Table of Contents
Peti ais murah adalah salah satu trend carian yang popular dalam kalangan warga Malaysia. Dengan keperluan zaman sekarang menjadikan peti ais ini salah satu alat yang wajib ada di setiap dapur rumah anda. Bagi kebanyakan orang pasti inginkan peti ais yang murah dan sesuai dengan bajet poket masing-masing.
Salah satu cara untuk dapatkan peti sejuk dengan harga yang murah adalah dengan membeli peti ais terpakai, tetapi anda juga boleh membeli peti sejuk model baru dengan harga hanya bawah RM1000 sahaja. Di dalam perkongsian kali ini kami kongsikan beberapa model peti ais besar dan murah untuk anda.
Elba 185L Peti Sejuk Satu Pintu
Peti sejuk Elba adalah antara jenama yang dikenali dengan kualiti yang terbaik dengan harga yang murah. Model Elba ini juga hadir dalam bentuk peti sejuk satu pintu dan mempunyai 2 bahagian iaitu chiller dan freezer. Dengan harga bawah RM600 sahaja serta mempunyai warranty selama 12 bulan model peti sejuk murah ini pasti pilihan terbaik untuk anda.
Salah satu kelebihan peti sejuk satu pintu ini adalah ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan di dapur anda. Model satu pintu ini juga sesuai digunakan untuk keperluan harian dapur sahaja dan kurang sesuai untuk kerja-kerja yang berat.
Sharp 280L J-Tech Inverter Dua Pintu
Sebuah model peti sejuk murah Sharp yang mempunyai dua pintu asing untuk bahagian sejuk dan sejuk beku. Dengan harga sekitar RM1000 model ini pastinya sesuai bagi anda yang gemar menyimpan barang basah @ barang dapur yang banyak di dalam peti sejuk anda. Ini kerana ia mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding peti sejuk satu pintu.
Model ini hadir dengan warranty selama 12 bulan dan terjual dengan menerima rating 5 bintang yang baik. Yang menariknya tentang peti sejuk Sharp ini adalah ia mempunyai fungsi pembasmi bau, jadi peti sejuk anda akan lebih wangi dan tidak cepat berbau semasa digunakan.
Toshiba 5 Star Refrigerator (3 Model)
Peti ais murah seterusnya adalah jenama toshiba, set model ini mempunyai 3 jenis model iaitu GR-A28MS / GR-A28MU / GR-B31MU. Model ini adalah rekaan yang berkualiti tetapi dijual dengan harga sekitar RM1000 sahaja. Yang menariknya walaupun dijual secara dalam talian sahaja, model-model ini telah terjual sebanyak lebih dari 1000 unit dengan rating 4 bintang yang baik.
Semua model ini mempunyai dua pintu asing untuk bahagian sejuk dan sejuk beku serta dilengkapi dengan warranty selama setahun. Yang membezakan model-model ini adalah material pada pintu, penggunaan tenaga elektrik, dan juga sedikit perbezaan pada saiz ukuran. Anda boleh menekan butang shopee di bawah untuk terus ke laman penjual.
Midea MD-232V 230L 2 Door Fridge
Kebanyakkan model peti sejuk dua pintu dijual dengan harga sekitar RM1000, namun tidak pada model jenama Midea ini yang mana dijual dengan harga RM800 sahaja. Dari segi ciri-ciri peti sejuk ini sama sahaja dibandingkan dengan model dua pintu yang lain, cuma terdapat sedikit perbezaan pada ukuran dan kadar penggunaan elektrik.
Dengan setiap pembelian model ini anda dilindungi dengan setahun warranty, jadi anda tidak perlu risau jika peti sejuk ini mengalami masalah sepanjang setahun penggunaan. Untuk membaca review dari pembeli-pembeli terdahulu anda boleh menekan butang shopee di bawah 🙂
Hisense 110L Single Door Fridge
Jika anda mencari model peti sejuk satu pintu bawah RM500, maka peti sejuk murah Hisense pilihan terbaik anda. Jangan terkejut model ini telah terjual sebanyak lebih 3000 unit secara dalam talian Shopee sahaja. Nak tahu kata-kata pengguna yang telah membeli model ini anda boleh menekan butang shopee di bawah.
