12 Telefon @ Hp Murah Bawah RM200

hp murah bawah rm200

Adakah ada handphone @ hp murah bawah RM200 sekarang? Ini adalah persoalan yang sering dicari di laman carian google. Hakikatnya adalah amat sukar untuk mendapat model telefon murah bawah RM200 dengan kualiti yang terbaik. Namun begitu, anda boleh dapatkan model telefon tahun-tahun yang lepas secara second hand yang dijual dengan harga bawah RM200 dan masih elok kualitinya. 

Ciri-ciri telefon berkualiti harga bawah RM200

  • Memiliki chipset 6-8 teres (hexa-core/octa-core)
  • Menggunakan 2GB RAM dan ke atas
  • Mempunyai slot memori kad microSD
  • Menyokong rangkaian 4G

Di dalam artikel ini kami kongsikan 12 smartphone murah tapi bagus bawah RM200 sahaja. Untuk dapatkan model telefon ini kami cadangkan anda dapatkan secara dalam talian di shopee kerana pembelian di shopee lebih selamat daripada sebarang kes penipuan.

Xperia X Compact

Anda mencari telefon yang mempunyai audio speaker pada harga bawah RM200, maka Xperia X Compact adalah pilihan terbaik. Mempunyai chipset Snapdragon 650 dengan 3GB RAM,  telefon ini mempunyai kualiti kamera yang terbaik dan berkualiti. Dengan chipset SD 650 ini juga membolehkan telefon ini sesuai untuk dijadikan sebagai telefon murah gaming. 

Model ini juga mempunyai fingerprint access dibahagian tepi dan mempunyai sistem kalis percikan air.

Redmi Note 3

Seperti sedia maklum telefon jenama redmi boleh dikatakan telepon yang boleh didapati dengan harga yang murah tetapi sangat berkualiti. Antara model yang boleh didapati dengan harga bawah RM200 sekarang adalah redmi note 3. Model ini mempunyai chipset Snapdragon 650 serta skrin 5.5 inci yang sesuai untuk dijadikan sebagai handphone untuk gaming seperti PUBG dan sebagainya. 

Telefon ini juga mempunyai kapasiti yang tinggi dan tahan lama dengan sekali cas sahaja, mempunyai 2 slot sim sesuai bagi anda yang mempunyai lebih dari satu nombor.

Sharp Basio 2

Telefon bawah RM200 yang boleh didapati adalah jenama Sharp Basio 2. Anda boleh dapati model telefon ini di shopee dengan harga RM100++ sahaja. Kelebihan telefon ini adalah mempunyai chipset Snapdragon 617 yang mana biasa dimiliki telefon atas RM200. Model ini direka khas untuk golongan yang berumur dan oleh itu ia mempunyai skrin yang luas dan besar.

Telefon ini juga mempunyai cover yang boleh menutup dan membuka kamera utama bagi tujuan keselamatan. Keunikan model ini lagi adalah ia mempunyai ketahan daripada terkena percikan air di permukaannya.

Nuu Q500

Model telepon keluaran 2017 ini juga boleh didapati dengan harga bawah RM200 sahaja sekarang. Telefon ini dilengkapi dengan resolusi skrin 720×1280 pixel dan dikuasai dengan prosesor 3GHz quad-core. Telefon ini mempunyai mempunyai kamera 8 megapixel dan 5 megapixel kamera depan.

Sharp Aquos Sense

Model telefon terbaik bawah RM200 seterusnya adalah Sharp Aquos Sense, handphone ini dilengkapi dengan Snapdragon 430 serta 3GB RAM. Keunikan utama telefon ini adalah mempunyai screen LCD, kelebihan screen LCD ini adalah berupaya menonjolkan warna yang terang dan jelas, ia sangat berbaloi dengan tahap harga dibawah RM200 sahaja.

Telefon ini juga mempunyai sistem yang boleh mengurangkan penggunaan bateri, ini menjadikan ia lebih tahan lama dengan sekali cas. Seperti telefon masa kini, model ini juga mempunyai sistem tahan daripada percikan air dan mempunyai fingerprint access.

