7 Jam Telefon Kanak Kanak Murah

jam telefon kanak kanak murah

Dengan kemajuan teknologi seiring dengan keperluan masa kini menjadikan gajet digital alatan yang mesti ada tidak kira peringkat umur. Jam telefon kanak-kanak murah menjadi carian golongan ibu bapa bertujuan untuk keselamatan anak-anak mereka. Jam telefon ini tidak seperti jam dahulu yang hanya menunjukkan waktu, tetapi ia dilengkapi dengan fungsi telefon dan GPS yang memboleh ibu bapa memantau anak-anak mereka. Di dalam artikel ini kami kongsikan jam telefon kanak kanak murah yang terbaik untuk anda

Kids Smart Watch

Kids Smart Watch ini adalah antara jam tangan kanak-kanak yang laris dengan harga yang mampu milik. Fungsi utama jam tangan ini selain untuk menunjukan waktu adalah mempunyai fungsi untuk menerima panggilan dari no yang tertentu sahaja. Dengan fungsi ini anda boleh setkan no telefon anda sahaja dan jam ini hanya akan menerima panggilan dari anda sahaja. 

Selain itu ia juga mempunyai tracking GPS, ini membolehkan anda melihat ke mana sahaja anak-anak anda bermain. Segala rekod GPS ini akan disimpan dan boleh dilihat melalui app telefon anda. Jam ini anda boleh dapatkan secara dalam talian sahaja dengan harga yang pasti mampu milik.

Kids Smart Watch Z6A 

Jam telefon kanak kanak murah seterusnya adalah model Z6A, model ini turut mempunyai fungsi panggilan dari no yang disetkan sahaja serta mempunyai penjejak GPS yang boleh dilihat melalui app di telefon anda. Selain fungsi utama, jam tangan kanak-kanak ini juga mempunyai keunikan lain seperti mempunyai butang SOS untuk emergencies dan lampu untuk kegunaan semasa gelap. 

Ibu bapa juga boleh menghadkan keluasan sekitar anak mereka pergi, apabila jam tangan kanak-kanak ini berada di luar kawasan yang dihadkan, anda akan menerima alert melalui app. Selain itu, jam tangan kanak-kanak ini juga mempunyai fungsi kalis air, jadi ia lebih lasak dan tahan lama.

Q12 Smart Watch Kids Phone

Jam kanak-kanak seterusnya adalah Q12, model ini sama seperti model yang lain dengan fungsi yang terbaik. Mempunyai sistem GPS yang boleh dilihat di app telefon anda, jam tangan ini juga boleh digunakan untuk menerima dan membuat panggilan tetapi untuk nombor yang disetkan sahaja. 

Ia juga mempunyai  fungsi kamera untuk membolehkan anda mengambil gambar dan video dari semasa ke semasa. Anda sebagai ibu bapa juga boleh setkan kawasan maksima anak anda boleh pergi dan mempunyai fungsi alarm jika terdapat apa-apa yang terjadi. Model telefon ini juga boleh menerima dan menghantar text suara dengan jelas.

4G Kids Watch Y99

Jam tangan kanak-kanak model Y99 antara gajet yang mempunyai perisian yang canggih untuk anak anda. Perbezaan utama model jam telefon tangan ini adalah ia mempunyai kualiti yang canggih, tahan lama, dan moden. Oleh sebab itu jam telefon ini dijual dengan harga yang tinggi berbanding yang lain. 

Selain daripada mempunyai fungsi GPS dan menerima panggilan, model jam telefon kanak-kanak ini juga hadir dengan fungsi video call. Fungsi GPS yang ditawarkan juga lebih tepat dan cepat berbanding model lain. Jam ini juga boleh ditegakkan untuk tujuan mengambil gambar dan video. Dengan harga yang sedikit premium, anda dapat jam telefon yang mempunyai fungsi kamera video yang berkualiti untuk kegunaan anak anda.

ZLOYI Smart Watch Anti-lost Tracker

Model jam telefon seterusnya adalah jenama Zloyi, mempunyai fungsi yang asas bagi jam telefon kanak-kanak. Ia dilengkapi dengan sistem GPS yang boleh disambungkan ke telefon android dan juga IOS. Antara fungsi lain jam telefon ini adalah boleh mengambil gambar, menerima dan menghantar sms, sleep monitor, dan fungsi bluetooth. Model ini kelihatan agak asas sahaja berbanding model yang dengan harga yang sama.

Xiaomi Mi Bunny MITU 4C Children Smart GPS

Jangan terkejut jenama redmi juga ada mengeluarkan jam telefon untuk kanak-kanak. Jam tangan ini mempunyai fungsi yang berkualiti dengan harga yang premium. Model ini mempunyai kamera HD untuk tujuan mengambil gambar, video, dan video call. Ia juga dilengkapi dengan bateri yang berkuasa tinggi dan tahan selama 7 hari dengan sekali cas. 

Keunikan model ini juga adalah mempunyai skrin yang berbentuk Amoled dengan resolusi 240×240 pixel, menjadikan ia kelihatan seperti jam tangan yang premium. Direka untuk tahan lasak termasuklah tahan kalis air dan sesuai digunakan untuk tujuan lasak. Bagi anda yang inginkan jam telefon yang premium dengan spec yang tinggi anda boleh dapatkan model redmi ini.

Imoo Watch Phone Z5 

Sebuah model jam telefon daripada Imoo iaitu Imoo Watch Phone Z5. sama seperti model redmi, jam telefon ini menawarkan spec yang tinggi dengan harga yang pastinya premium. Keunikan utama jam telefon ini pastinya mempunyai kamera dan skrin yang berkualiti berbanding model lain. Mempunyai fungsi video call yang jelas dan terang, ini membolehkan ibu bapa menghubungi anak mereka dengan baik tanpa legging. 

Mempunyai perisian yang terkini menjadikan model ini boleh menjejak GPS dengan lebih tepat dan cepat. Sesuai dengan harganya yang premium, model jam telefon ini juga mempunyai fungsi kalis air, sesuai untuk kanak-kanak yang lasak. Anda yang mempunyai kewangan yang baik bolehlah memilih jam telefon ini kerana ia mempunyai spec yang tinggi sesuai dengan keperluan semasa anda dan anak anda.

Akhir kata

Jam telefon kanak kanak murah ini adalah antara keperluan bagi ibu bapa yang menitik beratkan keselamatan anak mereka. Model jam telefon ini boleh didapati dengan harga bawah RM50 bagi yang asas dan ia boleh mencapai harga ratusan dengan spec yang lebih tinggi. Diharap dengan perkongsian ini membantu anda untuk mencari jam telefon terbaik untuk anak anda. Anda ibu bapa yang sedang mencari peti sejuk bajet, boleh baca artikel ini Peti Ais Murah untuk cadangan beberapa model peti sejuk murah. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version