Cat Kereta Murah

cat kereta murah

Anda mencari cat kereta murah untuk upgrade warna kereta anda ke warna baharu? Dengan kemudahan untuk mendapatkan alatan dan cat kereta sekarang ini sebenarnya anda boleh melakukan proses cat warna kereta anda sendiri di rumah. Alatan-alatan ini anda boleh dapati secara dalam talian sahaja di Shopee. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa cat kereta murah yang popular di pasaran mengikut keperluan anda.

Cat kereta ini dibeli dengan beberapa tujuan yang berbeza, antaranya adalah anda mungkin ingin menutup atau membaiki calar yang terdapat pada kereta anda. Untuk calar kecil @ minor ini anda boleh sahaja dapatkan cat kereta jenis maker untuk touch up bahagian calar sahaja. Namun ada juga yang lebih berani dengan mencuba untuk cat kereta sendiri di rumah. Di sini juga kami akan kongsikan cara cat kereta hanya dengan menggunakan tangan sahaja. 

3 Jenis Cat Kereta Murah yang Popular

Terdapat beberapa jenis cat kereta yang digunakan untuk keadaan yang berbeza. Kesemua cat kereta ini anda boleh dapati dengan harga yang murah sahaja di Shopee. Terdapat voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini untuk rujukan anda semasa membeli nanti. Antara jenis cat kereta yang terdapat di Shopee adalah:

  • Cat kereta jenis maker @ touch up paint
  • Cat kereta jenis spray
  • Cat kereta jenis bancuh

Bagi cat kereta jenis marker pen sesuai untuk menghilangkan calar yang minor pada kereta anda. Ia juga mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja sebagai standby jika berlakunya calar pada kereta. Bagi cat jenis spray dan bancuh pula kedua-dua jenis cat ini sesuai untuk membaiki warna kereta atau menukar warna kereta anda. Ia biasanya digunakan oleh kedai-kedai aksesori kereta. 

Cara Touch Up Cat Kereta

Bagi ada yang baru hendak belajar atau kali pertama untuk repair cat kereta anda, disini terdapat beberapa langkah untuk touch up cat kereta anda. Rujukan ini adalah daripada seller Shopee robertteoh yang kongsikan tips ini. Laman jualan beliau juga menjual cat yang laris di Shopee. Berikut adalah langkah untuk cat kereta anda:

Senarai barang yang digunakan:

Kertas Pasir : https://shp.ee/rhjbwnf

Plastic Primer : https://shp.ee/isa46ef

LTI Masking Tape : https://shp.ee/9gacsuf

Primer 737 : https://shp.ee/yjjt82f

Langkah pertama

Gunakan tape dan plastik tutup bahgian yang tidak mahu dicat, biarkan bahagian yang ingin di touch up sahaja terbuka. Cara ini juga memudahkan untuk proses pembersihkan kawasan yang digosok dengan kertas pasir nanti.

Langkah kedua

Sediakan baldi dan air untuk basahkan kertas pasir, gosok kertas pasir pada bahagian yang ingin di cat. Gosok hingga sekata pada permukaan kereta, selepas itu lap dengan air hingga bersih. Tunggu hingga kering untuk proses seterusnya. 

Langkah ketiga

Selepas permukaan kereta kering, boleh cat atau spray kereta anda. Buat 1 ke 2 lapisan dahulu, selepas kering baru tambah lapisan 3 dan 4. Jika tidak seimbang boleh buat lapisan baru hingga sama rata tetapi pastikan lapisan sediada kering terlebih dahulu.

Rujuk gambar untuk lebih jelas

Cat Kereta Budget Paling Popular

Berikut adalah beberapa jenama dan model cat kereta yang popular di laman jualan Shopee. Senarai ini adalah berdasarkan jumlah unit terjual dan rating yang baik oleh pembeli sediada. Anda boleh membuat pembelian dengan menekan butang yang disediakan pada setiap jenis cat yang disediakan. 

Smart Coat Paint Touch Up Pen

Sebuah cat kereta touch up pen yang popular dan sesuai digunakan oleh semua orang. Cat kereta ini adalah dalam bentuk seperti marker pen yang boleh disimpan di dalam poket atau kereta sahaja. Ia boleh digunakan apabila berlakunya calar minor pada permukaan kereta anda. Bagi mereka yang sayangkan kereta sudah pastinya touch up pen ini wajib ada di dalam kereta anda. 

Car Paint Spray

Untuk rekomendasikan secara spesific cat kereta jenis spray ini agak sukar kerana cat ini terbahagi kepada banyak jenis model kereta serta tona warna. Cuma berdasarkan carian di Shopee kami menjumpai kedai Shopee yang popular dengan jualan cat kereta dan yang paling penting mempunyai rating yang bagus. Anda boleh menekan butang di bawah untuk terus ke laman Shop The Paint Master.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Jika dahulu agak sukar untuk mendapatkan jenis cat kereta yang murah untuk melakukan proses cat atau touch up sendiri kereta di rumah. Namun kini dengan banyaknya penjualan atas talian membolehkan sesiapa sahaja boleh mencuba untuk cat sendiri kereta mereka. Dengan ini juga secara tidak langsung boleh menjimatkan bajet anda kerana jika dihantar ke kedai pastinya memakan kos yang lebih mahal. Anda berminat nak dapatkan doorgift? Boleh terus ke halaman perkongsian doorgift murah. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version