5 Laptop Gaming Terbaik Malaysia Bawah RM5000

Laptop Gaming Terbaik

Dengan perkembangan trend permainan gaming dalam kalangan belia di Malaysia kini semakin popular menjadikan pengeluar laptop sentiasa memperbaharui siri model laptop agar sesuai untuk bermain gaming tanpa legging. Setiap perisian gaming memerlukan file yang besar dan berat untuk dikuasakan, oleh itu untuk bermain gaming dengan lancar dan bagus memerlukan beberapa spec dan perisian yang berkualiti. Di dalam artikel ini kami kongsikan model laptop gaming terbaik di Malaysia.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, disini kami kongsikan terlebih dahulu perisian yang penting bagi sesebuah laptop gaming yang berkualiti tinggi. Antara komponen laptop gaming yang terbaik adalah seperti berikut:

  • Grafik kad

Mungkin ramai yang beranggapan komponen utama bagi sesebuah laptop atau pc gaming adalah prosesor. Ya betul, namun dari segi perbandinganya grafik kad adalah komponen yang lebih utama. Ini kerana, terdapat lebih banyak perisian gaming yang memerlukan kapasiti grafik kad yang tinggi berbanding prosesor untuk dikuasakan. 

  • Processor

Komponen seterusnya yang paling utama adalah sudah pastinya prosesor. Di dalam pc gaming, laptop, mahupun telefon pintar, prosessor inilah yang menjadi komponen utama untuk memastikan setiap aktiviti perisian berjalan dengan baik dan lancar. Bagi laptop gaming, anda memerlukan prosesor yang direka khas untuk bermain gaming bagi menampung kapasiti perisian gaming itu sendiri. 

  • RAM & Storage

RAM dan storage juga memainkan peranan penting kepada sesebuah laptop gaming, setiap model laptop gaming akan hadir dengan RAM dan Storage yang telah ditetapkan, namun jangan risau kerana kedua-dua komponen ini boleh ditambah bagi memberikan laptop gaming lebih berkuasa tinggi dan lancar. 

3 komponen ini adalah antara perisian yang paling penting dalam pemilihan laptop gaming. Terdapat banyak lagi komponen yang boleh dinilai namun 3 perkara inilah yang perlu dititik beratkan untuk mendapatkan pengalaman bermain game yang lancar dan terbaik dengan laptop.

5 Laptop Gaming Terbaik Malaysia

Asus TUF Gaming A15

Model laptop gaming terbaik yang pertama adalah daripada Asus TUF Gaming, model ini mempunyai beberapa lagi siri yang mana kesemuanya sesuai dijadikan laptop gaming. Antara kemaskini yang terdapat pada laptop ini adalah ia mempunyai material yang diperbuat daripada metal dan lebih lasak untuk kegunaan gaming. 

Komponen yang terbaik yang terdapat di dalam laptop ini adalah pastinya prosesor yang dikuasakan terbaru dan direka khas untuk gaming iaitu Ryzen 7 5800H dan juga grafik kad RTX 3070. Dengan 2 komponen ini sahaja sudah boleh menampung kebanyakan perisian gaming yang popular di pasaran.

HP Pavilion Gaming Ryzen 5 GTX1050

Model laptop gaming terbaik seterusnya adalah HP pavilion gaming ryzen 5 GTX1050, model ini mempunyai keunikan apabila hadir dengan reka bentuk laptop gaming yang nipis dan slim. Seperti laptop gaming yang lain, ia tutur dikuasakan dengan prosesor yang mantap iaitu AMD Ryzen 7 serta ssd storage dengan kapasiti yang laju. 

Keunikan yang dibawa dari HP ini adalah model ini mempunyai harga bawah RM3000 sahaja berbanding laptop gaming lain. Jika anda mencari laptop dengan spec yang setara, model HP gaming ini adalah pilihan terbaik anda.

Acer Predator Helios I7-10750H RTX2060

Sebuah model daripada acer iaitu Acer Predator Helios I7-10750H RTX2060, model ini mempunyai spec yang terbaik khas untuk kegunaan gaming. Laptop gaming acer ini ibarat seperti pencabar terdekat kepada laptop gaming asus. Model ini dilengkapi dengan prosesor intel core i7 serta grafik kad daripada NVIDIA. 

Kelebihan utama model ini adalah mempunyai cooling system yang terbaik dan sesuai untuk laptop gaming. Laptop ini mempunyai sistem penyejuk yang terbaik berbanding model lain di dalam senarai. Oleh sebab itu, is ditawarkan dengan harga yang sedikit premium iaitu sekitar RM5000 di pasaran.

Lenovo L340 Gaming I5-9300H GTX1050

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lenovo juga mempunyai laptop gaming untuk memenuhi permintaan semasa, malah lenovo adalah antara jenama terawal yang mengeluarkan laptop untuk gaming. Model dikuasakan dengan perisian Intel Core i7 processing, dan grafik kad next-gen NVIDIA GeForce yang mana boleh dikatakan terbaik pada tahap laptop gaming.

Model lenovo ini juga ditawarkan dengan harga sekitar RM3000 yang mana agak murah bagi laptop gaming, namun terdapat juga review yang menyatakan model ini mempunyai kekurangan dari segi reka bentuk dan sistem penyejuk yang dikatakan biasa seperti laptop bukan gaming.

MSI GF-Series

Model laptop terbaik seterusnya adalah daripada MSI iaitu MSI GF-Series. Model ini mempunyai keunikan apabila dilengkapi dengan reka bentuk yang nipis dan slim pada harga yang setanding. Sebut sahaja model MSI pastinya tahu bahawa ia mempunyai model laptop yang terbaik dari segi reka bentuk yang mantap dan tahan lasak, sistem penyejuka yang berkualiti, dan skrin yang terbaik. 

Disebabkan itu, dengan harga sekitar RM3000 ke RM4000 model laptop ini pastinya memberikan pengalaman terbaik untuk bermain gaming malah boleh juga dijadikan sebagai laptop bukan gaming.

Akhir kata

Terdapat banyak lagi model laptop gaming yang boleh didapati dengan spec yang sama namun ia mempunyai harga luar kemampuan iaitu atas RM5000. Kesemua model yang disenaraikan di atas anda boleh peroleh dengan harga bawah RM5000 sahaja. Walaupun harga separa premium namun juga sudah cukup untuk memberi anda pengalaman yang terbaik semasa bermain gaming. Anda mencari laptop model HP murah, baca artikel berkaitan ini laptop hp murah 

Kredit : MONALIZAPC

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version