Table of Contents
Ada ke gazebo murah yang dijual di Malaysia? Jika anda mempunyai rumah yang ada kawasan taman, salah satu cara untuk menghias taman rumah anda adalah dengan menempatkan gazebo. Terdapat banyak jenis gazebo yang dijual mengikut deko dan citarasa anda. Di dalam slot kali ini kami kongsikan apa yang anda perlu tahu berkenaan gazebo di Malaysia.
Hiasan taman yang berkonsepkan gazebo ini sangat sesuai dengan iklim di Malaysia kerana ia mengalami musim kemarau dan ketujuh setiap tahun. Dengan adanya gazebo ini bukan sahaja mencantikkan dekorasi rumah anda, malah boleh juga dijadikan tempat rehat dan berlindung daripada cuaca yang tidak menentu.
Tips Membeli Gazebo Murah
Jika anda bercadang untuk membeli gazebo pastikan dahulu anda melihat kriteria-kriteria berikut. Jika dinilai dengan harga semasa, sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan gazebo dengan harga murah. Rata-rata gazebo mempunyai harga sekitar RM2000 ke atas sahaja, untuk melihat beberapa gazebo dengan harga murah boleh teruskan membaca intry ini hingga habis.
Beli terus dari supplier
Memandangkan rata-rata harga gazebo ini dalam lingkungan RM2000 ke atas, maka cara terbaik untuk untuk mendapatkan gazebo murah adalah dengan membeli terus dari supplier. Anda boleh mendapatkan supplier terus dari kilang di laman jualan Shopee, dengan cara ini anda boleh memilih gazebo pada harga lebih rendah daripada harga runcit.
Tahan hujan dan panas
Sebelum memilih gazebo anda mestilah melihat material yang digunakan agar tahan dengan iklim di Malaysia. Setiap tahun akan ada musim ketujuh dan kemarau yang melanda Malaysia, jadi pilihlah gazebo yang terbaik dan tahan dengan hujan serta panas di Malaysia.
Mudah alih
Salah satu ciri gazebo yang sesuai di Malaysia adalah ia mudah untuk dialihkan. Dengan fungsi mudah alih ini membolehkan anda ubah suai deko taman anda mengikut keadaan semasa jika perlu. Anda boleh memilih gazebo murah yang cantik dan boleh diubah suai di laman carian Shopee atau boleh lihat senarai gazebo terbaik rekomendasi di hujung artikel ini.
4 Koleksi Gazebo Budget Di Shopee
Seperti yang dinyatakan atas tadi, agak sukar untuk mencari gazebo yang berharga mampu beli di pasaran. Namun anda juga boleh ubah suai konsep gazebo anda dengan menggunakan alatan yang ringkas sahaja. Berdasarkan carian kami terdapat beberapa jenis payung gazebo yang dijual dengan harga bawah RM500 sahaja. Payung ini anda boleh jadikan sebagai gazebo di ruang taman rumah anda.
Waterproof Sun Shade Party BBQ
Sejenis kanopi yang sesuai untuk dijadikan sebagai gazebo di rumah anda. Dari segi reka bentuk kanopi ini tidak jauh berbeza dibandingkan dengan kanopi biasa, namun ia mempunyai kanvas yang unik dan menutup tiang di sekelilingnya. Gazebo jenis ini boleh dialihkan mengikut keperluan semasa anda. Yang paling penting ia hanya dijual dengan harga sekitar RM100 sahaja.
Open Waterproof UV Resistance
Jika anda inginkan konsep gazebo yang luas dan besar, maka payung jenis ini adalah sesuai untuk anda. Dengan fabrik yang tahan lasak menjadikan gazebo anda lebih baik dan terjamin keselamatannya. Gazebo ini berkonsepkan terbuka dan boleh dialihkan mengikut kesesuaian semasa. Ia juga boleh dijadikan tempat untuk berkemah dan BBQ.
Gazebo Cover Waterproof Detachable
Sebuah kansas gazebo yang tahan lasak dan dibina dengan ukuran 3 meter x 3 meter. Jika anda sudah mempunyai rangka kanopi dan ingin menukar payung/kanvas dengan konsep gazebo, maka ini pilihan terbaik untuk anda. Ia dijual dengan harga RM300 kerana diperbuat daripada material yang berkualiti dan tahan lama iaitu 300D polyester, surface waterproof, PA coating.
Flysheet Waterproof Tarp Tent Outdoor
Sejenis kanvas yang sesuai dijadikan gazebo sementara di rumah anda. Mempunyai konsep yang ringkas dan hanya memerlukan penyankut dan tali untuk memasang. Kanvas ini sesuai untuk konsep gazebo yang terbuka dan ringkas sahaja. Ia juga sesuai dijadikan sebagai payung untuk berkelah dan berehat.
Akhir Kata
Rata-rata gazebo mempunyai harga yang tinggi iaitu sekitar RM2000 ke atas, harga ini juga bergantung dengan jenis material yang digunakan. Terdapat gazebo kayu yang dijual dengan harga atas RM5000 seunit. Namun bagi anda yang mempunyai kewangan yang terhad, anda boleh ubahsuai payung atau kanvas untuk dijadikan gazebo murah di taman rumah anda. Jangan lupa untuk tebus free voucher Shopee yang kami sediakan ya. Anda bercadang untuk cat kereta baru anda? Boleh terus ke laman cat kereta murah untuk rujukan lanjut.