Freezer Murah Terbaik

Freezer Murah

Memiliki freezer murah adalah pilihan terbaik bagi anda yang memerlukan tempat simpanan bahan sejuk beku. Kegunaan peti ais freezer murah ini tidak sama seperti penggunaan peti sejuk biasa, ini kerana freezer ini boleh menyimpan kapasiti bahan basah yang jauh lebih banyak berbanding peti sejuk biasa. Fungsi freezer ini sangat sesuai bagi mereka yang berniaga sebagai tempat untuk menyimpan barang basah dalam kuantiti yang banyak.

Jika anda mempunyai bajet yang besar boleh sahaja anda membeli model freezer yang mahal dan berjenama. Namun terdapat juga jenis freezer murah yang dijual di pasaran untuk mereka yang mencari model budget. Di dalam slot kali ini kami kongsikan semuanya yang anda perlu tahu berkaitan freezer dan beberapa model freezer untuk pilihan anda.

Tips Sebelum Membeli Freezer Murah 

Seperti juga membeli peti ais, sebelum membeli freezer anda juga mestilah menilai beberapa perkara agar model freezer yang anda beli berbaloi dengan harga yang dijual. Disini kami senaraikan beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum anda membeli peti ais freezer untuk kegunaan harian anda. 

Kapasiti & saiz

Untuk mendapatkan freezer yang sesuai untuk keperluan anda, pastikan anda membeli freezer mengikut kapasiti bahan basah anda. Dengan ini membolehkan anda memaksimakan ruang freezer anda. Cara ini juga boleh menjimatkan wang anda daripada membeli freezer lebih dari keperluan kegunaan. 

Selain itu, pastikan juga anda mempunyai ruang untuk menempatkan freezer baru anda. Tidak seperti peti sejuk biasa, freezer ini mempunyai ukuran yang berpetak, memanjang, dan tinggi paras pinggang. Jadi anda perlu menyediakan tempat letak yang sesuai untuk peti freezer anda.

Penggunaan tenaga elektrik

Antara perkara penting yang anda perlu tahu juga adalah melibatkan penggunaan tenaga elektrik. Alatan seperti peti sejuk, aircond termasuklah freezer adalah antara alatan yang memerlukan tenaga elektrik yang tinggi berbanding alatan rumah yang lain. Jadi anda mesti memilih model yang bukan sahaja murah tapi berkualiti dalam penjimatan tenaga elektrik. 

Untuk memilih model jimat tenaga ini anda boleh merujuk label sticker Energy Consumption yang terdapat pada freezer. Lihat pada rating star, jika rating star 3 hingga 5 maka freezer tersebut mempunyai fungsi penjimatan tenaga yang terbaik. Elakkan membeli model yang mempunyai star 1 dan 2.

Defrost sistem

Fungsi yang kerap dilupakan apabila membeli freezer adalah berkaitan fungsi defrost. Setiap model freezer akan tiba masanya memerlukan ia untuk defrost sebagai cara untuk membersihkan lebihan ais yang melekat pada dinding. Model freezer yang terbaik akan mempunyai sistem auto defrost sendiri. Dengan fungsi auto defrost ini akan memudahkan kerja anda hanya perlu menekan butang defrost dan freezer akan “membersihkan” lebihan ais dengan sendiri. 

Freezer second hand murah

Pilihan ini mungkin tidak popular iaitu membeli freezer second hand murah, namun tahukah anda bahawa terdapat model mahal dan berkualiti tinggi yang dijual semula dengan harga murah di pasaran. Anda akan dapat model freezer yang bagus dengan harga mampu beli.

Waima model second hand, namun selagi mana ia masih boleh digunakan dengan baik terutamanya pada fungsi sejuk beku, maka ia tidak menjadi masalah untuk membeli freezer second hand murah untuk kegunaan harian anda.

5 Freezer Budget Paling Popular & Berkualiti

Disini kami kongsikan beberapa model dan jenama freezer paling popular di Shopee. Senarai freezer ini diperoleh berdasarkan jumlah unit terjual serta rating star yang bagus dan dipercayai. Kesemua freezer murah ini dijual dengan harga sekitar RM500 dan kebawah. Purata harga ini sudah dikira murah kerana model yang berjenama mempunyai nilai harga sehingga ribuan ringgit seunit.

