7 Handphone Murah Bawah RM500

Handphone murah bawah rm500

Dengan mempunyai bajet RM500, anda sebenarnya sudah boleh mempunyai telepon pintar spec minimum premium. Dengan bajet sebegini anda tidak perlu risau akan memilih handphone yang baik kerana terdapat banyak jenama model smartphone di luar sana yang berkualiti dengan harga hanya RM500.  Di dalam artikel kali ini kami kongsikan handphone murah bawah RM500.

Ciri-ciri spec telefon pintar bawah RM500

  • Mempunyai chipset 8 teras
  • Mempunyai memori 3GB RAM
  • Mempunyai storage 32GB

Dengan ciri-ciri telefon di atas sudah cukup untuk anda memperoleh telefon pintar yang bagus untuk kegunaan harian seperti membuat panggilan dan whatsapp. Rata-rata telefon pintar pada harga ini juga mempunyai ciri-ciri tambahan yang terbaik semuanya akan dikongsikan di dalam artikel ini. Teruskan membaca!

Vivo Y11

Telefon terbaik bawah RM500 daripada vivo adalah model Vivo Y11, mempunyai chipset SD 439 yang memberi kelancaran dalam penggunaan harian. Mempunyai 2 kamera yang mana kamera depannya 8 megapixel yang pasti memberikan pengalaman gambar yang cantik bagi peminat selfie. Model ini juga mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 5000mAh yang mana boleh tahan lama dengan sekali cas sahaja.

Kekurangan telefon ini adalah chipset tahap ini tidak sesuai untuk bermain gaming walaupun telefon ini mempunyai ukuran skrin yang besar. Walaubagaimanapun ia masih sesuai untuk aktiviti keperluan lain. Model ini juga tidak mempunyai sistem fast charging, jadi ia memerlukan masa lama untuk bateri dicas penuh.  

Redmi 8

Redmi adalah jenama telefon pintar yang berkualiti dengan harga yang mampu milik. Model Redmi 8 ini boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri yang lengkap dengan spec telefon bawah RM500. Model ini mempunyai chipset SD 439, dan dilengkapi dengan dua kamera, anda juga boleh menggunakan FM radio tanpa perlu sambungkan dengan headset. 

Sama seperti model vivo Y11, telefon ini juga mempunyai bateri yang berkapasiti 5000mAh, namun lebih baik iaitu mempunyai sistem fast charging. Ia juga mempunyai sistem tahan kalis percikan air dan mempunyai sambungan USBC. Namun, SD 439 model ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai telefon gaming anda.

Meizu M8 

Anda mencari telefon gaming bawah RM500? Meizu M8 adalah pilihan yang anda boleh miliki. Kelebihan utama telefon mode ini yang menjadikan ia sesuai untuk gaming adalah mempunyai chipset MediaTek Helio P22 yang semestinya sinonim dengan dunia gaming dengan memberi kelancaran ketika bermain. Model ini mempunyai reka bentuk yang compaq dan diperbuat daripada material aluminum yang tahan cuaca. 

Ia mempunyai memori yang tinggi iaitu 4GB RAM yang mana sangat berbaloi dengan harga bawah RM500. Kekurangan telefon pintar ini adalah mempunyai bateri yang kurang tahan lama, jadi anda perlu menyediakan power bank jika ingin bermain gaming dengan lama.

Neffos X20 Pro

Telefon pintar bawah RM500 ini juga mempunyai chipset gaming iaitu MediaTek Helio P22 dan sesuai untuk bermain gaming dengan laju dan lancar. Yang menjadikan Neffos X20 Pro ini lebih bagus daripada Meizu M8 adalah mempunyai bateri yang lebih lama, dengan dua ciri ini sudah bagus untuk menjadikan telefon ini sebagai pilihan gaming tegar. 

Kekurangan telefon ini adalah ia tidak mempunyai sistem fast charging dan masih lagi menggunakan penyambung micro USB. secara keseluruhannya dengan harga bawah RM500 telefon ini antara yang boleh dimiliki.

OPPO A5s

Oppo juga mempunyai model telefon terbaik bawah RM500 sahaja iaitu Oppo A5s. Telefon ini mempunyai chipset Helio P35 yang lebih laju daripada model lain. Mempunyai dua kamera dan mempunyai sokongan WIFI 5 gigahertz, serta mempunyai kapasiti bateri yang besar dan tahan lama. 

Walaupun mempunyai prosesor yang lagi dan sesuai untuk gaming, model oppo ini tidak mempunyai sistem fast charging dan masih menggunakan android versi yang lama.

Nokia 5.1 Plus 

Model nokia ini mempunyai keunikan tersendiri apabila mempunyai binaan luaran yang diperbuat daripada kaca. Model ini dilengkapi dengan prosesor Helio P60 yang sangat berkualiti berbanding yang lain. Ciri-ciri yang lain adalah ia mempunyai sokongan WIFI 5 gigahertz, mempunyai USBC serta mempunyai 2 kamera. Model ini juga boleh menerima kemaskini terbaru dari android jadi anda tidak perlu risau akan keselamatan data peribadi anda. 

Namun begitu, kurangan telefon pintar ini adalah pada baterinya yang tidak mempunyai sistem fast charging dan berkapasiti kurang berbanding bateri telefon lain. 

Realme C3

Model seterusnya yang boleh dikatakan adalah yang terbaik di dalam senarai telefon pintar bawah RM500 adalah Realme C3. kelebihan utama telepon ini adalah mempunyai chipset Helio G70 yang paling terbaik untuk gaming dan seangkatanya. Bagi pemain pubg tegar telefon ini boleh menyediakan kelancaran permainan pada tahap maksima. Ciri-ciri asas adalah mempunyai reka bentuk yang premium, mempunyai 2 kamera dan batari yang tahan lama. 

Kekurangan telefon ini adalah tidak mempunyai sistem fast charging, selain itu ia juga masih lagi menggunakan penyambung mikro USB dan bagi permian pubg, fungsi gyro pada model ini kelihatan agak delay sedikit.

Akhir Kata

7 handphone murah bawah RM500 ini adalah koleksi yang terbaik untuk mereka yang mencari telefon yang separa premium dan mempunyai kualiti yang bagus. Ternyata spec yang utama adalah pemilihan telepon adalah pada cipset @ prosesor yang berkualiti yang terkini untuk memberi lebih kelancaran ketika penggunaan. Semoga bermanfaat! Baca juga artikel berkaitan, Telefon Murah Bawah RM100

Kredit : MobileJaya

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version