7 Handphone Oppo Murah Tapi Berkualiti

hp oppo murah

Telefon pintar oppo adalah antara jenama yang kian mendapat tempat dalam kalangan pengguna smartphone di Malaysia. Oppo dikenali dengan mengeluarkan model handphone yang murah dengan ciri-ciri yang berkualiti. Namun begitu terdapat juga spec yang tinggi dan dijual dengan harga yang premium. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa model hp oppo murah yang anda boleh dapati dengan harga bawah RM900 sahaja.

Disebabkan terdapat model yang dikeluarkan dari masa ke semasa menjadikan model atau siri terdahulu mengalami turun harga dan ini memberi peluang kepada pengguna untuk membeli dengan harga lebih murah. Dengan harga yang lebih murah anda berpeluang untuk memperoleh telefon vivo yang mempunyai spec terkini dan canggih.

Oppo A15

Model oppo keluaran tahun 2020 ini adalah telefon pintar yang boleh diperoleh dengan harga bawah RM500 sahaja sekarang. Model ini mempunyai warna hitam dan putih serta memiliki ukuran skrin 6.5 inci dengan resolusi 720×1600 pixel. Model ini juga dikuasakan dengan chipset Mediatek MT6765 Helio P35 bersama-sama perisian Android 10, dengan spec ini kita boleh tahu yang telefon ini juga tergolong dalam telepon gaming murah yang boleh digunakan.

Mepunyai bateri yang kurang tahan lama iaitu 4230 mAh sahaja dengan kapasiti fast charging hanya 10W. Walaupun agak kurang mantap berbanding model lain namun dengan harga yang murah dan chipset yang berkualiti telefon ini masih lagi berbaloi untuk digunakan dalam keperluan harian anda.

Oppo A15s

Hp oppo murah seterusnya adalah masih lagi model oppo a15 tetapi siri atasnya, jika dilihat dari segi spec siri ini tidak mempunyai banyak perbezaan jika dibanding dengan model yang sebelumnya. Cuma keunikan oppo A15s ini adalah kemaskini pada kamera depan yang lebih cantik dengan rakaman video 1080 pixel. Jadi bagi anda yang membeli telefon untuk tujuan mengambil gambar maka pilihan terbaik anda adalah oppo A15s.

Dari segi bateri juga telefon ini sama sahaja seperti model asal mempunyai bateri yang tidak tahan lama berbanding model-model lain. Jadi pastikan anda sediakan powerbank jika ingin menggunakan telefon pintar ini jika outing dalam tempoh masa yang lama.

Oppo A54

Model keluaran 2021 ini juga boleh didapati dengan harga bawah RM600 sahaja. Telefon pintar ini mempunyai reka bentuk yang fancy iaitu mempunyai finger print di bahagian sisi telefon dan 3D curve yang membuatnya kelihatan cantik. Oppo a54 ini juga mempunyai kamera depan yang lebih cantik dengan 16 megapixel serta fungsi AI. Selain itu, model ini mempunyai sistem kalis percikan air yang mana trend terkini bagi smartphone terkini. Dari spec ini saja kita boleh melihat model oppo murah ini mementingkan luaran yang trend dan fancy sesuai bagi mereka yang mementingkan gaya luaran. 

Model ini dikuasakan dengan chipset Mediatek MT6765 Helio P35 dan Android 10, mempunyai skrin bersaiz 6.5 serta resolusi 720×1600. Model ini telah dikemaskini oleh oppo dengan menyediakan bateri yang tahan lama serta sistem fast charging 18W. Untuk gaming telefon ini juga dikategorikan telefon gaming murah terbaik juga selain daripada resolusi skrinnya yang sedikit rendah.