Anda boleh memilih salah satu jenama yang disenaraikan atau boleh sahaja melakukan pembelian mana-mana item di Shopee dengan menggunakan voucher code shopee yang terdapat di hujung artikel ini. T&C

Hisense Deep Chest Freezer Murah 128L FC125D4BW

Jenama Hisense tidak asing lagi dalam mengeluarkan alatan eletrik yang berkualiti dengan harga mampu beli. Model freezer 128L FC125D4BW ini adalah yang paling popular dalam kalangan pembeli di Shopee iaitu telah terjual sebanyak hampir 2k unit. 

Kelebihan freezer ini adalah ia mempunyai kapasiti ruang yang tinggi berbanding model lain. Selain itu, ia juga boleh sejuk dibawah paras bekku sehingga -30 darjah celsius, yang mana paras terbaik untuk menyimpan barang basah. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus menekan butang Shopee dibawah untuk dibawa ke laman jualan. Harga semasa slot ini ditulis adalah sekitar RM500 sahaja. 

Midea MD-RC151FZB01 130L

Freezer Murah

Anda mencari freezer berkapasiti lebih besar? Model daripada Midea ini salah satu pilihan terbaik untuk anda iaitu dengan menawarkan ruang sebesar 130L. Freezer ini mempunyai roda di bahagian bawahnya untuk memudahkan ia diubah alih mengikut keperluan semasa. Selain itu, ia mempunyai kawalan suhu yang terdapat pada bahagian luar untuk memudahkan ubah suai paras suhu dalaman freezer.

Model freezer ini sudah dikira berbaloi kerana ia masih dijual dengan harga sekitar RM500 sahaja seunit. Tambahan, dengan setiap pembelian model ini anda dilindungi dengan warranty selama setahun dari kilang tempatan.

MECK Chest Freezer Murah 80L Single Door 

Jika anda mencari freezer yang mempunyai spec lebih kecil dan murah, anda boleh membeli model yang berkapasiti 80L ini. Freezer dari jenama meck ini mempunyai keupayaan sejuk beku hingga -24 darjah celsius dan maksima panas sehingga 5 darjah celsius. 

Keunikan utama yang ada pada freezer ini juga adalah ia boleh diubah menjadi chiller mengikut penggunaan semasa anda. Dengan setiap pembelian model ini anda akan dilindungi selama setahun warranty.

Morgan Chest Freezer Fridge Deep Freezer 60L

Freezer Murah

Model freezer daripada jenama Morgan ini sesuai bagi anda yang mencari freezer murah bawah RM400. Model ini mempunyai kapasiti 60L dan berkeupayaan untuk sejuk beku hingga -22 darjah selcius dan maksima hingga 10 darjah selcius. Dari spec ini menunjukkan model ini sesuai dijadikan peti sejuk beku untuk kegunaan separa berat dan tidak terlalu lasak.

Model ini juga sangat sesuai untuk anda yang mencari freezer untuk kegunaan rumah sahaja. Untuk tujuan komersial, ia kurang sesuai walaupun dengan harga yang termurah berbanding jenama lain. 

Butterfly Dual Function Chest Freezer 98L

Freezer Murah

Sebuah lagi model freezer murah yang terbaik untuk tujuan komersel iaitu daripada jenama butterfly. Model ini mempunyai kapasiti muatan sebanyak 98L dan mempunyai fungsi dual mode iaitu boleh sejuk beku dan sejuk biasa. Dengan adanya fungsi dual mode ini menjadikan ia sesuai untuk simpanan sayuran dan buah-buahan bagi mengelakkan ia cepat rosak.

Dengan setiap pembelian model ini anda akan memperoleh warranty selama 5 tahun daripada kilang. Model ini telah terjual sebanyak lebih 1k unit semasa slot ini diterbitkan, untuk butiran lanjut anda boleh menekan butang di bawah untuk terus ke laman jualan rasmi Shopee.  

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Demikian adalah antara freezer murah terbaik yang kami senaraikan untuk rujukan anda sebagai pengguna. Anda boleh memilih jenis freezer yang sesuai dengan keperluan semasa anda sekarang. Bagi kami model yang terbaik untuk anda dapatkan adalah Hisense Deep Chest Freezer 128L FC125D4BW memandangkan ia mempunyai kapasiti yang besar dan mempunyai spec yang berkualiti berbanding model lain. Anda mencari pilihan almari baju yang sesuai dengan rumah anda? Boleh terus ke slot almari baju murah untuk koleksi almari baju budget anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top