Seperti biasa model ini mempunyai satu pintu dan bahagian sejuk dan sejuk beku yang asing di dalamnya. Mempunyai saiz yang kecil menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan rumah bujang atau seumpamanya.
Hisense 2 Door 240L Fridge Refrigerator
Jika tadi model satu pintu Hisense, model peti ais murah dari Hisense seterusnya adalah Hisense dua pintu. Model ini juga anda boleh peroleh dengan harga sekitar RM900 sahaja, masih dikira murah berbanding model seumpamanya iaitu sekitar RM1000.
Mempunyai dua pintu bagi memudahkan anda untuk menyimpan barang sejuk dan sejuk beku secara berasingan. Model ini sudah cukup untuk kegunaan harian dapur rumah, bahkan ia juga boleh digunakan untuk kegunaan menyimpan stok barangan bagi golongan peniaga.
Midea Peti Ais Frozen Murah Gross 130L Chest Freezer
Jika anda mencari peti ais murah untuk tujuan proses @ production perniagaan anda, model Midea Freezer pilihan terbaik untuk anda. Dengan hanya harga sekitar RM500 sahaja anda boleh menggunakan peti sejuk ini dengan lasak dan tahan lama. Peti sejuk murah ini turut mempunyai loyang untuk kegunaan pengguna.
Model ini sesuai untuk golongan yang memerlukan tempat penyimpanan sejuk beku yang banyak dalam satu masa. Jangan risau ia turut dilindungi dengan warranty selama setahun pembelian. Untuk info lanjut boleh menekan butang shopee di bawah.
Toshiba 4 Star 2 Doors Refrigerator
Sebuah lagi model peti sejuk murah daripada Toshiba iaitu GR-B22MP, model ini turut menawarkan harga bawah RM900 dengan fungsi peti sejuk dua pintu. Walaupun mempunyai dua pintu, namun ia mempunyai saiz ukuran yang lebih kecil berbanding model-model dua pintu yang lain. Peti sejuk ini sesuai untuk kegunaan keluarga dengan keunikan mempunyai dua pintu utama.
Kelebihan utama peti ais yang mempunyai dua pintu ini adalah ia boleh memberikan kuasa sejuk yang maksima, ini kerana dengan mempunyai lebih dari satu pintu, ia boleh mengurangkan kekerapan pintu peti sejuk dibuka yang mana akan mengurangkan tempoh sejuk peti ais.
Midea 1 Door Refrigerator
Sebuah lagi model peti sejuk murah daripada Midea, model peti sejuk satu pintu ini boleh didapati dengan harga bawah RM600 sahaja. Sama seperti model satu pintu yang lain, peti sejuk ini dilengkapi dengan dua bahagian berbeza untuk sejuk dan sejuk beku.
Hadir dengan pilihan warna kelabu dan hitam ia juga turut dilindungi dengan setahun warranty untuk setiap pembeli. Yang jelas walaupun mempunyai ukuran yang kecil berbanding peti sejuk dua pintu namun ia tetap relevan bagi mereka yang memerlukan.
Sharp Peti Ais Besar & Murah (170 L) Inverter 2 Door Fridge
Model peti ais murah terakhir adalah daripada Sharp dua pintu, model ini mempunyai keunikan apabila diperbuat daripada material luaran yang sedikit premium namun masih lagi dijual dengan harga bawah RM900 sahaja. Mempunyai dua pintu dan setiap pintu mengasingkan dua bahagian sejuk dan sejuk beku.
Keunikan reka bentuk yang premium menjadikan peti sejuk murah ini kelihatan fancy berbanding model lain yang mempunyai harga yang sama. Jika anda mementingkan deko dan hiasan dapur anda, model ini adalah pilihan terbaik untuk anda sekeluarga.
Akhir Kata
Peti sejuk murah dengan harga sekitar @ bawah RM1000 adalah terbaik jika hendak dibandingkan dengan peti sejuk premium yang pastinya mempunyai harga RM2000 ke atas. Bagi kami dengan harga bawah RM1000 ini sudah cukup untuk dapatkan model peti ais murah dengan kualiti yang terbaik. Kami cadangkan model Sharp Peti Ais Besar & Murah (170 L) Inverter 2 Door Fridge bagi anda yang mencari peti sejuk murah terbaik Malaysia.