Laptop Murah Bawah RM1000 Untuk Student

laptop murah bawah rm1000

Laptop murah bawah RM1000 untuk student kini mempunyai permintaan ramai terutamanya untuk kegunaan pelajar sekolah dan universiti. Secara umumnya untuk mendapatkan laptop murah student dengan harga bawah RM1000 anda tidak mempunyai banyak pilihan di pasaran. Di dalam slot ini kami kongsikan beberapa model laptop murah terbaik yang anda boleh dapati dengan harga bawah @ sekitar RM1000. 

Spec Minima Untuk Laptop Bawah Rm100 Student

Sebelum memilih model laptop murah bawah RM1000 yang terdapat di pasaran kini, anda perlu tahu serba ringkas terlebih dahulu spec laptop yang bagus untuk digunakan tanpa legging dan tersekat. Antara spec minima yang perlu anda lihat adalah:

  • OS Window 10
  • Prosesor intel core i3 atau seumpama
  • Memory 4GB

Dalam banyak-banyak perisian laptop, 3 perkara inilah yang penting untuk anda lihat. Untuk laptop murah harga RM1000 dan mempunyai minima spec diatas dikira sudah bagus untuk anda beli. Anda juga boleh membeli model laptop terpakai @ second hand jika ingin lebih jimat, namun pastikan usia model laptop terpakai itu tidak lebih daripada 5 tahun.

8 Laptop Murah Bawah Rm1000 Untuk Student

Berikut kami kongsikan beberapa model laptop murah bawah RM1000 yang terdapat di pasaran Malaysia kini. Model-model ini samada telah turun harga ataupun ia dikeluarkan bagi memenuhi permintaan laptop bajet semasa. Turut disertakan butang untuk terus ke laman jualan shopee bagi anda yang bercadang untuk membeli secara dalam talian Shopee. Skol hingga habis ya.. 🙂

ThinkPad T430 Laptop

laptop murah bawah rm1000

Sebuah model laptop daripada lenovo, model T430 ini mengalami susut nilai dan menjadikan ia boleh didapati dengan harga bawah RM1000 sahaja sekarang. Kelebihan model ini adalah ia mempunyai ukuran skrin yang besar yaitu 14 inci. Dari segi processor pula model ini dikuasakan intel i3 dan ke atas, maka ia sesuai untuk kerja-kerja yang berat. 

Kekurangan model lenovo ini pula adalah ia mempunyai berat yang agak berat dan ketebalan yang besar. Laptop ini sesuai untuk kerja-kerja yang kurang bergerak disebabkan beratnya yang berat berbanding laptop lain.

Joi Book 150

laptop murah bawah rm1000

Laptop murah bawah RM1000 seterusnya adalah daripada joy model 155. Model ini adalah keluaran terkini pada harga sekitar RM1000 untuk memenuhi permintaan laptop bajet di pasaran. Mempunyai reka bantuk yang nipis dan ringan ia sangat sesuai untuk kegunaan pelajar kerana sangat mudah dibawa kemana-mana. 

Mempunyai ukuran skrin sehingga 14 inci serta dikuasakan dengan prosesor intel dan celeron, laptop ini sesuai untuk kerja-kerja di pejabat dan untuk kegunaan semasa pelajar. Kekurangannya pula adalah laptop ini tidak mempunyai kualiti skrin yang bagus, tetapi masih dikira okey untuk digunakan.

HP Chromebook x360 11 G3 EE

Laptop HP tidak asing lagi dalam pasaran laptop dunia, model HP ini juga terkenal dalam mengeluarkan model laptop dengan kualiti terbaik, disebabkan itu tidak hairan kenapa laptop HP murah menjadi pilihan ramai pelajar. Antara laptop HP yang boleh didapati dengan harga sekitar RM1000 adalah model HP Chromebook 360 11 G3 EE.