Kyocera Torque G3

Untuk model telefon harga bawah RM200 ini adalah yang paling lasak, model kyocera torque G3 ini adalah telefon yang direka untuk ketahanan yang baik seperti tahan sejuk, tahan, tekanan, tahan air laut dan banyak lagi. Telefon ini juga dilengkapi dengan perisian outdoor activity sesuai untuk digunakan untuk panduan semasa aktiviti luar. 

Model ini juga mempunyai bateri yang tahan lama dengan sekali cas sahaja. Ia juga mempunyai 2 kamera yang berkualiti dan boleh digunakan untuk merakam aktivti luar anda. Kamera model ini juga boleh digunakan untuk mengambil gambar bawah air yang cantik. Secara umumnya telefon ini sesuai untuk digunakan sebagai gajet untuk aktivit luar dengan harga bawah RM200 sahaja.

Bluboo D6 Pro

Telefon model Bluboo D6 Pro ini adalah telefon yang dilengkapi dengan prosesor ARM Cortex-A53. Model telefon pintar bawah RM200 ini direka dengan ciri asas sahaja, ia dikuasakan dengan android 8.1 oreo yang menjadikan operasi telefon ini lancar semasa digunakan. Direka dengan menggunakan material plastik menjadikan ia lebih ringan berbanding model yang lain.

Kyocera Qua phone QZ

Model telefon ini mempunyai pilihan dari segi warna model, yang menjadikan telefon ini berkualiti adalah ia mempunyai skrin Full HD, chipset Snapdragon 430, serta mempunyai 3GB RAM yang mana sangat berbaloi dengan harga bawah RM200. Ciri-ciri ini sudah cukup untuk menjadikan telefon ini sebagai handphone terbaik dengan harga bawah RM200 sahaja. 

Tambahan, model ini juga dilengkapi dengan teknologi tahan daripada terkena percikan air dan hentakan yang kuat. Ia juga mempunyai sambungan USBC, jadi ia boleh disambungkan ke mana-mana gajet yang terkini.

Sharp Aquos R Compact

Salah satu ciri telefon yang terkini dan berkualiti adalah mempunyai kadar refresh yang tinggi. Berita baiknya telefon ini mempunyai kadar refresh yang setanding dengan telefon mahal. Telefon ini juga mempunyai ukuran 4.9 inci yang mana sesuai dengan refresh ratenya yang tinggi. Seperti juga telefon atas yang lain, model ini juga mempunyai sistem kalis percikan air, fingerprint access, dan sambungan USBC.

Sharp Aquos Sense 2

Handphone seterusnya adalah kemaskini daripada phone model Sharp Aquos Sense, iaitu Sharp Aquos Sense 2. Penambahbaikan pertama adalah ia mempunyai chipset Snapdragon 450, selain itu turut ditambahbaik adalah screen ratio iaitu 18:9 untuk paparan yang lebih jelas dan besar. 

Ciri-ciri lainnya adalah sama seperti model sebelumnya iaitu mempunyai fingerprint access, tahan percikan air, dan mempunyai sambungan kabel USBC.

Alcatel 1

Telefon seterusnya adalah Alcatel 1, model ini adalah keluaran 2018 dan masih boleh didapati dengan harga bawah RM200 sekarang. Telefon ini dikuasakana dengan chipset Mediatek MT6739 sesuai untuk bermain gaming pubg. Namun kekurangan telefon ini adalah mempunyai ukuran skrin yang kecil berbanding telefon lain iaitu 5 inci sahaja.

Haier L55s

Model keluaran 2016 ini juga masih lagi relevan digunakan sekarang, mempunyai ukuran skrin 5 inci dengan resolusi 720×1280 pixel dengan dikuasakan oleh Android v6.0 Marshmallow OS. model ini mempunyai chipset 1.3 Ghz Quad Core dengan 2GB RAM, ia juga dilengkapi dengan sistem fingerprint access, gyro, dan light sensor. 

Akhir Kata

Dengan penambahan model telefon pintar setiap tahun menjadikan model-model telefon lama dijual dengan harga yang mampu milik. Walaupun telah outdate, namun telepon ini mempunyai lagi relevan digunakan sekarang untuk tujuan aktiviti harian. Bahkan masih ada yang sesuai untuk dijadikan sebagai handphone bermain gaming dengan smooth dan lancar. Semoga bermanfaat. Baca juga post berkaitan Handphone murah bawah RM400

Kredit : MobileJaya

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version