Table of Contents
Terdapat banyak jenis tablet murah yang anda boleh peroleh di pasaran masa kini. Dengan kemajuan teknologi gajet menjadikan tablet ini satu keperluan dalam aktiviti hidupan harian. Tambahan, penggunaan tablet sudah mula menjadi alat utama dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Di dalam slot kali ini kami kongsikan tips dan beberapa model tablet murah terbaik untuk rujukan anda.
Tablet juga sangat popular dalam kalangan peminat gaming kerana mempunyai ukuran skrin yang lebih luas dan besar. Kelebihan ini menjadikan tablet murah sangat sesuai untuk gamer yang baru mencuburi bidang online gaming ini untuk mula menyesuaikan pergerakan jari sebelum menggunakan gajet yang lebih kecil seperti telefon pintar.
4 Tips Membeli Tablet Murah
Semua jenis gajet mempunyai kekurangan dan kelebihan bergantung kepada jenama dan spec yang dijual. Sebagai seorang pengguna yang bijak anda haruslah bijak dalam memilih tablet yang terbaik agar berbaloi dengan wang yang dilaburkan. Disini kami kongsikan apa yang anda perlu lihat untuk membeli tablet murah di pasaran.
Peranti WIFI berkualiti
Antara fungsi yang penting di dalam sebuah gajet adalah pada peranti WIFI, oleh itu pastikan anda dapatkan tablet yang mempunyai peranti sambungan WIFI yang laju dan terbaik. Bagi tablet murah ada diantaranya mempunyai peranti WIFI yang lemah dan cepat rosak. Pastikan anda melakukan ujian test terlebih dahulu sebelum membeli atau dapatkan warranty jika anda.
Bateri tahan lama
Masalah pada peranti yang mempunyai skrin besar seperti tablet ini adalah ia akan menggunakan kuasa yang banyak sepanjang digunakan. Pastikan anda membaca kapasiti bateri dan juga kualiti baterinya agar lebih tahan lama. Dengan mempunyai bateri yang tahan lama memudahkan anda untuk membawa tablet keluar tanpa memerlukan charger tambahan.
Kapasiti storage & RAM
Kapasiti storage juga perlu memainkan peranan jika anda banyak menyimpan file di dalam tablet anda. Kebiasaanya bagi tablet yang digunakan untuk bekerja anda memerlukan kapasiti storage yang banyak untuk menyimpan file secara digital.
Bagi RAM pula anda memerlukan kapasiti RAM yang tinggi jika anda kerap melakukan multi tasking sepanjang menggunakan tablet. Jika anda mencari tablet untuk tujuan melakukan kerja harian, maka anda mesti memilih tablet yang mempunyai stroage dan RAM yang tinggi bagi melancarkan kerja dan mengelakkan berlakunya legging.
Ada keyboard
Tidak seperti dahulu tablet hanya digunakan sebagai peganti kepada telefon pintar, kini tablet mula digunakan untuk mengganti laptop. Semakin ramai golongan yang bekerjaya menggunakan tablet berbanding laptop kerana ia lebih ringan untuk dibawa. Oleh itu, lebih baik jika anda memilih tablet yang mempunyai fungsi sambungan kepada keyboard.
6 Tablet Budget Terbaik & Berkualiti
Berikut adalah beberapa model tablet murah yang terdapat di pasaran untuk rujukan anda. Kesemua model ini adalah antara yang popular di laman jualan dalam talian Shopee. Anda boleh menekan butang yang disediakan untuk semakan harga semasa dan membaca review dari pembeli sediada. Anda juga boleh gunakan Voucer Shopee Percuma yang kami sediakan terdapat di hujung artikel ini (T&C).
Rata-rata tablet yang disenaraikan di sini mempunyai harga sekitar RM500 dan kebawah yang mana masih dikira murah berbanding harga tablet berjenama yang beharga atas RM1000. Malah terdapat juga beberapa model tablet murah RM100 untuk rujukan anda. Senarai tablet yang disenaraikan disini berada dalam kondisi baru dan refurbished, tetapi masih lagi mempunyai kualiti yang setanding model terbaru.
