8 Handphone Huawei Murah Tapi Berkualiti

hp huawei murah

Jenama huawei adalah model telefon pintar yang mempunyai kadar kenaikan trend dan populariti yang cepat berbanding jenama telefon lagi. Mana tidaknya ia juga pernah menjadi global trend dengan sistem perisian sokongan 5G. Misi huawei adalah menyediakan “solution” kepada rangkaian, keselamatan, dan teknologi tanpa wayar dunia. Dalam artikel ini kami kongsikan hp huawei murah yang terdapat di pasaran Malaysia.

Disebabkan populariti yang semakin dikenali, kebanyakkan model huawei ini menjadi rebutan dan ada diantaranya cepat kehabisan stok terutamanya model pada harga bajet. Kebanyakan model huawei murah yang kami kongsikan ini boleh diperoleh dengan harga bahawa RM600 sahaja. Jom saksikan.

Huawei Nova 7i

Hp huawei murah yang pertama adalah milik HUAWEI nova 7i. Model keluaran tahun 2020 ini menjadi popular kerana boleh didapati dengan harga bawah RM1000 serta mempunyai spec yang bagus. Fokus utama model ini adalah mempunyai kamera AI dengan perisian 48 megapixel dan mempunyai fast charging bateri dengan kapasiti 40W. Model huawei ini mempunyai empat kamera yang mempunyai fungsi yang pastinya terbaik bagi mereka yang gemar mengambil gambar dan video. 

Model ini hadir bersama chipset Kirin 810 dan android 10, mempunyai skrin 6.4 inci dan bateri berkapasiti sederhana iaitu 4200 mAh. Jika diperhatikan dari segi prosesor telefon ini kurang bagus untuk dijadikan gaming phone dan lebih sesuai untuk kegunaan keperluan harian serta mengambil gambar yang cantik. 

Huawei Y7a

Model hp huawei murah seterusnya adalah mempunyai HUAWEI Y7a keluaran 2020. Mempunyai ciri-ciri fancy huawei iaitu memiliki kamera AI 48 megapixel dan mempunyai sistem fast charging yang cepat iaitu 22W. Kelebihan model ini adalah mempunyai bateri yang berkapasiti besar iaitu 5000 mAh, jadi ia lebih tahan lama apabila anda outing

Dilengkapi dengan chipset Kirin 710A serta mempunyai ukuran saiz yang besar iaitu 6.7 inci dengan resolusi 1080×2400 pixel. Walaupon mempunyai skrin yang besar dan bateri yang tahan lama, telefon ini kelihatan sesuai untuk dijadikan gaming telefon, namun dengan chipset yang kurang mantap ia akan menjadikan gaming anda kurang laju. Jika anda mencari telefon untuk keperluan harian dan gemar pengumpul gambar dan video yang berkualiti model ini adalah pilihan terbaik anda.

Huawei Nova 2 Lite

Model huawei nova 2 lite adalah model keluaran tahun 2017, model ini masih lagi dikeluarkan oleh huawei dan boleh didapati dengan harga bawah RM600 sahaja. Telefon pintar ini dilengkapi dengan chipset Kirin 659, mempunyai skrin 5 inci serta resolusi 1080×1920 pixel. Dengan spec ini hp murah huawei ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai Handphone Gaming Murah, sebaliknya hanya sesuai untuk dijadikan sebagai telefon kegunaan keperluan harian sahaja. 

Dari segi baterinya pula hanyalah mempunyai kapasiti 2950 mAh dengan sistem fast charging 18W. Boleh disimpulan bahawa model ini tidak sesuai untuk pengguna gajet yang heavy, jika anda dapatkan telefon ini mungkin anda perlu menyediakan powerbank sebagai bateri tambahan apabila outing.

Huawei Y7 Pro

Model huawei keluaran tahun 2019 ini juga tidak kurang hebatnya, dengan harga yang murah anda boleh memiliki model siri telefon yang mempunyai chipset setara dengan telefon lain iaitu Qualcomm SDM450 Snapdragon. Dilengkapi dengan skrin 6.3 inci dan resolusi 720×1520 jenis LCD. 

