7 Telefon Murah Bawah RM100 Ada IPhone!

telefon murah bawah rm100

Table of Contents

Telefon murah bawah RM100? Biar betul ada telefon pintar pada harga nie? Jika dilihat dari segi harga yang murah seiring dengan berkualiti adalah mustahil untuk dapatkan handphone dengan harga bawah RM100 sahaja. Namun, sebenarnya terdapat model telefon pintar yang dijual dengan harga lingkungan RM100 sahaja.

Ciri-ciri telefon pintar bawah RM100:

  • Model lama tapi masih lagi relevan digunakan
  • Model second hand
  • Ram & storage yang kecil

Seperti harganya yang murah, maka telefon ini tidaklah mempunyai spec yang canggih dan berkualiti. Model-model telefon ini hanya sesuai untuk digunakan dalam melakukan aktiviti asas sahaja seperti membuat panggilan dan membalas text. Ini boleh dijadikan sebagai telepon sampingan dan sama sekali tidak sesuai untuk dijadikan handphone gaming.

Xiaomi 3

Telefon Murah Bawah Rm100

Model smartphone yang boleh didapati dengan harga bawah RM100 adalah dari redmi iaitu Xiaomi 3. Sedia maklum bahawa jenama redmi ini mempunyai model telefon yang canggih pada harga yang mampu milik. Model Xiaomi 3 adalah antara model terawal redmi dan masih releven digunakan sekarang. 

Model keluaran tahun 2013 ini boleh didapati dengan harga murah di shopee sahaja. Mempunyai chipset Snapdragon 800 dan dikuasakan dengan android 4.3 jelly bean. Ukuran skrin telefon ini adalah 5 inci dengan sokongan resolusi 1080 x 1920. Mempunyai sistem fast charging namun jangka hayat bateri masih rendah. Dengan spec begini telepon ini masih sesuai digunakan walaupun dengan harga RM100 sahaja.

LG G3

Telefon Murah Bawah Rm100

Telefon murah bawah rm100 seterusnya adalah LG G3, model keluaran tahun 2014 daripada LG ini juga mempunyai kelebihan dari segi display yang HD dan ukuran skirn yang besar iaitu 5.5 inci. Telefon ini dikuasakan dengan chipset Snapdragon 801 manakala OS dilengkapi bersama Android 442 kitkat. 

Kekurangan model LG G3 ini adalah mempunyai bateri yang tiada sistem fast charging dan hanya berkapasiti 3000 mAh sahaja. Kamera ini juga bagus dalam mengambil gambar dengan kualiti kamera yang masih lagi dikira okey.

Oppo A37

Telefon Murah Bawah Rm100

Oppo juga mempunyai model telefon yang boleh dibeli dengan harga RM100 sahaja, iaitu model Oppo A37. Model keluaran 2016 ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 410 dan Android 5.1 lollipop. Anda boleh dapatkan oppo A37 ini dengan harga sekitar RM100 dengan sepc internal 16GB 2GB RAM. 

Tidak banyak kelebihan yang terdapat pada model ini, antara kekurangannya adalah mempunyai skrin berukuran 5 inci dengan resolusi 720 x 1280 berbanding telefon bawah RM100 yang lain mempunyai resolusi yang lebih besar. Bateri telefon ini juga hanya mempunyai kapasiti 2630 mAh dan tiada sistem fast charging.

Vivo Y31

Telefon Murah Bawah Rm100

Telefon seterusnya adalah Vivo Y31 daripada Vivo. telefon pintar ini adalah model terbaru daripada vivo, namun anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM100 dengan membeli model yang second hand terus dari penjual di china. Handphone ini dikuasakan dengan chipset Snapdragon 662 serta OS Android 11.

Mempunyai ukuran skrin 6.6 inci bersama resolusi 1080 x 2408 menjadikan ia sangat berbaloi dengan harga cuma lingkungan RM100 sahaja. Tambahan telefon ini mempunyai bateri yang terbaik, iaitu dengan kuasa 5000 mAh dengan sistem fast charging . dengan spec ini boleh disimpulkan bahawa telefon ini adalah yang terbaik dengan harga RM100 setakat ini.

Oppo Find 7A

Sebuah lagi model dari oppo yang boleh didapati dengan harga lingkungan RM100 sahaja iaitu Oppo Find 7A. Model keluaran 2014 ini masih lagi mempunyai spec yang terbaik digunakan masa kini. Mempunyai chipset Snapdragon 801 dan Android 4.2 jelly bean, ia juga mempunyai display skrin 5.5 inci dengan resolusi 1080×1920 pixel. 

Walaupun antara model yang masih baru, telefon ini mempunyai bateri yang kurang tahan lama iaitu 2800 mAh sahaja, namun mempunyai sistem fast charging 20W

Nokia Phone 5800

Nokia Phone 5800 ini adalah telefon pintar yang paling murah boleh didapati dalam senarai ini. Model keluaran 2008 ini tidak mempunyai spec yang terkini mahupun fancy. Namun ia masih boleh dijadikan sebagai sebagai gajet bagi mereka yang memerlukan dengan harga yang pasti milik. Model nokia ini boleh juga digunakan untuk menyimpan sim jika dan mempunyai lebih dari satu sim.

Apple iPhone 4s

Kini anda juga boleh memiliki telefon pintar jenama apple dengan harga bawah RM100 sahaja. Apple iPhone 4s adalah smartphone yang dilancarkan pada tahun 2011 dan anda masih lagi boleh memilikinya dengan harga murah sekarang. Walaupun memiliki reka bentuk model yang lama namun ia masih lagi relevan digunakan untuk keperluan asas. 

Untuk dapatkan iphone 4s ini anda boleh tekan link di bawah untuk terus ke laman penjual shopee. Model Apple iPhone 4s ini ditawarkan dengan free warranty selama 1 tahun jadi anda tidak perlu risau untuk membelinya.

Akhir kata

Memiliki telefon pintar bagi tujuan keperluan anda tidak perlu untuk dapatkan model yang fancy dan terbaru, tambahan dengan harganya yang mahal dan premium. Anda hanya perlu dapatkan telefon terpakai dengan harga yang murah. Diharap dengan senarai ini membantu anda dalam membuat pilihan sebelum membeli telefon murah bawah RM100 anda. Anda peminat model samsung? Jom baca hp samsung murah 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top