8 Telefon Murah Tapi Berkualiti RAM 8GB

Telefon Murah Tapi Berkualiti

Table of Contents

Telefon murah tapi berkualiti RAM 8GB? Yes sebenarnya sekarang terdapat telefon pintar berkualiti RAM 8GB dengan harga bawah @ sekitar RM1000 sahaja. Hp android murah ini samada dikeluarkan khas untuk permintaan talefon bajet ataupun siri keluaran tahun sebelum ini yang telah mengalami turun harga. Di dalam artikel ini kami kongsikan hp android murah dan telefon murah tapi berkualiti RAM 8GB untuk anda.  

Telefon android murah ini mempunyai variasi spec yang berbeza antara satu dengan yang lain. Dengan kelebihan RAM 8GB sudah pastinya terdapat kekurangan pada posisi lain yang akan dikongsikan di dalam artikel ini. Selamat membaca!

Redmi Note 10s

Telefon Murah Tapi Berkualiti

Sebuah model telefon pintar redmi keluaran tahun 2021, model ini direka bagi memenuhi permintaan handphone bajet semasa. Dengan harganya bawah RM1000 sahaja, anda boleh memiliki telefon yang dikuasakan dengan internal memory 8GB! Model ini dikuasakan dengan chipset  Mediatek Helio G95 serta mempunyai skrin seluas 6.4 inci. 

Ia mempunyai fingerprint yang terletak di bahagian sisi menjadikan ia trend terbaru pada reka bentuk telefon ini. Turut menjadi perhatian apabila ia dilengkapi dengan bateri yang berkuasa tinggi iaitu 5000mAh dengan sistem fast charging 33W. Dari spec ini boleh disimpulkan hp android murah ini terbaik untuk anda, kecuali pada skrinnya yang kurang mantap untuk gaming kerana mempunyai skrin yang kecil berbanding model lain dan tidak mempunyai refresh rate yang tinggi.

Realme 8 5G

Telefon Murah Tapi Berkualiti

Sebuah model telefon realme 8GB yang boleh didapati dengan harga bawah RM1000 sahaja. Model ini juga direka untuk memenuhi permintaan telefon android murah di pasaran semasa. Dengan 8GB RAM anda sudah boleh memiliki gejet yang berkualiti tinggi untuk kegunaan harian. Mempunyai reka bentuk yang super slim dan ringan, dilengkapi dengan tiga kad slot menarik bukan?

Model ini dilengkapi dengan chipset MediaTek MT6833 Dimensity 700 5G dan mempunyai skrin berukuran 6.5 inci serta hadir dengan refresh rate yang tinggi iaitu 90Hz. Bagi kamera pula mempunyai 48 megapixel pastinya pilihan bagi yang gemar bergambar. Dengan spec ini boleh dilihat telepon realme 8 5G ini tidak banyak kurang dan sesuai bagi anda yang mencari telefon murah tapi berkualiti tinggi.

Oppo A91

Telefon Murah Tapi Berkualiti

Model A91 keluaran tahun 2019 daripada oppo ini juga mempunyai pilihan internal memory 8GB RAM. Pada siri ini oppo menekankan kualiti pada bahagian kamera yang mempunyai 48 megapixel pada kamera belakang dan 16 megapixel pada kamera depan. Siri ini juga direka dengan konsep nipis dan ringan sesuai dengan konsep ergonomik yang dibawa oppo. 

Model ini dikuasakan dengan chipset Mediatek MT6771V Helio P70 dan mempunyai ukuran skrin 6.4 inci. Mempunyai bateri yang tahan lama dengan sekali cas dan sistem fast charging adalah 20W. Dengan kamera yang berkualiti, hp android murah ini pasti sesuai bagi anda yang gemar pengambil gambar dan video di telefon.

Vivo Y51

Telefon Murah Tapi Berkualiti

Telefon murah tapi berkualiti seterusnya adalah daripada vivo y51, model vivo ini turut memberi fokus kepada kamera untuk kualiti gambar dan vlog yang terbaik. Mempunyai kamera belakang 48 megapixel dan turut mempunyai fungsi stable ketika mengambil video. Model siri ini juga mempunyai fingerprint yang terletak di sisi telefon. 

Model ini dikuasakan dengan chipset Qualcomm SDM665 Snapdragon 665 dengan skrin 6.6 inci. Ia turut mempunyai bateri yang tahan lama dengan sekali cas sahaja. Daripada spec telefon ini agak kurang mantap dijadikan telefon gaming kerana terdapat lebih banyak model yang disokong dengan chipset yang lebih power untuk gaming, tambahan skrin model ini tidak mempunyai refresh rate yang tinggi. Ia lebih sesuai untuk anda yang minat dalam bergambar dan vlogging.

