Almari Baju Murah

almari baju murah

Anda mencari almari baju murah untuk rumah anda? Almari baju adalah salah satu perabot yang menjadi keperluan setiap rumah. Boleh dikatakan setiap ruang bilik memerlukan sekurang-kurangannya sebuah almari untuk menyimpan pakaian dan barang peribadi. Di dalam slot kali ini kami kongsikan apa yang anda perlu tahu berkenaan almari baju serta beberapa jenis almari baju murah yang anda boleh dapati secara dalam talian sahaja.

Bagi anda yang mempunyai koleksi baju dan barang peribadi yang banyak, anda mestilah mempunyai almari yang bagus dan tahan lama. Berita baiknya, kini terdapat banyak jenis almari yang dijual dengan harga mampu beli, malah ada diantara boleh dibeli dengan harga bawah RM100 sahaja. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca hingga habis…

Tips Membeli Almari Baju Murah

Seperti juga perabot rumah yang lain, sebelum membuat pembelian almari anda perlu menitikberatkan beberapa perkara agar almari yang dibeli betul-betul sesuai dengan keperluan anda. Terdapat pelbagai jenis almari yang dijual di pasaran dengan purata harga yang berbeza untuk pilihan anda. Antara perkara yang boleh anda perhatikan adalah:

Ukuran & kapasiti ruang almari

Faktor utama yang perlu anda ambil kira adalah ukuran bilik anda dan kapasiti almari. Sebaiknya anda mengira dahulu ukuran pada ruang bilik anda bagi memastikan almari baju baru nanti betul-betul sepadan dengan ruang yang hendak disediakan. Dengan ini juga menjadikan anda lebih peka dengan lokasi tempat meletak almari baju anda di dalam bilik.

Setiap orang mempunyai jumlah barangan yang berbeza, pastikan anda memilih almari baju yang boleh menampung keperluan baju dan barang peribadi anda. Anda boleh memilih jenis yang bertingkat ataupun jenis yang hanging asalkan ia boleh menampung barangan anda. 

Pilihan mengikut dekorasi

Almari baju adalah barang yang mesti ada di dalam bilik anda, jadi ia mestilah mempunyai dekorasi yang sepadan dan masuk dengan hiasan rumah anda. Baik dari segi warna, jenis corak, dan material mestilah sesuai dengan tema bilik anda. Berita baiknya kini terdapat banyak jenis variasi almari yang dijual untuk rujukan anda, anda hanya perlu rajin mencari dan memilih yang mana sesuai untuk anda. 

Pilih yang simple dan ringkas

Terdapat banyak jenis almari di pasaran, daripada jenis material keras hinggalah kepada jenis material lembut seperti kain dan fabrik. Anda boleh memilih berdasarkan keperluan semasa anda bagi memudahkan kerja mengalihkan di kemudian hari. Kini terdapat jenis almari yang simple dan ringkas yang memudahkan proses memindah di kemudian hari. Jenis almari ini sangat sesuai bagi anda yang belum mempunyai rumah sendiri kerana ia juga sangat ringan untuk dialihkan. Beberapa contoh dan model almari terdapat di hujung artikel ini. 

6 Koleksi Almari Baju Budget Terbaik

Berikut kami kongsikan beberapa jenis almari baju yang dijual dengan harga bawah RM200 sahaja, malah ada yang dibawah harga RM100. Jenis almari baju ini adalah model almari yang popular di laman jual beli Shopee. Rata-rata ia telah terjual sebanyak lebih dari 1K unit malah ada yang lebih 10k unit telah terjual. Anda boleh menggunakan voucher code shopee yang disediakan di hujung artikel ini. T&C 

Door Wardrobe 180cm Height

Sebuah model almari baju premium daripada kitchenz Shopee Mall, model ini mempunyai dua jenis iaitu 2 pintu dan 3 pintu. Yang menariknya model yang diperbuat daripada material separa premium ini anda boleh dapati dengan harga bawah RM200 sahaja. Kedua-dua model ini telah terjual sebanyak lebih 10k unit di Shopee. 

