga sekitar RM100 seperti jenama Redmi Xiaomi Mibro Air yang pastinya terjamin dan tahan lama. Semoga bermanfaat! Baca juga artikel berkaitan jam telefon kanak kanak murah bagi rujukan ibu bapa. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top