Laptop Murah Bawah RM2000 Terkini

Laptop Murah Bawah RM2000

Terdapat banyak laptop murah bawah RM2000 yang anda boleh peroleh di pasaran masakini. Beberapa jenama model laptop kini juga telah mengeluarkan model laptop dengan spec sekitar RM2000 sahaja. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan model laptop terdahulu yang telah turun harga dan dijual dengan harga mampu milik sekarang. Di dalam slot ini kami kongsikan beberapa jenis laptop bawah RM2000 yang terbaik untuk anda.

Pastinya dalam pemilihan model laptop, anda inginkan laptop yang laju, tidak cepat panas, dan tahan lama untuk melakukan kerja harian dan belajar. Berita baiknya dengan pemilihan spec yang betul, anda sebenarnya sudah boleh dapatkan laptop yang bagus dengan harga sekitar RM2000 sahaja. Berikut kami senaraikan spec yang terbaik untuk dengan harga RM2000 sahaja.

  • 4 RAM ke atas
  • 200 SSD ke atas
  • Ada Manufacturer Warranty

Yang paling penting dalam pemilihan laptop bawah RM2000 adalah pada jumlah RAMnya, pastikan anda mendapatkan laptop 4 RAM dan ke atas bagi memastikan penggunaan harian yang laju dan multi tasking lancar. Dalam spec prosesor pula anda tidak perlu risau kerana rata-rata laptop dengan harga ini anda boleh dapatkan prosesor terkini dan juga laju untuk tugasan normal (bukan prosesor untuk gaming) . Rata-rata berbezaan harga model ini hanyalah pada material digunakan dan tahap prosesor model tersebut.  

8 Laptop Murah Bawah RM2000 Terbaik

Berikut kami sertakan senarai laptop murah tapi berkualiti bawah RM2000 untuk anda. Harga model dan jenama ini kami peroleh daripada laman rasmi shopeemall pengedar sah & rasmi pengeluar jenama masing-masing. Anda boleh menekan butang yang disediakan untuk semakan harga semasa. Kami nasihatkan anda membaca review dari pembeli sediada sebelum membuat sebarang pembelian di laman Shopee.

Acer Aspire 3 Laptop

Laptop Murah Bawah RM2000

Dengan harga sekitar RM2000 sebenarnya anda sudah boleh mempunyai laptop premium dengan 12 RAM!. Salah satu jenama laptop yang sesuai adalah model acer aspire 3, model ini mempunyai empat peringkat RAM iaitu 4GB, 8GB, 12GB, dan 20GB. Dengan bajet RM2000 anda boleh dapatkan RAM maksima 12GB yang mana sudah dikira sangat bagus untuk kerja multitasking. 

Model ini mempunyai ukuran 15 inci dan mempunyai berat yang agak berat iaitu 1.9kg. Dengan setiap pembelian model ini anda layak mendapatkan warranty selama setahun dari manufacturer. Kelebihan utama laptop ini adalah mempunyai kapasiti RAM yang tinggi dengan harga yang mampu beli, sangat sesuai untuk kerja multi tasking. Anda boleh membuat pembelian di laman rasmi acer shopee mall. 

HP (14S-DQ3000TU / 14S-DQ3001TU / 14S-CF2029TU)

Laptop Murah Bawah RM2000

Bagi anda yang meminati jenama laptop HP anda juga boleh mempunyai laptop HP dengan harga sekitar RM2000 sahaja. HP adalah jenama yang mempunyai variasi model dan siri laptop untuk anda pilih. Antara model yang anda boleh dapati dengan kapasiti spec RAM 8GB dengan bajet RM2000 sahaja adalah 14S-DQ3000TU & 14S-DQ3001TU.

Dengan spec RAM 8GB sesuai untuk anda yang inginkan laptop untuk kerja multi tasking dan laju. Dengan setiap pembelian laptop model ini anda layak menerima warranty selama setahun. Kekurangan laptop ini adalah ia mempunyai berat yang agak berat iaitu 1.5kg. Untuk rujukan lanjut anda boleh tekan link di bawah.

HP 14S-FQ0069AU / 15S-EQ1017AU / 15S-EQ1018AU Athlon-3050U

Laptop Murah Bawah RM2000

Terdapat beberapa lagi model laptop jenama HP yang anda boleh dapat dengan sekitar harga RM2000, malah model ini anda boleh dapat spec dengan RAM 16GB. Antara model yang anda boleh dapati adalah HP 15S-EQ1017AU. Model ini mempunyai ukuran skrin 15 inci dengan kapasiti storage 256GB. 

