9 Handphone Murah RAM Besar 6GB ke Atas

Handphone murah RAM besar

Adalah telefon anda pernah mengalami mengalami masalah legging, hanging, atau tersekat-sekat apabila melakukan multi tasking? Jika ya itu tanda telefon anda perlu kemaskini RAM. Jika anda seorang yang banyak menggunakan telefon pintar anda dengan membuka beberapa aplikasi dalam satu masa, anda memerlukan smartphone yang mempunyai RAM yang besar agar tidak mengalami legging atau hang.

Apa Itu RAM?

Apabila anda membaca spec sebuah telefon pintar, pasti anda terlihat nilai RAM pada suatu model handphone. RAM bermaksud “Random access memory” iaitu suatu perisian yang memproses data semasa yang aktif pada telefon pintar. Contohnya apabila anda membuka sesuatu app, RAM akan mula memproses terlebih dahulu kemudiannya barulah disokong oleh cpu dan gpu.

Berapa RAM Telefon Gaming?

Soalan ini sering kali diajukan oleh gamer yang mencari telefon untuk gaming. Secara teknikalnya telefon gaming perlu mempunyai sekurangnya 5GB dan ke atas barulah suatu telefon sedap untuk digunakan sebagai telefon gaming. Di dalam artikel ini kami kongsikan handphone murah RAM besar yang terdapat di pasaran Malaysia, RAM 5GB ke atas.

Oppo A9 (6GB & 8GB)

Handphone murah RAM besar

Handphone murah RAM besar yang pertama adalah dari oppo A9. Model keluaran 2019 ini dilengkapi dengan 8GB RAM dengan harga bawah RM1000 sahaja. Dikuasakan dengan chipset Qualcomm SDM665 Snapdragon 665 ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai telefon gaming selain mempunyai skrin yang besar iaitu 6.5 inci.

Dari segi kuasa bateri pula ia pastinya mantap dengan 5000 mAh serta dengan sistem fast charging 10W

Realme 7i (6GB & 8GB)

Handphone murah RAM besar

Realme juga mempunyai model telefon 8GB RAM pada harga bawah RM1000 sahaja. Model Realme 7i dilengkapi dengan chipset Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 dan paparan 90Hz untuk pengalaman yang lancar dan cepat. Reka bentuk model ini mempunyai finger print di bahagian sisi telefon dan mempunyai kamera utama yang berkualiti iaitu 64 megapixel.

Bagi kami dengan spec begini sangat sesuai untuk pengguna telefon pintar yang heavy, ia sangat sesuai untuk bermain gaming mahupun melakukan urusan kerja yang lain. Yang paling penting anda boleh memperoleh model ini dengan harga bawah RM1000 sahaja.

Infinix Zero 8 (6GB & 8GB)

Handphone murah RAM besar

Sebuah lagi telefon pintar dengan keupayaan RAM 8GB yang berbaloi untuk dibeli iaitu Infinix Zero 8. Model ini dilengkapi dengan chipset Mediatek MT6785 Helio G90T yang sangat mantap untuk aktiviti gaming. Ia juga mempunyai skrin yang besar hampir 7 inci serta dilengkapi dengan sistem refresh rate tinggi iaitu 90Hz. Namun, sedikit kekurang pada bateri yang kurang tahan lama iaitu hanya 4500 mAh sahaja, namun mempunyai sistem fast charging yang tinggi iaitu 33W. 

Secara teknikalnya telefon ini juga boleh menjadi pilihan apabila mencari handphone murah RAM besar di pasaran Malaysia. Jika anda berminat boleh menekan link di bawah untuk terus ke laman penjual shopee.

Poco X3 NFC (6GB & 8GB)

Handphone murah RAM besar

Poco X3 NFC jenama telefon RAM besar tapi murah dari redmi. Sedia maklum redmi adalah pengeluar telefon pintar dengan ciri yang premium pada harga mampu milik. Chipset model ini adalah Qualcomm SM7150-AC Snapdragon 732G, mempunyai 6 hingga ke 8GB RAM untuk pilihan anda. 

