Laptop Gaming Murah

laptop gaming murah

Anda mencari laptop gaming murah untuk digunakan sebagai tool untuk bermain game pada masa lapang? Teruskan membaca kerana dalam slot kali ini kami kongsikan semuanya yang anda perlu tahu berkenaan pemilihan laptop murah untuk gaming di Malaysia. Jangan lupa di hujung artikel ini kami kongsikan free shopee voucher untuk pembelian di Shopee. 

Secara umumnya laptop atau komputer riba adalah alat yang digunakan untuk melakukan urusan kerja apabila berada di luar waktu pejabat. Dengan kemajuan teknologi moden dan perisian komputer menjadikan laptop kini boleh digunakan sebagai alat untuk bermain game menggantikan komputer. Oleh itu, ramai pengguna yang memilih untuk membeli laptop yang boleh digunakan untuk melakukan kerja dan pada masa yang sama boleh bermain gaming.

Spec Minima Laptop Gaming Murah

Untuk bermain game pada laptop anda mestilah mempunyai beberapa ciri-ciri atau spec yang tertentu. Ini bagi memastikan program gaming anda berjalan dengan lancar sepanjang bermain sebarang jenis game. Laptop yang rendah spec akan menyebabkan anda menghadapi masalah legging semasa bermain game. Ini pastinya mengganggu rentak bermain gaming anda dan boleh juga menyebabkan laptop cepat rosak kerana mengalami panas dalam tempoh masa yang lama.

Berikut kami senaraikan spec ringkas yang anda perlu lihat sebelum membeli laptop gaming murah anda. Spec ini adalah berada pada tahap minima yang diperlukan untuk sebuah laptop murah menampung sesebuah program gaming. Antaranya adalah:

  • Processor : Intel Core i5 H series atau AMD Ryzen 5 H series dan seangkatan
  • Grafik kad : Nvidia GeForce GTX 1060/AMD Radeon RX 480
  • RAM : Sekurangnya 8 GB
  • Skrin : minima 1920 x 1080 pixel
  • SSD : 120 GB
  • HDD : 500 GB
  • OS : Window 10 (64 bit)
  • Video Output : HDMI 2.0

Jika sesebuah laptop mempunyai hampir kesemua ciri-ciri ini maka ia sesuai untuk dijadikan sebagai laptop gaming. Bagi anda yang mencari model dan jenama laptop yang sesuai, terdapat beberapa laptop gaming budget yang kami senarai pendek di hujung artikel ini, teruskan membaca ya.. 

Laptop Gaming Budget Terbaik Di Pasaran

Berikut adalah beberapa jenis model laptop yang terbaik untuk kerja harian dan juga untuk bermain gaming. Secara purata harga model ini adalah dalam lingkungan RM4000 ke atas, pada harga sekitar RM4k ini sudah dikira murah kerana laptop yang mempunyai spec tinggi ini biasanya mempunyai harga atas RM6000. Di dalam senarai ini juga anda boleh memilih model yang sesuai dengan kewangan dan citarasa anda.

MSI Bravo 15

Sebuah model laptop gaming daripada jenama msi yang pastinya popular dengan mengeluarkan model laptop terbaik untuk bermain gaming. Model ini dilengkapi dengan perisian prosesor AMD Ryzen 4000 series dan grafik kad Radeon RX. Dengan kedua-dua perisian ini membolehkan anda bermain gaming dengan laju dan lancar tanpa legging. 

Ia juga mempunyai Hi-Res Audio yang menghasilkan kesan bunyi yang lebih tajam dan kemas. Laptop ini diperbuat daripada material aluminum dan bercorak metalik. Ia juga direka dengan reka bentuk nipis dan ringan untuk memudahkan dibawa ke mana-mana.