Seperti model lain, ia juga turut hadir dengan warranty selama setahun oleh manufacturer tempatan. Dari segi spec laptop ini sangat sesuai dijadikan laptop kerja atau ofis dan kurang sesuai untuk dijadikan laptop mudah alih kerana beratnya yang berat.

Asus E410M-ABV1254TS/E410M-AEK-003TS 14/E410M-ABV1204TS

Laptop Murah Bawah RM2000

Jenama asus juga turut mengeluarkan laptop yang mempunyai spec terkini dengan harga bawah RM2000 sahaja, iaitu model Asus E410M. Model ini mempunyai 3 siri yang untuk pilihan anda sebagai pengguna. Dengan bajet RM2k anda sudah boleh mendapatkan laptop yang mempunyai RAM 4GB dan kapasiti 512GB SSD storage.

Model ini mempunyai reka bentuk yang terkini dan lebih ringan berbanding model yang lain, ia sesuai untuk anda yang kerap membawa laptop anda keluar untk urusan kerja. Mempunyai ukuran skrin 14 inci dan dilindungi dengan warranty setahun selepas pembelian melalui butang di bawah.

Lenovo IdeaPad 3 HD Laptop

Anda peminat laptop jenama lenovo dan mencari model terbaik dengan bajet RM2000? Lenovo ideapad 3 adalah model terbaik untuk anda. Model ini hadir dengan 4GB RAM dan kapasiti storage 256GB sudah cukup untuk memenuhi spec minima laptop dengan harga RM2000. 

Model ini mempunyai ukuran skrin sepanjang 14 inci dan mempunyai berat sebanyak 1.5kg. Dengan spec demikian, model laptop sesuai untuk para student yang menjalankan kerja-kerja separa sahaja. Ditambah pula dengan berat laptop ini yang antara paling ringan memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja yang perlu.  

HP 14S-FQ0058AU LAPTOP

Sebuah lagi model laptop HP yang menawarkan RAM sehingga 16GB dengan harga sekitar RM2000 sahaja. Laptop ini juga direka dengan reka bentuk yang terkini dengan perisian moden, mempunyai berat seberat 1.5kg sangat sesuai untuk dijadikan laptop mudah alih anda. Ia turut menawarkan skrin yang luas iaitu 14 inci dengan paparan HD.

Dengan setiap pembelian model ini anda akan memperoleh warranty dari manufacturer selama 12 bulan/setahun. Dengan RAM dan storage yang tinggi pada harga RM2k sudah boleh menjadikan model ini pilihana bagi anda yang mencari laptop yang laju untuk multi tasking.

Infinix Inbook X1

Model laptop terbaik bawah RM2000 seterusnya adalah daripada jenama infinix, iaitu Infinix INBook X1. Laptop ini dijual dengan harga sekitar RM1700 sahaja namun mempunyai spec yang terbaik iaitu 8GB RAM serta kapasiti storage 256GB. Walaupun kapasiti storage lebih kecil berbanding model lain, namun dengan 8GB RAM pastinya memberikan pengalaman kerja yang laju untuk anda. 

Dari segi spec model laptop ini khas direka untuk keperluan student dan pelajar sekolah untuk melakukan tugasan harian. Untuk keperluan kerja dan pejabat model ini tidak sesuai berbanding laptop model HP yang mempunyai storage yang lebih besar.

DERE Official V14s

Jenama laptop dere juga tidak ketinggalan di dalam senarai laptop bawah RM2000 ini, ini kerana jenama ini mempunyai DERE Official V14s yang dijual dengan harga RM1400 sahaja untuk spec 12GB RAM dan 512GB storage. Bukan itu sahaja, model ini juga adalah yang mempunyai berat yang paling ringan diantara yang lain-lain.

Model ini direka khas untuk anda yang ingin melakukan tugasan seperti tugasan kerja dan student task. Dengan fizikal yang ringan juga menjadikan ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja dengan mudah. 

Akhir Kata

Terdapat banyak jenis model dan jenama laptop yang bagus untuk anda peroleh dengan harga bawah RM2000 masa kini. Senarai di atas adalah harga rasmi untuk model yang baru (bukan secondhand) untuk pilihan anda. Cadangkan kami jika ditanya model manakah yang terbaik dengan bajet RM2000 adalah Acer Aspire 3 Laptop dan model laptop HP yang terkenal dengan kualitinya, kedua-dua model ini anda boleh dapatkan dengan menekan butang Shopee yang disediakan. Anda mencari sofa murah? Boleh terus ke slot sofa murah dan cantik. Semoga bermanfaat!

Scroll to Top
Scroll to Top