Tab Samsung murah 512GB ROM
Antara jenama tablet yang popular dan boleh didapati dengan harga bawah RM500 adalah model samsung plus. Dari segi condition model yang dijual ini bukanlah model original daripada samsung namun untuk kegunaan harian ia sudah memadai untuk dimiliki.
Dengan setiap pembelian model tablet ini anda dilindungi dengan supplier warranty dan lengkap dengan kelengkapan serta FREE GIFT.
Lenovo Tab M7
Model tablet budget seterusnya adalah daripada jenama lenovo model M7. Model ini membawakan anda spec yang separa premium dengan bateri 3750 mAh serta RAM 2GB. Tablet ini mempunyai ukuran skrin 7 inci yang mana sedikit kecil berbanding tablet bersaiz 10inci.
Walaupun mempunyai ukuran yang sedikit kecil berbanding skrin tablet 10 inci, model ini sudah memadai untuk memberikan performan penggunaan harian yang terbaik untuk kegunaan harian anda. Untuk rujukan lanjut anda boleh menekan butang di bawah untuk terus ke laman jualan rasmi Shopee.
Xiaomi Plus Tablet 10 Inch Murah
Jenama Xiaomi terkenal dengan mengeluarkan model gajet yang berkualiti tinggi dengan harga yang separa premium. Antara tablet yang mampu beli daripada redmi ini adalah model Xiaomi Plus. Model tablet ini mempunyai ukuran skrin yang umum iaitu 10 inci yang mana sesuai untuk kegunaan gaming.
Tablet Murah RM100
Bagi anda yang mencari tablet murah RM100 anda boleh mengunakan model daripada Huion ini. Model ini hadir bersama pen untuk kegunaan menulis di permukaan skrin tablet anda. Walaupun model ini kurang dikenali ramai namun ia turut mempunyai spec yang terbaik setanding tablet berjenama. Selain itu ia juga compatable dengan app yang popular di Android, bayangkan dengan harga sekitar RM100 anda sudah boleh memiliki tablet yang separa premium.
Tablet Huawei Murah
Model tablet huawei juga antara yang popular dalam kalangan warganet, malah anda boleh dapatkan tablet huawei murah dengan membeli model yang diubah suai tetapi masih berkualiti. Antara model yang anda boleh peroleh adalah Huawei 8 Plus.
Model 8 Plus ini mempunyai dual sim dan compatable dengan popular app di android seperti whatsap, facebook, chrome, dan youtube.
Tablet 8GB+128GB BDF
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat jenama tablet murah yang kurang popular namun mempunyai spec yang setanding dengan spec jenama besar seperti samsung dan apple. Antaranya adalah jenam BDF tablet ini mempunyai spec perisian yang setanding tablet popular.
Mempunyai kapasiti bateri 5000mAh, storage 128GB dan 8GB RAM sudah cukup untuk anda yang inginkan tablet kegunaan simpanan file-file besar. Model BDF ini adalah antara jenama yang kurang popular namun mempunyai perisian spec yang separa premium yang dijual dengan harga mampu milik.
Akhir Kata
Dengan kemajuan dunia digital sekarang menjadikan tablet mula digunakan secara umum untuk keperluan harian. Untuk memiliki tablet ini anda tidak semestinya perlu menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk membeli model yang mahal dan berjenama. Ini kerana sekarang terdapat model tablet murah seperti tablet second hand dan tablet ubah suai yang dijual dengan harga murah tapi masih berkualiti.
Anda juga boleh mendapatkan tablet yang dikeluarkana daripada jenama kurang popular tapi masih berkualiti untuk digunakan. Anda mencari printer dengan harga budget? Boleh terus ke laman printer murah terbaik.