Table of Contents
Peti ais terpakai adalah sebahagian daripada alatan yang wajib ada di setiap rumah masa kini. Dengan keperluan untuk mengisi bahan cepat rosak seperti barang basah dan sayur menjadikan peti sejuk terpakai ini pilihan ramai selain harganya lebih murah berbanding peti sejuk baru. Di dalam slot ini kami kongsikan tips beli peti ais terpakai dan beberapa model peti ais murah yang terbaik untuk anda beli. Baca hingga habis π
Tips Beli Peti Ais Terpakai
Membeli peti sejuk second hand pasti lebih murah berbanding model baru dan menjimatkan duit poket anda. Namun pastikan anda membeli model second hand yang masih berada dalam keadaan okey dan baik bagi mengelakkan ia cepat rosak. Disini kami kongsikan beberapa tips beli peti ais terpakai untuk rujukan anda.
Tanya Kenapa Nak Jual?
Perkara asas dalam pemilihan peti sejuk terpakai pastinya anda perlu tahu kenapa pemilik asal ingin menjual peti sejuk mereka. Ini memberi hint awal yang menandakan model terpakai ini masih elok atau sebaliknya. Kebiasaannya model terpakai ini dijual disebabkan pemilik pembeli model yang baru untuk diganti, disebabkan demikian maka model peti sejuk terpakai ini masih dikira elok dan berbaloi untuk beli.
Periksa Luaran Peti Sejuk
Tips kedua adalah seeloknya anda mengenalpasti jika terdapat beberapa alatan yang pecah,retak ataupun rosak. Membeli peti sejuk terpakai yang terdapat retak @ pecah tidak salah, tapi pastikan alatan elektroniknya masih berfungsi dengan baik dan okey. Tambahan, anda juga boleh meminta harga yang lebih murah disebabkan terdapat broken yang menyebabkan ia susut nilai.
Usia Peti Sejuk
Salah satu info yang anda perlu anda tahu sebelum membeli peti sejuk terpakai adalah pastikan anda tahu umur model terpakai tersebut. Anda boleh mengetahui umur peti sejuk dengan membaca label yang terdapat di dinding dalam peti ais. Sebaiknya pilih peti sejuk yang berumur maksima 5 tahun kerana model ini lebih terjamin dan fungsinya masih terbaru.Β
Kekuatan Pelekap Getah Pintu
Tips membeli peti sejuk second hand seterusnya adalah pastikan anda memeriksa kekuatan pelekap getah pintu peti sejuk anda. Caranya amat mudah, ambil sehelai kertas biasa, letak diantara getah pintu peti sejuk lalu tutup pintu peti sejuk. Tarik kertas perlahan-lahan, jika peti ais masih okey, anda akan dapati kertas tadi sukar untuk ditarik. Jika longgar maka ia sebaliknya.
Bau Peti Sejuk
Tips seterusnya adalah pastikan anda memeriksa bau bahagian dalam peti sejuk anda. Kebiasaannya peti sejuk akan berbau jika tidak di βONβ dalam tempoh masa yang lama, cara untuk menghilangkan bau ini adalah basuh dengan air garam atau campuran soda untuk hilangkan bau yang tertinggal.
Letak Tegak Sebelum βONβ
Tips ini ramai tidak tahu yang mana ia boleh menyebabkan peti sejuk terpakai anda baru beli cepat rosak. Pastikan anda letakkan peti sejuk terpakai anda dalam keadaan tegak sekurangnya sehari sebelum βONβ. Ini disebabkan peti sejuk terpakai ini mempunyai cecair di dalam alatan dalamannya yang memerlukan masa untuk reset. Jadi pastikan cecair ini berada pada tempatnya dahulu sebelum βONβ peti sejuk anda.
Beli Peti Ais Terpakai Di Shopee
Tahukah anda juga boleh membeli peti sejuk baru dan terpakai secara dalam talian sahaja. Salah satu kelebihan pembelian dalam talian Shopee ini adalah anda berpeluang untuk grab harga yang lebih rendah dalam tempoh masa promosi. Jangan terkejut harga peti sejuk second hand ini anda boleh dapat dengan separuh harga awal!
Oleh itu disini kami sertakan beberapa model peti sejuk second hand yang anda boleh pilih jika berminat. Tekan link shopee di bawah ya π
Peti Sejuk Second LG
Peti Sejuk Second Murah
Peti Sejuk Second Murah
**disebabkan model terpakai ini terhad, berkemungkinan besar stok akan sold out di masa anda membaca post ini.
Jika link di item di atas sold out. Anda boleh sahaja membuat carian dengan menggunakan filter. Pergi ke Filter, cari Condition dan tekan Used untuk carian alatan terpakai @ second hand.Β
Akhir Kata
Memilih peti ais terpakai ini adalah satu keputusan yang bagus dimana ia boleh menjimatkan duit poket anda daripada membeli model baru tapi dengan fungsi yang sama. Model terpakai ini juga boleh digunakan untuk kegunaan lain selain menyimpan barang dapur, jadi anda tidak perlu untuk membeli model peti ais yang masih baru.Β Baca juga artikel laptop hp murah