7 Handphone Vivo Murah Tapi Berkualiti

Hp Vivo Murah

Table of Contents

Telefon jenama vivo adalah antara telefon pintar yang terkenal dengan ciri-ciri kamera yang terkini dengan kualiti yang terbaik. Selain itu, spec lain telefon ini juga tidak kurang hebatnya terutamanya dari segi reke bentuk dan performance. Ini menjadikan model vivo ini pilihan kepada ramai warga net, di dalam artikel kali ini kami kongsikan hp vivo murah yang anda boleh dapatkan di pasaran. 

Berita baiknya, 5 model telefon vivo murah ini adalah keluaran terbaru dan mempunyai kualiti spec yang terkini. Model vivo murah ini telah mengalami turun harga dan anda boleh dapatinya dengan harga sekitar RM900 sahaja. Namun jika dan bertuah, anda juga boleh membeli dengan harga bawah RM500 untuk model reuse tapi masih elok. Jom saksikan.

Vivo V20

Hp Vivo Murah

Model hp vivo murah Vivo V20 ada pilihan bagi yang gemar menggunakan fungsi kameranya. Model ini mempunyai sensitiviti auto fokus yang tinggi sesuai untuk merekam video dan mengambil gambar dengan fungsi auto fokus. Pada bahagian skrinnya pula mempunyai ukuran 6.4 inci serta resolusi 1080×2400 pixel, model ini dikuasakan dengan chipset yang berkuasa iaitu Qualcomm SM7125 Snapdragon 720G. Dengan fungsi chipset ini menjadikan model vivo ini sesuai untuk dijadikan telefon gaming dengan kelancaran yang pasti mantap.

Reka bentuk telefon ini juga direke dengan konsep gajet nipis dan ringan. Namun model ini juga mempunyai kekurang pada baterinya yang tidak tahan dengan dengan kapasiti 4000 mAh sahaja namun berita baiknya ia mempunyai kapasiti fast charging yang tinggi iaitu 33W.

Vivo Y31

Hp Vivo Murah

Model vivo keluaran 2021 ini juga adalah antara hp vivo murah yang adalah boleh perolehi dengan harga murah. Mempunyai skrin full HD dan resolusi 2408×1080 pastinya berbaloi dengan harganya yang bawah RM800 sahaja. Model ini mempunyai 3 kamera yang berfungsi untuk mendapatkan panorama gambar yang cantik dalam keadaan gelap mahupon cerah. Kamera vivo y31 ini juga mempunyai fungsi potret dan super micro kamera untuk mengambil gamnar secara dekat dan jelas. 

Dikuasakan dengan chipset Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 menjadikan permainan gaming anda lebih kemas dan laju tanpa lagging. Model ini mempunyai bateri yang tahan lama iaitu 5000 mAh dan sistem fast charging yang mantap dengan hanya perlu mengambil masa sejam lebih sahaja untuk dicas penuh.

Vivo Y51

Hp Vivo Murah

Model vivo y51 ini adalah model keluaran tahun 2020 dan anda boleh dapatkan sekarang dengan harga bawah RM400 sahaja. Walaupun dengan harga yang murah, model ini mempunyai ciri fancy iaitu reka bentuknya yang nipis dan ringaan. Selain itu, ia juga mempunyai skrin layar yang besar iaitu 6.6 inci serta resolusi 1080×2408 pixel. Ciri ini sangat sesuai untuk anda yang gemar menonton video melalui telefon anda. 

Chipset yang digunakan juga tidak kurang hebatnya iaitu Qualcomm SDM665 Snapdragon 665, ini menjadikan telefon ini sesuai untuk dijadikan handphone gaming dengan prosesor yang laju dan lancar. Baterinya pula pastinya mantap kerana mempunyai ketahanan terbaik iaitu 5000 mAh dan mempunyai sistem fast charging 18W. Dengan spec ini sudah cukup untuk menjadikan model vivo y51 ini adalah pilihan berbaloi dengan harga bawah RM400 sahaja.

