Tayar Kereta Murah

tayar kereta murah

Anda mencari tayar kereta murah terbaik di pasaran? Kereta adalah salah satu alat yang menjadi keperluan buat semua orang. Salah satu komponen kereta yang penting dan wajib dilihat adalah tayar kereta. Tayar kereta juga mempunyai beberapa jenis corak dan pattern yang berbeza mengikut jenama dan model.  

Tayar yang bagus akan memberikan pengalaman pemanduan yang sedap dan selamat kepada pemandu. Dengan pemilihan jenis tayar kereta yang bagus juga boleh mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya. Jadi pastikan anda mengenalpasti jenis tayar dan jenama yang sesuai dengan bajet poket anda. 

3 Tips Membeli Tayar Kereta Murah

Bagi anda yang kurang mahir dalam bab pemilihan tayar kereta pastinya anda perlukan sedikit panduan sebelum membuat pembelian tayar baru. Disini kami kongsikan beberapa tips dan info untuk anda agar lebih tahu berkenaan proses penukaran tayar kereta baru. Antaranya adalah:

Check setiap 2 tahun

Rule pertama sekali yang anda perlu faham adalah tayar kereta anda mestilah diperiksa setiap 2 ke 3 tahun. Setiap 2 tahun pastikan anda memeriksa cengkaman tayar melalui melihat pada bunga tayar. Jika bunga tayar sudah mula haus maka anda sudah boleh menyediakan bajet untuk menukar tayar kereta baru. 

Namun jika bunga tayar masih elok, maka tayar tersebut masih boleh digunakan walaupun selepas 2 ke 3 tahun. Ini kerana setiap kereta mempunyai kadar pemanduan yang berbeza. Selain itu, berikut adalah tanda tayar kereta anda kena tukar adalah:

  • Benjolan/bengkak pada tayar
  • Permukaan tayar merekah
  • Kesan botak tidak sekata
  • Tread wear bars haus (bunga terlalu botak)
  • Tayar tamat tempoh
  • Steering bergegar bila pemanduan
Periksan saiz dan speed dan load

Kredit : Raymin Tech

Tahukah anda sebenarnya setiap tayar mempunyai tahap dan kapasiti pada bahagian sisi tayar itu sendiri. Pada sisi tayar ini mempunyai detail seperti speed maksima, berat maksima yang boleh ditampung dan sebagainya. Anda boleh melihat sendiri atau boleh bertanya kepada owner kedai jika perlu. 

Yang menariknya adalah tayar ini boleh diberi potongan harga jika ia dikeluarkan pada tahun 2014 dan ke bawah. Berikut adalah potongan harga tayar kereta pada tahun 2015.

2014 = 20%

2013 = 40%

2012 = 60%

2011 = 80%

2010 = Percuma

Dengan ini anda boleh tahu jika penjual tayar cuba untuk menipu anda dengan menjual tayar yang lama dengan harga tayar baru. Namun, seeloknya anda menggunakan tayar keluaran terbaru agar lebih selamat untuk pemanduan harian anda.

Tukar sepasang tayar

Apabila menukar tayar seeloknya anda menukar tayar secara sepasang. Ini boleh memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik untuk kereta anda. Seeloknya juga tayar sepasang yang baru itu ditukar ke tayar depan dan tayar lama ditukar ke tayar belakang. Ini kerana tayar kereta hadapan akan mengalami lebihan tekanan keatas jalan ketika kekiri berbanding tayar belakang.

8 Tayar Kereta Budget Untuk Pilihan Anda

Senarai ini adalah beberapa model daripada jenama tayar kereta yang terdapat di Malaysia. rata model ini anda boleh peroleh dengan harga sekitar RM 130 ke RM140 sahaja. Malah terdapat juga beberapa model tayar yang anda boleh beli secara dalam talian di Shopee sahaja. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma yang terdapat di hujung artikel ini. T&C.

Beli Tayar Kereta Di Shopee?

Untuk pembelian secara dalam talian Shopee, terdapat beberapa seller yang tidak menawarkan service shipping. Anda mesti membeli di Shopee dan pergi ke workshop untuk proses pemasangan tayar. Oleh itu, anda boleh setkan filter dengan tanda pada negeri anda sedang menetap sekarang. 