Anda juga mempunyai pilihan 5 jenis warna dan corak untuk disesuaikan dengan deko bilik anda. Dengan setiap pembelian model almari baju ini anda dilindungi dengan setahun warranty, jadi anda lebih yakin dan selamat dengan setiap pembelian model ini. 

Rak Baju Clothes Organization

Sebuah model almari baju daripada jenama azonex yang telah terjual sebanyak lebih 8k unit di Shopee. Almari baju ini berkonsepkan simple dan ringkas sesuai untuk anda yang kerap berpindah rumah. Almari ini mempunyai material yang diperbuat daripada non-woven fabrik yang mempunyai lapisan plastik, ia kalis air dan habuk.

Almari baju ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan barang selain daripada baju. Ia mempunyai rangka yang diperbuat daripada besi yang tahan lama dan mudah untuk dipasang. 

Double-Pole Clothes Hanging Rack

Jika anda lebih gemar almari baju jenis terbuka dan tanpa pintu, anda boleh memilih almari rak baju untuk yang lebih simple dan ringkas. Walaupun rak baju ini hanya mempunyai batang besi, namun reka bentuknya yang kemas menjadikan ia nampak cantik untuk ruang bilik anda. Ia juga sesuai untuk anda yang kerap berpindah rumah kerana mempunyai berat yang ringan dan mudah dileraikan.

Rak baju ini mempunyai 5 jenis pattern untuk pilihan anda, terdapat single pole dan juga double pole bergantung keperluan anda. Almari baju murah ini sangat murah iaitu dijual dengan harga sekitar RM40. untuk rujukan lanjut anda boleh tekan link Shopee di bawah.

Cubes Black Stripes DIY Clothes Organiser

Sejenis almari baju yang berkonsepkan DIY, almari jenis ini adalah berbentuk gabungan beberapa unit cubes yang disusun menjadi sebuah almari baju. Setiap cubes ini dibuat daripada plastik yang kalis air dan mempunyai pintu yang boleh dibuka. Ia mempunyai rangka yang diperbuat daripada besi yang tahan lama dan mudah untuk dipasang. 

Model ini adalah antara yang popular di Shopee dan telah terjual sebanyak lebih 5k unit di pasaran dalam talian. Anda juga memperoleh free gift sebuah pemukul kayu yang khas untuk keperluan mencantumkan cubes.

5 Tier Plastic Cabinet 

Sebuah model almari baju yang ringkas tetapi kemas dan murah, ia mempunyai 5 tingkap yang berbentuk seperti sorong meja. Ia diperbuat daripada plastik dan kalis daripada air serta habuk. Selain almari baju, anda juga boleh jadikan almari ini untuk menyimpan barangan rumah anda. Model ini juga bagus untuk anda yang kerap berpindah kerana tidak perlu memasang serta bersaiz sederhana saja.

Model ini telah terjual sebanyak lebih 2k unit di laman jualan Shopee, ia juga mempunyai beberapa jenis pilihan warna untuk rujukan anda.  

Chest Drawer 3 4 Layer Storage

Sejenis almari baju yang diperbuat daripada material kayu dan plate. Ia adalah almari baju separa premium yang dijual dengan harga bawah RM200 sahaja. Almari ini berkonsepkan kabinet dan sesuai untuk menyimpan barangan rumah dan lain-lain. Terdapat dua jenis iaitu 3 tingkat dan juga 4 tingkat untuk pilihan anda. 

Model kabinet almari ini telah terjual sebanyak lebih 10k unit di Shopee, untuk rujukan lanjut anda boleh tekan butang Shopee di bawah untuk terus ke laman jualan rasmi Shopee.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Memilih almari baju murah yang sesuai dengan dekorasi bilik tidur anda adalah penting, dengan adanya almari yang yang bagus membolehkan anda menyimpan baju dan barangan peribadi anda dengan baik serta tidak bersepah. Malah, almari ini juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan barangan keperluan anda. Anda mencari langsir murah? Boleh terus ke laman perkongsian langsir murah Shopee terbaik. Semoga bermanfaat! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version