Mempunyai bateri yang berkapasiti 4000mAh dan kuasa fast charging 10W, model Y7 Pro ini boleh di kategorikan sebagai telefon yang berkuasa tinggi namun dengan spec lain yang sederhana. Kelebihan utama telefon ini adalah ia mempunyai kamera AI yang berkualiti untuk mendapatkan gambar dan video yang cantik dan kemas.

Huawei Nova 3i

Huawei nova 3i model keluaran tahun 2018 yang boleh didapati dengan harga murah sekarang. Model ini mempunyai reka bentuk yang separa premium, mempunyai skrin full HD dan resolusi 1080×2340 pixel. Dikuasakan dengan chipset Kirin 710 dan Android 8.1. Model hp ini mempunyai kelajuan skrin yang sederhana sahaja sesuai untuk melakukan keperluan harian seperti membalas text, panggilan, dan sebagainya. 

Tambahan, model ini juga hadir bersama bateri yang sederhana sahaja iaitu 3340 mAh dengan sistem fast charging 10W. Namun terdapat kelebihan pada model ini iaitu mempunyai kamera depan 24 megapixel untuk pengalamn ber “selfie” dengan cantik.

Huawei P30 Lite

Model huawei keluaran tahun 2019 ini masih lagi baru dengan spec terkini. Pastinya model huawei ini mempunyai kamera yang canggih iaitu 24 megapixel dengan fungsi ultra wide. Reka bentuk model ini juga mempunyai 3D curve menjadikan ia kelihatan fancy dan selesa untuk dipegang. 

Model ini dikuasakan dengan chipset Kirin 710 dan Android 9.0. Ia mempunyai skrin 6.2 inci dan resolusi 1080×2312 pixel. Baterinyanya juga mempunyai kuasa yang sederhana sahaja iaitu 3340 mAh dengan sistem fast charging 18W. Model ini masih lagi pada spec sederhana namun ia masih lagi sesuai untuk kegunaan aktiviti harian.

Huawei Nova 5T

Sebuah lagi hp huawei murah yang masih lagi baru iaitu Huawei Nova 5T. Model keluaran 2019 ini mempunyai kamera AI 48 megapixel sangat sesuai untuk mereka yang gemar bergambar dan vlog. Mempunyai fingerprint sensor di bahagian tepi telefon menjadikan ia satu trend yang fancy dalam kalangan pengguna gajet. 

Model ini dilengkapi dengan chipset berkuasa tinggi iaitu Kirin 980 menjadikan hp ini sesuai untuk dijadikan telefon gaming tanpa legging. Tambahan ia mempunyai skrin berukuran 6.3 inci dengan resolusi 1080×2340 serta fungsi LCD. Mempunyai bateri yang sederhana sahaja tetapi boleh dicas dengan cepat iaitu fast charging 25W.

Huawei Mate 8

Hp huawei murah seterusnya adalah huawei mate 8, model keluaran tahun 2015. Disebabkan model ini adalah keluaran lama, maka ia tidak mempunyai spec yang mantap untuk dijadikan telefon gaming. Tetapi dengan ciri-ciri sediada telefon pintar ini sesuai dijadikan sebagai gajet keperluan harian sahaja. Yang pasti anda boleh memperoleh model ini pada harga murah sahaja sekarang. 

Telefon ini dikuasakan dengan chipset Kirin 950 yang mana tidak kurang hebat kelajuannya. Ia juga mempunyai skrin yang berukuran 6 inci, resolusi 1080×1920 serta LCD. Mempunyai bateri berkapasiti 4000 mAh dan fungsi fast charging 18W. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa model ini masih lagi relevan walaupun dikeluarkan pada tahun 2015 lagi.

Akhir Kata

Huawei adalah model telefon yang menawarkan spec yang premium dan separa premium, walaubagaimanapun masih terdapat model yang dikeluarkan dengan harga yang murah untuk memenuhi permintaan telefon pintar bajet di pasaran. Diharap dengan info ini membantu anda untuk mendapatkan hp huawei murah terbaik anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version