Model telefon pintar ini turut mempunyai ciri fancy iaitu mempunyai fingerprint di bahagian tepi telefon. Keunikan yang terdapat pada baterinya adalah mempunyai kapasiti 5160 mAh serta fast charging 33W! Ini adalah spec yang sangat mantap yang dihasilkan oleh redmi.

Poco X3 PRO (6GB & 8GB)

Handphone murah RAM besar

Sebuah lagi model dari redmi yang mempunyai RAM yang besar pada harga mampu milik. Model keluaran 2021 ini mempunyai prosesor Qualcomm Snapdragon 860 dan mempunyai refresh rate yang tinggi iaitu 120 Hz. model ini hadir dengan RAM 6GB dan 8GB untuk pilihan pengguna. 

Sama seperti model X3 NFC, model ini juga dilengkapi dengan bateri yang luar biasa matapnya, bateri yang tahan lama dan cepat dicas ini pastinya perlu bagi telefon pintar yang spec tinggi kerana ia memerlukan kuasa yang banyak untuk aktif.

Samsung Galaxy A32 (6GB & 8GB)

Handphone murah RAM besar

Samsung juga mempunyai handphone murah RAM besar iaitu model samsung galaxy A32. model ini hadir dengan pilihan RAM iaitu 4GB, 6GB, dan 8GB. Dilengkapi dengan chipset Mediatek Helio G80 serta 90Hz refresh rate. Bagi gaming, spec ini sudah cukup untuk bermain dengan laju tanpa legging. 

Kualiti baterinya pula boleh dikategorikan bagus dengan 5000 mAh serta fast charging 15W. Jika anda seorang peminat jenama model samsung maka pilihan model ini adalah terbaik untuk anda.

Redmi 9T (6GB)

Sebuah lagi siri telepon redmi yang RAM besar tetapi boleh dibeli dengan harga yang mampu milik iaitu redmi 9t. Handphone 6GB RAM murah Malaysia keluaran awal 2021 ini mempunyai pilihan RAM 4GB dan 6GB. Bagi anda yang inginkan kepuasan pastinya mesti memilih model 6GB ke atas kerana mempunyai kapasiti yang besar untuk anda melakukan kerja harian dengan smartphone. 

Seperti juga spec redmi yang lain, model ini juga mempunyai bateri yang tahan lama iaitu 6000 mAh dengan fast charging 18W.

Infinix Note 8 (6GB)

Model telefon yang sesuai untuk kegunaan gaming, lengkap dengan 6GB RAM untuk anda. Model ini mempunyai chipset Mediatek Helio G80 dan mempunyai ukuran skrin yang hampir ke 7 inci. Namun ia mempunyai refresh rate yang rendah berbanding model lain. Dilengkapi dengan bateri yang berkuasa tinggi iaitu 5200 mAh dengan sistem fast charging 18W.

Narzo 30 (6GB)

Sebuah model dari realme yang direka khas untuk gaming tegar, ia mempunyai chipset MediaTek Helio G95 serta mempunyai paparan refresh rate 90Hz. Telefon ini turut mempunyai fingerprint di bahagian tepi telefon, menjadikan ia kelihatan fancy dengan reka bentuk yang menarik. 

Model ini dilengkapi dengan bateri yang tahan lama iaitu 5000 mAh yang paling menariknya mempunyai sistem fast charging yang tinggi iaitu 30W. Anda boleh dapatkan model ini dengan harga bawah RM900 sahaja.

Akhir Kata

Terdapat banyak model telefon RAM besar di Malaysia, namun biasanya ia mempunyai harga atas RM1000 sahaja. Senarai model telefon ini adalah antara telefon pintar RAM besar harga bawah RM1000 yang anda boleh dapatkan. Bagi para gaming sudah tentunya mencari-cari telefon murah RAM besar ini, semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top