Samsung Galaxy A32 5G

Telefon Murah Tapi Berkualiti

Model keluaran samsung 2021 ini juga mempunyai pilihan 8GB RAM dengan harga sekitar RM1000 sahaja. Dari segi spec telefon android murah ini kelihatan samsung cuba untuk menghasil model kedepan dengan dilengkapi dengan rangkaian 5G. Tambahan dengan perisian yang berkuasa tinggi menjadikan ia sangat sesuai untuk para gamer. 

Model ini dilengkapi dengan chipset MediaTek MT6853 Dimensity 720 5G dan mempunyai skrin berukuran 6.5 inci. Samsung juga menghasilkan reka bentuk model yang unik iaitu dengan konsep minimalis pada model ini. Dari segi kamera ia tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding model-model lain.

Infinix Zero 8

Telefon Murah Tapi Berkualiti

Sebuah telefon murah android dari infinix mobile iaitu Infinix zero 8 juga boleh diperoleh dengan harga bawah RM1000 dengan spec 8GB RAM. Walaupun model ini kurang dikenali berbanding model-model yang lain, namun ia mempunyai spec yang luar biasa. Handphone ini dikatogorikan sebagai telefon kamera yang berkualiti terbaik kerana mempunyai kamera belakang 64 megapixel & kamera depan 48 megapixel! Ciri-ciri ini tidak ada pada telefon yang lain.  

Selain itu, dengan perisian chipset Mediatek MT6785 Helio G90T serta mempunyai refresh rate 90Hz turut menjadikan handphone ini terbaik untuk gaming. Dengan harga sekitar RM1000 sahaja anda bukan sahaja dapat 8GB RAM, malah ia turut sesuai untuk kegunaan lain seperti mengambil gambar, video, dan gaming. Dengan ini boleh dikatakan telefon pintar zero 8 ini adalah yang paling terbaik di dalam senarai ini.

Poco X3 NFC

Model keluaran redmi yang juga mempunyai pilihan 8GB pada harga mampu milik. Ternyata model telefon android murah ini direka khas untuk penggunaan gaming yang tegar. Dikuasakan dengan Qualcomm SM7150-AC Snapdragon 732G dan mempunyai ukuran skrin 6.7 inci dengan refresh rate tertinggi iaitu 120Hz, dilihat dengan spec ini sahaja sudah cukup untuk anda yang mencari telefon gaming murah dengan kualiti terbaik.

Dilengkapi dengan kamera yang tidak kurang hebatnya iaitu 64 megapixel kamera belakang dan 20 megapixel kamera depan bagus juga untuk menghasilkan gambar dan video yang berkualiti. Kami boleh letakkan poco X3 NFC ini di kedudukan kedua bagi telefon murah tapi berkualiti selepas Infinix Zero 8.

Huawei Nova 7

Model huawei nova 7 juga turut tersenarai sebagai telefon murah tapi berkualiti RAM 8GB. Sudah semestinya kamera telefon huawei murah ini dilengkapi dengan dengan spec yang separa premium dengan harga yang mampu milik. Mempunyai kamera yang berkualiti iaitu 64 megapixel kamera belakang dan 32 megapixel bagi kamera depan. Pada kualiti tahap ini kami boleh letakan model huawei nova 7 ini ditempat ketiga selepas Infinix Zero 8 dan Poco X3 NFC.

Dikuasakan dengan chipset Kirin 985 5G dan mempunyai saiz skrin 6.5 inci resolusi 1080×2400 pixel. Dilengkapi dengan bateri berkapasiti sederhana namun mempunyai sistem fast charging yang mantap iaitu 40W. Untuk kegunaan gaming, telefon ini sesuai tetapi terdapat lagi banyak model telefon 8GB yang lebih terbaik dan mantap dari segi specnya.

Akhir kata

Ternyata telefon murah tapi berkualiti 8GB RAM yang terbaik di dalam senarai adalah pastinya  Infinix Zero 8 dan Poco X3 NFC. Walaupun ia bukan datang dari model jenama popular seperti samsung dan iphone, namun dengan spec yang mantap dan terbaik ditambah pula dengan harganya bawah RM1000 sahaja ia layak untuk dijadikan telefon android murah terbaik setakat ini.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top