9 Handphone Gaming Murah Terbaik

Handphone Gaming Murah

Tidak dinafikan antara sebab naiknya penggunaan telefon pintar adalah disebabkan permainan gaming. Tidak seperti dahulu yang memerlukan komputer untuk bermain game, kini permainan digital ini telah didominasi oleh gajet pintar. Oleh sebab itu, untuk mencari handphone gaming yang murah tapi berkualiti memerlukan info agar tidak tersilap pilih, di dalam artikel ini kami kongsikan handphone gaming murah terbaik untuk pilihan anda. 

Spec minima handphone gaming murah untuk gaming:

  • Prosesor yang mantap @ laju
  • Kadar refresh yang tinggi
  • Skrin yang luas dan besar

Untuk bermain gaming pada telefon, spec minima adalah mesti mempunyai chipset prosesor yang berkuasa tinggi. Ini kerana chipset inilah yang menentukan samada akan berlakunya legging semasa bermain gaming. Selain itu, untuk pengalaman bermain game yang lebih mantap, handphone hendaklah mempunyai refresh rate yang tinggi. Dengan spec ini akan memberikan rasa smooth dan laju semasa gaming. Tanpa membuang masa kami senaraikan handphone gaming murah terbaik untuk anda.

Infinix Hot 10S

Handphone Gaming Murah

Model keluaran tahun 2021 ini pastinya memiliki spec terkini yang sesuai untuk bermain gaming. Ini terbukti dengan perisian chipset MediaTek Helio G85 yang pastinya terkenal untuk perisian gaming. Tambahan model telefon murah ini mempunyai 90Hz refresh rate, 2 ciri-ciri ini sudah cukup untuk menjadikan model infinix hot 10s ini sebagai smartphone bajet untuk gaming yang terbaik.

Ciri lain yang juga bagus adalah mempunyai bateri yang berkuasa tinggi iaitu 6000 mAh, yang mana tahan lama dengan sekali cas sahaja. Namun, kekurangan terbesar model ini adalah tidak memiliki sistem fast charging seperti model telefon canggih terkini.

Infinix Note 10 Pro

Handphone Gaming Murah

Handphone gaming murah seterusnya adalah milik infinix note 10 pro. Jika model hot 10s sudah dikira terbaik, model infinix note 10 pro lebih terbaik dan canggih. Ini kerana model ini dikuasakan dengan chipset lebih berkuasa iaitu Mediatek Helio G95. mempunyai ukuran skrin yang besar iaitu hampir 7 inci. Bukan itu saja ia mempunyai refresh rate yang juga tinggi iaitu 90Hz. Jika anda mencari telefon gaming murah tapi berkualiti tinggi, maka inilah pilihan terbaik anda.

Telefon pintar ini juga mempunyai bateri yang dikuasakan dengan 5000 mAh dan yang paling penting mempunyai sistem fast charging 33W. Jadi anda boleh layan game tanpa risau akan kehabisan bateri kerana ia tahan lama dan cepat untuk dicas semula.

Samsung Galaxy A22

Handphone Gaming Murah

Bagi anda peminat setia jenama samsung, terdapat model telefon spec gaming yang boleh anda dapati dengan murah iaitu samsung galaxy a22. Model ini dilengkapi dengan chipset yang tidak kurang hebatnya iaitu Mediatek Helio G80. Mempunyai 6.4 inci skrin HD dan yang paling penting refresh rate yang tinggi iaitu 90Hz. 

Seperti model samsung yang lain, telefon ini juga mempunyai kamera yang berkualiti iaitu 48 megapixel, ia tergolong dalam kelompok smartphone yang mempunyai kamera yang canggih dan terkini. Jadi bagi anda yang juga gemar mengambil gambar @ vlog, model ini sesuai untuk anda dengan harga yang murah.

Poco M3 Pro 5G

Handphone Gaming Murah

Sebuah handphone gaming murah daripada jenama redmi iaitu Poco M3 Pro 5G. Seperti sedia maklum bahawa redmi adalah jenama telefon pintar yang menawarkan spec terkini dengan harga yang mampu milik. Model ini juga tidak kurang hebatnya apabila menggunakan chipset MediaTek MT6833 Dimensity 700 5G dan turut mempunyai refresh rate 90Hz. 