Laptop HP ini dikuasakan oleh prosesor intel celeron dengan 4GB RAM. dengan spec ini sudah cukup untuk menampung kerja-kerja sebagai seorang student. Kelebihan laptop ini juga adalah mempunyai ukuran saiz yang kecil sahaja, maka ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

DERE Official R9 Pro 

laptop murah bawah rm1000

Laptop model keluaran tahun 2018 ini juga masih relevan digunakan sekarang. Dikuasakan dengan prosesor Intel 11th Celeron dan pilihan RAM 6 hingga 12GB. Kelebihan laptop model ini adalah mempunyai ukuran skrin sehingga 15 inci dengan reka bentuk yang ringan dan nipis serta mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Laptop ini  boleh dikategorikan sebagai laptop untuk kerja pejabat namun ia juga sesuai untuk pelajar @ student. Dengan setiap pembelian model ini juga dilindungi dengan 12 bulan warranty dari kilang. Untuk maklumat lanjut anda boleh menekan butang shopee di bawah.

BMAX X15 Laptop

laptop murah bawah rm1000

Laptop murah bawah RM1000 seterusnya adalah daripada BMAX X15 Laptop Intel N4120. Model ini pastinya menawarkan reka bentuk laptop modern dengan berat yang ringan dan nipis. Dikuasakan dengan prosesor i8 bersama 8GB RAM sudah cukup untuk menampung kerja-kerja harian anda. 

Walaupun harga yang ditawarkan lebih sedikit daripada purata harga RM1000, namun dengan spec yang tinggi dan beberapa lagi ciri-ciri yang separa premium menjadikan laptop ini pilihan terbaik untuk kerja-kerja yang berat.

DERE Official V14s

laptop murah bawah rm1000

Sebuah model laptop daripada Dere iaitu V14, model laptop ini dikuasakan dengan skrin berukuran 14 inci bersama reka bentuk yang nipis dan ringan, ia juga dikuasakan oleh processor intel core i7 menjadikan model ini sangat sesuai untuk kerja-kerja berat. 

Secara keseluruhannya model ini adalah model laptop premium dengan harga yang tinggi, namun anda boleh mendapatkan model ini dengan harga sekitar RM1000 sahaja semasa Promo Shopee Mall. untuk maklumat lanjut sila tekan butang Shopee di bawah untuk melihat harga semasa laptop ini.

Asus Chromebook C214M

Jika anda mencari model Asus murah dengan harga sekitar RM1000 maka Asus Chromebook C214M adalah pilihan yang tepat. Model ini dikuasakan dengan prosesor intel bersama 4GB RAM. Mempunyai ukuran skrin 11 inci dengan reka bentuk boleh lipat kepada 4 bentuk kedudukan iaitu laptop mode, tent mode, tablet mode, dan slate mode.

Dengan kelebihan boleh lipat menjadikan model ini unik berbanding laptop murah yang lain, fungsi ini juga menjadikan model ini mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja untuk urusan kerja. Untuk butiran lanjut boleh menekan butang shopee di bawah.

LAPTOP AVITA Essential 14

Model laptop murah yang terakhir di dalam senarai ini adalah model keluaran Avita Essential 14. Sebuah model yang dilengkapi dengan perisian prosesor Intel® Celeron N4020 Processor bersama 4GB RAM. Model ini mempunyai ukuran skrin 14 inci yang pastinya terbaik untuk paparan semasa membuat kerja. 

Dengan reka bentuk yang model ini menjadikan ia tergolong dalam model laptop terkini serta mempunyai berat yang ringan. Model ini juga dilengkapi dengan warranty selama 12 bulan selepas pembelian.

Akhir Kata

Secara keseluruhannya model-model laptop murah bawah RM1000 ini tidak mempunyai perbezaan yang setara kecuali pada ukuran skrin, berat, dan reka bentuk yang moden serta nipis. Bagi kami yang paling terbaik di dalam senarai di atas adalah pastinya HP Chromebook x360 11 G3 kerana menawarkan laptop bajet dengan kualiti yang pastinya terjamin. Semoga bermanfaat! Baca juga artikel berkaitan Hp Murah Untuk Gaming Pubg bagi anda yang mencari telefon gaming untuk PUBG.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top