Tinted Kereta Murah

tinted kereta murah

Terdapat banyak jenis tinted kereta murah yang terdapat di pasaran sekarang. Di negara yang mempunyai iklim panas seperti Malaysia, rata-rata kereta sangat memerlukan komponen tinted untuk mengelakkan bahan panas atau sinar UV. Malah pemasangan tinted bukanlah menjadi satu kesalah jalan raya selagi ia mengikuti kriteria yang dikeluarkan JPJ.

Untuk pengetahuan anda, kadar maksima gelap tinted yang di benar oleh JPJ adalah sebanyak 70% untuk cermin belakang, 30% untuk cermin hadapan, dan 50% untuk empat cermin sisi. Oleh itu, jika anda bercadang untuk untuk membeli tinted murah pastikan anda tahu terlebih dahulu peratus gelap untuk setiap cermin agar tidak mengalami masalah dengan peraturan JPJ kemudian hari. 

Kredit : sunztint.com

3 Tips Memilih Tinted Kereta Murah

Berikut adalah beberapa tips dan info berkenaan tinted murah untuk rujukan anda. Anda boleh melihat beberapa ciri-ciri berikut dalam memilih tinted baru kereta anda. Terdapat banyak jenis tinted yang ada di laman jualan Shopee, rata-ratanya dengan harga murah sahaja, anda hanya perlu mencari yang betul-betul berkualiti sahaja. Antara kriteria tinted terbaik adalah seperti berikut:

Perlindungan dari UV

Bagi pemilik kereta di Malaysia, pemasangan tinted adalah sangat sesuai memandangkan iklim di Malaysia ini panas sepanjang tahun. Setiap tinted akan mengambil masa untuk pudar, kebanyakkan tinted murah ini akan cepat pudar dan menyebabkan anda terdedah dengan sinar UV. Pastikan anda membeli dari penjual yang dipercayai dan berkualiti, berita baiknya di Shopee anda boleh membaca review dari pengguna sediada untuk lebih yakin sebelum membuat pembelian. 

Keselamatan cermin

Selain daripada perlindungan daripada sinar UV, tinted juga berfungsi untuk mengurangkan risiko cermin retak atau pecah. Tahukah anda tinted yang mahal boleh menghalang cermin kereta pecah daripada hentakan objek tajam seperti pisau dan parang. Tinted murah juga tidak kurang kualitanya untuk mengelakkan retak pada cermin, anda hanya perlu bijak dalam mencari jenis tinted yang terbaik dengan harga mampu beli. 

Jimatkan bahan tenaga kereta

Tahukah anda dengan memasang tinted untuk menapis sinar UV ini boleh menjimatkan penggunaan minyak kereta anda. Ini kerana apabila kereta anda sejuk, anda kurang memasang penghawa dingin, dengan ini menjimatkan penggunaan tenaga kereta anda. Apabila penghawa dingin anda kurang digunakan maka ia juga bagus dalam pengurangan kadar selenggara kereta anda. 

Tinted Kereta Budget & Popular di Shopee 

Dengan kemajuan teknologi jual beli dalam talian kini anda boleh membeli tinted dengan harga murah di Shopee. Terdapat banyak jenis tinted untuk pilihan anda, yang pastinya anda inginkan tinted yang murah dengan kualiti yang setanding bukan? Oleh itu disini kami kongsikan beberapa tinted serta link untuk rujukan anda. Di hujung artikel ini juga terdapat voucher percuma Shopee untuk anda. T&C. 

Tinted Film Kereta & Rumah

tinted kereta murah

Sejenis tinted yang dijual dengan harga borong dan paling popular di Shopee iaitu dengan lebih 30k unit terjual semasa artikel ini ditulis. Keunikan utama tinted cermin ini adalah ia memberi lebih privacy kepada anda dengan hanya bagian indoor sahaja boleh melihat bahagian luar. Tinted ini sangat sesuai untuk cermin rumah, namun untuk kereta agak sulit kerana ia melanggar peraturan cermin gelap JPJ.

Black Window tinted kereta 1 Roll 50cm x 100cm

tinted kereta murah

Sejenis tinted yang khas untuk cermin kereta dengan pilihan peratus gelap untuk rujukan anda. Tinted ini mempunyai ciri keselamatan yang baik iaitu boleh mengelakkan sebarang retak @ pecahan kecil pada cermin. Bagi anda yang mencari peratusan mengikut cermin anda boleh rujuk kesini kerana ia mempunyai peratusan seperti berikut:

  • 5% 
  • 20% 
  • 35% 
  • 50% 
  • 70%

Kadar rendah menandakan tinted itu lebih gelap berbanding kadar yang lebih tinggi. Bagi anda yang mencari tinted dengan harga mampu beli, kami cadangkan anda untuk mendapatkan di kedai ini. Untuk rujukan lanjut boleh terus tekan butang dibawah. 

Tinted DIY Siap Potong

Jika anda mencari tinted cermin yang telah siap dipotong maka tinted ini sesuai untuk anda. Anda boleh memohon untuk dipotong siap-siap bagi tinted cermin sisi sahaja. Bagi cermin depan belakang anda diberi dalam bentuk petak. Terdapat juga pilihan untuk peratusan gelap untuk setiap pilihan bagi memudahkan pemilihan anda. 

Diy Magic Tinted Black Removable Tinted

Bagi anda yang mencari tinted yang boleh buka dan adjust semula disini adalah pilihan terbaik anda. Keunikan tinted ini adalah ia tidak memerlukan sebarang jenis gam dan mudah untuk dipasang. Tinted ini sangat sesuai bagi anda yang kurang mahir untuk melekatkan tinted pada cermin. Untuk rujukan lanjut boleh terus ke laman penjual dengan menekan butang di bawah. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Untuk mencari  tinted kereta murah tidak sukar memandangkan sekarang terdapat banyak pemborong yang menjual dengan harga murah sahaja. Pastikan anda tahu untuk memasang tinted ini kerana ia memerlukan kepakaran yang sedikit teknikel untuk proses pemasangan yang baik dan kemas. Selain itu, pastikan juga anda memilih peraturan gelap yang dibenarkan oleh JPJ untuk lebih selamat dikemudian hari. Ada sedang mencari laptop murah? Boleh terus ke laman Laptop Murah Bawah RM2000 untuk rujukan lanjut. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top