Vivo V20 SE

Hp Vivo Murah

Sama seperti model vivo yang lain, Vivo V20 SE ini juga direka bentuk dengan konsep telepon nipis dan ringan. Keunikan model vivo murah keluaran 2020 ini adalah mempunyai kamera yang bermutu tinggi dan bateri yang tahan lama. Ini boleh dilihat dengan kualiti gambar depan dihasilkan sangat cantik walaupun dalam keadaan gelap. Baterinya pula mempunyai kuasa 4100 mAh sahaja namun ia mempunyai sistem 33W flash charge

Bagi gemar tegar, model ini bagus untuk kegunaan gaming kerana dikuasakan dengan chipset Qualcomm SDM665 Snapdragon 665 serta mempunyai ukuran skrin 6.4 inci. Bagi yang ingin dapatkan telefon pintar dengan spec yang terkini vivo v20 se adalah pilihan terbaik untuk anda.

Vivo V17 Pro

Hp vivo murah seterusnya adalah model Vivo V17 Pro, walaupun model telefon ini agak lama iaitu keluaran 2019, namun dengan spec yang separa premium menjadikan ia masih releven hingga kini. Pastinya model ini mempunyai kamera yang berkualiti terbaik, sesuai bagi anda yang gemar ber selfie dan mengambil koleksi gambar yang cantik. Mempunyai reka bentuk yang menarik dengan terdapat curve di sekitar belakang telefon menjadikan ia kelihatan menarik dan fancy

Model ini juga sangat sesuai untuk dijadikan telefon vivo gaming kerana menggunakan chipset Qualcomm SDM675 Snapdragon 675 dan mempunyai saiz ukuran skrin 6.4 inci. Satu kekurangan telefon ini adalah mempunyai bateri yang kurang tahan lama berbanding model lain. Secara purata nya hp vivo murah ini masih mempunyai ciri-ciri yang terbaik walaupun dengan harga yang murah.

Vivo Y20s

Hp Vivo Murah

Model keluaran tahun 2020 ini turut dilengkapi dengan spec separa premium vivo iaitu mempunyai bateri berkapasiti tinggi iaitu 5000 mAh serta fast charging 18W. Keunikan model ini adalah mempunyai tiga kamera yang mempunyai sistem AI terkini. Fungsi AI ini adalah mempunyai auto fokus, gambar potret, dan juga mikro kamera untuk hasil gambar yang lebih cantik dan tajam.

Mempunyai skrin full HD dengan aspek ratio 20:9 serta resolusi 1600×720, spec ini masih lagi okey namun kurang sedikit berbanding model vivo murah lain yang mempunyai resolusi yang lebih tinggi. Telefon pintar ini juga mempunyai keunikan dengan sistem finger print yang terletak di sebelah kanan sisi telefon.

Vivo Y12s

Hp Vivo Murah

Sama seperti model y20s, model vivo Y12s juga mempunyai keunikan fancy dengan mempunyai fungsi finger print di bahagian sisi telepon pintar. Ini adalah antara trend fancy terbaru daripada vivo berbanding sebelum ini telefon pintar mempunyai finger print terletak di bahagian belakang phone. Mempunyai full view display yang berukuran 6.5 inci dengan resolusi 1600×720. Tambahan unik model ini adalah ia mempunyai face wake, fungsi ini membolehkan telefon anda auto unlock apabila berhadapan dengan skrin telefon anda. 

Dikuasakan dengan Mediatek MT6765 Helio P35 processor menjadikan ia sangat sesuai untuk gamer bermain gaming yang berat tanpa lagging. Ditambah pula dengan kapasiti bateri yang tahan lama dan sistem fast charging yang mantap. Dengan spec ini menjadi telefon model vivo y12s ini sangat berbaloi dibeli dengan harga murah.

Akhir Kata

Senarai hp vivo murah ini antara model vivo yang telah mengalami turun harga disebabkan persaingan dengan keluaran model yang terbaru dengan fungsi yang lebih premium. Oleh itu, anda boleh merancang dengan baik agar anda boleh dapatkan telefon pintar murah tapi bagus untuk kegunaan anda. Diharap dengan info ini membantu anda semoga bermanfaat. Jom lihat beberapa model HP Oppo murah

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top