Oppo A53

Hp oppo murah seterusnya adalah oppo A53 keluaran tahun 2020. Model oppo A53 ini adalah siri sebelum model oppo A54. Secara umumnya model A53 ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan model A54, cuma terdapat kemaskini yang ketara pada refresh rate kedua-dua telefon oppo ini. Model A53 ini mempunyai kadar refresh yang lebih tinggi iaitu 90 Hz berbanding model oppo A54 yang hanya mempunyai kadar 60 Hz sahaja. Jadi jika anda inginkan pengalaman pergerakan display video @ gaming yang lebih lancar, maka oppo A53 adalah pilihan terbaik untuk anda.

Selain itu, kelebihan yang ada pada oppo A53 adalah memiliki pelindung skrin jenis Corning Gorilla Glass 3 yang mana lebih tahan lasak berbanding tempered glass. Jika dibandingkan antara kedua model A53 dan A54 ini kelihatan seperti model A53 ini lebih sesuai untuk dijadikan sebagai hp murah gaming.

Oppo A74 5G

Sebuah lagi telefon murah yang anda boleh dapati daripada oppo iaitu oppo A74, yang uniknya model ini menyokong rangkaian 5G. Tahukah anda bahawa telefon model terkini ini boleh didapati dengan harga bawah RM900 sahaja. Ia dilengkapi dengan chipset Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 dan Android 11, mempunyai ukuran skrin 6.4 inci serta resolusi 1080×2400 pixel. Model ini juga memberikan anda pengalaman display yang laju dan smooth kerana mempunyai kadar refresh 90Hz menyamai seperti screen monitor pc. 

Turut bersama penggunaan bateri yang berkuasa tinggi dengan kapasiti 5000 mAh dan mempunyai sistem fast charging tinggi iaitu 33W. Semestinya ciri-ciri telefon pintar ini sangat sesuai untuk golongan yang sentiasa melakukan aktiviti melalui telefon mereka.

Oppo A93

Model keluaran 2020 ini juga tidak kurang mantap hebatnya, model telefon pintar ini dikuasakan dengan Mediatek MT6779V Helio P95 dan mempunyai skrin bersaiz 6.4 inci. Keunikan model ini adalah ia direka untuk memberikan pengalaman smartphone yang nipis, ringan, dan selesa penggunaannya. Telefon ini dielngkapi dengan 6 kamera AI, 4 kamera dibelakang dan 2 kamera di depan. 

Model ini juga mempunyai kelebihan menghasilkan gambar yang menarik seperti gambar potret, night mode, dan warna AI. tambahan, kamera model ini dilengkapi dengan sistem ultra steady video yang mana video anda akan lebih lancar tanpa geseran sesuai dijadikan kamera vlog. Secara umumnya telefon ini sangat sesuai untuk mereka yang sering melakukan aktiviti menggunakan kamera.

Oppo Reno4

Hp oppo murah seterusnya adalah OPPO Reno4 keluaran tahun 2020. Dilihat dari segi spec model ini dapat dilihat bahawa oppo menekankan aspek kualiti gambar dan video pada model ini. Dengan fungsi warna AI dan slow motion pasti menjadikan telefon ini rebutan para peminat selfie dan vlogger. Tambahan, kamera hadapannya mempunyai fungsi smart air control, anda boleh melakukan scroll skrin telefon anda tanpa menyentuhnya, kelihatan fancy bukan?

Model ini mempunyai chipset Qualcomm SM7125 Snapdragon dan mempunyai skrin 6.4 inci resolusi 1080×2400 pixel. Model ini juga memiliki kapasiti bateri yang mantap iaitu 4015 mAh dan fast charging 30W. Model ini pastinya memiliki spec ke arah telefon premium oppo, namun anda boleh miliki dengan harga bawah RM1000 sahaja sekarang.

Akhir Kata

Model Oppo adalah antara model yang menawarkan spec Telefon Murah Tapi Berkualiti dengan harga mampu milik. Senarai hp oppo murah tapi berkualiti ini adalah antara model oppo yang boleh didapati dengan harga bawah harga jual sekarang. Diharap dengan info ini membantu anda dalam mencari telefon oppo yang mampu dengan kewangan semasa anda. Model Huawei juga mempunyai model hp murah, jom baca HP huawei murah

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version