Goodyear DP-D1

Sebuah model jenama tayar kereta yang popular iaitu Goodyear, kelebihan tayar kereta ini adalah ia mengeluarkan model tayar setiap tahun dengan harga sekitar RM150. Walaupun sedikit mahal ia masih boleh dikira murah dan mampu beli. 

Model ini juga mempunyai kandungan getah yang lebih tebal berbanding model yang lain untuk penggunaan yang tahan lama. Ia juga mempunyai carbon based tread yang boleh menahan jalan yang berair dan hujan. 

Dunlop Formula d06

Sebuah model tayar kereta jenama dunlop formula d06 yang boleh dibeli dengan harga RM140 sahaja. Model ini mempunyai teknologi silika yang boleh memberikan cengkaman ketika di atas jalan tar. Corak bunganya juga sesuai untuk pemanduan di atas jalan raya yang basah dan hujan. 

Yatone P309

Sebuah model tayar kereta daripada china iaitu Yatone, model ini adalah yang paling murah di dalam senarai ini iaitu boleh didapati dengan harga RM110 hingga RM130. Walaupun buatan China, jenama ini mempunyai sijil untuk dijual di pasaran eropah dan juga Malaysia, jadi anda tidak perlu risau akan keselamatan jenama model ini. Model ini juga mempunyai teknologi silikon yang boleh memberi cengkaman ketika memandu dan ketika brek. 

Continental ComfortContact CC6

Model tayar berjenama continental ini mempunyai teknologi daripada jerman untuk kegunaan anda. Ia mempunyai kelebihan mengeluarkan bunyi yang kurang ketika di atas jalan tar. Selain itu, tayar model ini juga dikatakan boleh menjimatkan penggunaan minyak melalui pengalaman pemanduan yang lancar. 

Michelin Energy Xm2+

Jika dan mencari model tayar kereta yang sedikit premium and boleh melihat model daripada jenama Michelin ini. Keunikan tayar kereta jenama ini adalah ia mempunyai ketahanan yang paling lama berbanding yang lain. Pattern bunga pada tayar ini juga diperbuat bertujuan untuk menghalang pengumpulan air pada lapisan tayar kereta yang boleh menyebabkan kelongsoran semasa memandu di jalan yang basah. Untuk rujukan lanjut boleh tekan butang di bawah.

Toyo Proxes Cr1 

Model tayar kereta jenama Toyo Proxes juga tidak kurang kualitinya. Walaupun dijual dengan harga premium, namun terdapat juga beberapa model tayar yang dijual dengan harga bawah RM140 sahaja. Keunikan tayar kereta model ini adalah ia mempunyai triple taper & rib untuk memberi lebih cengkaman ketika brek dan memandu. Selain itu, ia juga kurang menghasilkan bunyi semasa berada di atas jalan raya. 

Falken Sincera 832

Sebuah jenama yang popular di Malaysia dan juga di luar negara. Tayar kereta model Falken Sincera 832 ini mempunyai teknologi untuk pemanduan yang lancar di atas jalan yang basah. Ia juga mempunyai rating yang bagus untuk pemanduan yang selesa dan kadar repeat buyer yang tinggi. Anda boleh memperoleh model ini dengan harga sekitar RM130 sahaj di Shopee.

Bridgestone ep150

Sebuah model tayar kereta yang popular daripada Bridgestone, ia dihasilkan dengan teknologi terkini untuk mengurangkan geseran ketika di atas jalan tar. Ia juga mempunyai material yang tahan lama untuk keselamatan pengguna. Sebuah tayar bridgestone ini boleh menampung perjalanan sehingga 10000km dan masih lagi tahan lasak dan boleh digunakan. Untuk info lanjut boleh terus tekan butang Shopee di bawah.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Secara purata harga murah untuk tayar kereta ini adalah dalam lingkungan RM100 ke RM130. Oleh itu pastikan anda mendapatkan tayar kereta baru anda daripada jenama-jenama yang dikenali untuk mengelakkan sebarang penipuan. Diharap dengan senarai di atas boleh membantu anda mencari jenama tayar kereta yang murah dan terbaik untuk pemanduan anda. Anda juga meminati slot tinted kereta murah. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version