Model ini juga dilengkapi dengan sistem sokongan rangkaian 5G bagi pengalaman penggunaan yang pastinya laju dan cepat. Mempunyai skrin yang bersaiz 6.5 inci, bateri yang berkuasa tinggi serta sistem fast charging yang mantap iaitu 18W. Jelas bahawa telefon ini juga boleh memberi saingan bersama telefon gaming harga mahal yang lain.

Realme 8 5G

Handphone Gaming Murah

Realme juga tidak ketinggalan mengeluarkan model smartphone yang laju dan berkuasa tinggi untuk gaming. Realme 8 juga dilengkapi dengan sistem sokongan rangkaian 5G untuk pengalaman yang pasti laju dan puas. Dilengkapi dengan chipset MediaTek MT6833 Dimensity 700 5G serta turut mempunyai refresh rate 90Hz. 

Model ini mempunyai bateri yang juga terbaik iaitu 5000mAh serta fast charging 18W, skrinnya pula adalah berukuran 6.5 inci. Untuk kegunaan gaming, model realme 8 ini pastinya mampu untuk memberi kepuasan yang maksima kepada gamer. Jika anda berminat boleh dapatkan model ini dengan harga bawah RM900 sahaja. 

Samsung Galaxy M12

Handphone gaming murah seterusnya adalah milik Samsung Galaxy M12. Dari segi spec keseluruhan, model Samsung Galaxy M12 bukanlah direka untuk bermain gaming, sebaliknya ia lebih fokus kepada pengalaman pengambilan gambar dan video yang terbaik dan berkualiti tinggi. Tapi dengan ada chipset Exynos 850 menjadikan telefon ini sangat sesuai untuk bermain gaming dengan lancar dan laju.

Kadar refresh juga tinggi iaitu 90Hz, setanding dengan handphone gaming yang lain. Mempunyai bateri 5000 mAh dan sistem fast charging yang mantap iaitu 15W. Bagi anda yang turut mencari telefon untuk bergambar dan vlog maka inilah pilihan terbaik anda.

Samsung Galaxy M21

Handphone murah berkualiti tinggi seterusnya adalah milik Samsung Galaxy M21. selain mempunyai kamera yang terbaik, model ini juga direka untuk golongan gaming tegar. Dengan chipset Exynos 9611 sangat sesuai bagi kegunaan heavy gaming. Mempunyai skrin 6.4 inci dengan fungsi Amoled Full HD turut menjadikan permainan gaming anda lebih mantap dan lancar. 

Mempunyai kuasa bateri yang juga mantap iaitu 6000 mAh antara bateri yang tahan lama di dalam senarai ini. Namun kekurangan utama bagi gamer adalah telefon ini tidak mempunyai refresh rate tang tinggi. Namun begitu, ia masih lagi dikategorikan sebagai telefon murah terbaik untuk gaming.

Samsung Galaxy A32

Tidak seperti model M21, Samsung Galaxy A32 mempunyai sistem skrin display 90Hz yang terbaik untuk gaming. Dilengkapi dengan chipset Mediatek Helio G80 turut menjadikan ia telefon gaming murah yang laju untuk bermain pubg. Reka bentuknya yang bersifat minimalis juga menjadikan ia selesa untuk dipegang semasa bermain gaming. 

Dikuasakan dengan bateri 5000 mAh dan mempunyai fungsi fast charging 15W menjadikan model Galaxy A32 ini pilihan terbaik bagi yang meminati handphone gaming samsung.

Samsung Galaxy M31

Model Samsung Galaxy M31 turut mempunyai spec yang sesuai untuk telefon samsung murah. Dilengkapi dengan chipset Exynos 9611 serta mempunyai ukuran skin 6.4 inci menjadi ia menyamai telefon-telefon gaming yang lain. Tambahan, kapasiti bateri yang tinggi iaitu 6000 mAh serta fast charging 15W membolehkan para gaming bermain game tanpa henti dalam tempoh masa yang lama. 

Walaupun dengan spec yang mantap, terdapat satu kekurangan besar untuk gaming iaitu mempunyai refresh rate yang kurang. Jika anda berminat untuk dapatkan model ini boleh tekan link di bawah untuk terus ke laman penjual shopee.

Akhir Kata

Telefon murah tapi berkualiti di atas adalah antara smartphone yang boleh dijadikan gajet gaming terbaik untuk anda. Rata-rata model di atas anda boleh dapati dengan harga bawah RM900 sahaja. Ia masih lagi dikira murah dengan spec yang tinggi sesuai untuk gaming. Diharap dengan info ini sedikit sebanyak membantu anda untuk mencari gajet gaming anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top