7 Handphone Samsung Murah Tapi Berkualiti

Hp Samsung Murah Tapi Berkualiti

Handphone samsung adalah jenama smartphone yang paling terawal dan terkemuka di dunia selepas Iphone. Jenama ini menawarkan beberapa spec yang premium bersesuaian dengan harganya yang juga mahal. Namun terdapat juga beberapa model dan siri hp samsung murah yang telah turun harga dan boleh didapati dengan harga sekitar RM700 sahaja. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa model samsung yang murah tapi berkualiti untuk rujukan anda. 

Samsung Galaxy A12

Samsung galaxy A12 adalah smartphone samsung yang semakin diminati disebabkan harganya yang semakin murah. Model ini dikuasakan dengan chipset Mediatek MT6765 Helio P35 serta storage 128GB dan 6GB RAM. Ciri-ciri ini sudah cukup untuk menjadikan telefon in sebagai tempat menyimpan data dengan banyak. Ukuran skrin model ini bersaiz 6.5 inci dan mempunyai resolusi 720×1600 pixel.

Spek terbaik juga adalah melibatkan bateri yang mempunyai dua sistem yang paling penting iaitu tahan lama dengan 5000 mAh dan sistem fast charging 15W. Kamera samsung ini juga mempunyai 48 megapixel yang pasti terbaik untuk mengambil gambar yang cantik.

Samsung Galaxy A21S

Model samsung seterusnya yang boleh dimiliki dengan harga murah adalah samsung galaxy A21S. kelebihan utama model ini adalah mempunyai skrin yang besar, kamera belakang dengan 48 megapixel, dan mempunyai bateri yang tahan lama dan fast charging. Jika dulu model ini dijual dengan angka atas RM1000++, namun sekarang anda boleh dapati telefon pintar ini dengan harga sekitar RM700 sahaja. 

Model ini disertai dengan chipset Exynos 850 yang mana tidak terlalu bagus untuk bermain gaming. Maka oleh itu, telefon ini kurang sesuai untuk dijadikan handphone gaming dan lebih sesuai untuk kegunaan lain sahaja.

Samsung Galaxy A31

Jika sebelum ini samsung galaxy a31 ini dijual dengan harga sekitar RM1000++ namun sekarang anda boleh dapatkan model ini dengan harga sekitar RM800 sahaja. Telefon pintar ini mempunyai chipset MediaTek MT6768 yang pastinya bagus untuk permainan sebarang jenis gaming. Mempunyai kamera 48 megapixel dan skrin bersaiz 6.4 inci serta mempunyai resolusi 1080×2400 pastinya sudah lengkap untuk model telefon ini dijadikan telefon gaming. 

Seperti telefon premium lain, model samsung ini juga mempunyai bateri yang tahan lama dengan sekali cas dan juga sistem fast charging. Pada spec ini telefon pintar ini sudah boleh dianggap berbaloi dengan harganya yang di bawah RM1000.

Samsung Galaxy M31

Model seterusnya adalah samsung galaxy m31, model ini mempunyai spec yang hampir sama seperti samsung galaxy a31 namun masih terdapat beberapa kemaskini yang lebih baik dan mantap. Ia dilengkapi dengan chipset Exynos 9611 dan mempunyai ukuran skrin 6.4 inci. Dengan skin yang dikira besar, ditambah pula dengan sistem Full HD menjadikan handphone samsung ini sesuai untuk mereka yang gemar menonton video. 

Tambahan, model ini juga mempunyai bateri yang super tahan lama iaitu dengan 6000 mAh serta fast charging 15W. Namun, dengan prosesor semasa yang ada menjadikan telefon ini kurang sesuai untuk dijadikan sebagai telefon gaming.

Samsung Galaxy A70

Model galaksi samsung galaxy a70 juga masih dikategorikan sebagai model yang berbaloi dengan harga bawah RM1000 sekarang. Model ini mempunyai skrin layar 6.7 inci Amoled serta resolusi 1080 x 2400 pixels. Dengan skin layar yang besar ini pasti memberikan anda pengalaman yang lebih puas semasa menonton video atau bermain gaming. Ia juga sangat sesuai untuk bermain gaming memandangkan mempunyai chipset Qualcomm SDM675 Snapdragon 675. 

Namun terdapat satu kekurangan telefon ini adalah ia mempunyai bateri yang kurang tahan lama berbanding model lain iaitu hanya 4500 mAh sahaja tetapi mempunyai sistem fast charging yang paling cepat iaitu 25W.

Samsung Galaxy A32

Model dari samsung ini dikategorikan sebagai model yang terkini dan terbaru, namun anda boleh dapatkan dengan harga yang murah sahaja. Model ini dikuasakan dengan chipset MediaTek Helio G80 serta mempunyai internal storage sehingga 128GB 8GB RAM. Model ini mempunyai skrin yang bersaiz 6.4 inci dan mempunyai resolusi 1080×2400 pixel. Dengan adanya spec ini menjadikan telefon ini sesuai untuk bermain gaming dan untuk menonton video dengan Full HD. 

Model ini juga mempunyai bateri yang bagus iaitu dengankapasiti 5000 mAh dan sistem fast charging 15W. Anda boleh dapatkan mode ini dengan menekan link di bawah.

Samsung Galaxy A11

Sebuah lagi model samsung keluaran 2020 yang telah turun harga dan boleh didapati dengan harga hanya sekitar RM600 sahaja iaitu Samsung Galaxy A11. Dari segi spec telefon ini boleh dikategorikan sebagai telefon sederhana sahaja. Ia mempunyai chipset Qualcomm SDM450 Snapdragon 450 dan mempunyai skrin 6.4 inci serta resolusi 720×1560 pixel sahaja.

Model ini mempunyai bateri yang kurang mantap iaitu dengan kapasiti  4000 mAh dan mempunyai sistem fast charging 15W. Dari ciri-ciri ini menunjukkan telefon pintar ini tidak sesuai untuk dijadikan gajet gaming dan hanya sesuai untuk aktivit keperluan sahaja.

Akhir kata

Dengan wujudnya model dan siri telefon pintar yang semakin dikemaskini setiap tahun menjadikan model terdahulu mengalami penurunan harga yang memberi kebaikan kepada golongan yang mempunyai bajet yang terhad. 7 hp samsung murah ini adalah antara telefon yang masih lagi berkualiti dan boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik. Jika anda mencari model Vivo murah terbaik, baca disini HP Vivo murah

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version