Lenovo Legion 5 

Jenama lenovo juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan model khas untuk laptop gaming. Model lenovo legion 5 ini adalah yang paling popular dalam kalangan gamer tegar. Ia dilengkapi dengan AMD Ryzen 7 5800H processor dan NVIDIA GeForce grafik kad. Ia mempunyai ukuran skrin sepanjang 15 inci dengan full HD display.

Dengan spec ini sudah cukup untuk menjadi model laptop lenovo ini adalah antara laptop gaming yang terbaik untuk pilihan anda. Yang menariknya ia mempunyai bentuk seakan notebook berbanding laptop, namun bagi berkuasa tinggi untuk menampung perisian gaming.

Asus TUF A15 

Bagi yang meminati laptop jenama asus, anda juga boleh memilih beberapa model laptop gaming yang dikeluarkan oleh asus. Antara yang paling popular adalah Asus TUF A15, model ini hadir bersama prosesor AMD Ryzen 9 dan GeForce RTX 2060 grafik kad. Dengan aset ini memboleh laptop ini memproses gaming app dengan laju tanpa tersekat. 

Model ini juga dilengkapi dengan bateri yang berkuasa tinggi iaitu 90Wh untuk lebih tahan lama. Keunikan laptop ini adalah ia mempunyai sistem penyejuk yang terbaik dan berkuasa tinggi untuk menampung penggunaan yang berat.

HP Pavilion

Bagi pengguna jenama HP pula, untuk bermain game anda boleh memilih model HP Pavillion Gaming Laptop yang khas direka untuk kegunaan gaming. Terdapat lima jenis model HP Pavilion ini dan yang paling paling murah adalah model 15z-ec200. 

Model ini mempunyai prosesor AMD Ryzen dan grafik kad NVIDIA GeForce, untuk permainan yang lancar spec ini sudah dikira okey dan bagus. Namun jika anda mahukan lebih kuasa, laju, dan lebih storage, maka anda boleh melihat model HP Pavilion yang lebih mahal.  

Dell G15 Gaming Laptop

Sebuah laptop jenama Dell yang berukuran 15 inci ini adalah yang popular dalam gamer tegar di Malaysia. Laptop ini dikuasakan dengan prosesor 11th Gen Intel dan grafik kad NVIDIA GeForce. Model ini mempunyai reka bentuk yang menyokong sistem penyejuk pada bahagian bawahnya. 

Menyedari aktiviti gaming memerlukan banyak fungsi pada keyboard, laptop ini mempunyai komponen keyboard yang direka untuk lebih tahan lasak untuk bermain gaming. Jadi anda tidak perlu risau akan masalah keyboard di kemudian hari.  

Acer Nitro 5

Bagi jenama Acer pula mereka mempunyai model laptop gaming murah bernama Nitro 5. Model ini dikuasakan dengan Gen Intel Core i7 processor serta grafik kad GeForce RTX 30 series. Selain itu, ia juga mempunyai skin high speed full HD untuk pengalaman gaming yang maksima. 

Model ini adalah gabungan prosesor intel dan kad grafik yang berkuasa tinggi untuk kepuasan maksima semasa bermain gaming. Ia juga mempunyai tempat menyimpan yang banyak iaitu maksima 32GB. 

HP Omen 15 Gaming Laptop

Jika anda mencari laptop gaming yang tinggi spec,model HP Omen 15 adalah pilihan terbaik untuk anda. Model laptop daripada HP ini direka dengan beberapa keunikan iaitu mempunyai berat yang ringan dan nipis untuk dibawa ke mana sahaja.

Model ini diproses dengan prosesor NVIDIA GeForce RTX 2080 bersama grafik kad Max Q design. Keuda-dua perisian ini adalah antara antara yang paling terkini dan popular untuk laptop gaming. Dengan spec ini menjadikan ia adalah laptop gaming terbaik dan dijual dengan harga sedikit mahal berbanding yang lain. 

MSI GL65 10SFSK Gaming Laptop 

Tidak dinafikan jenama MSI ini mempunyai keupayaan untuk menghasilkan laptop yang berkuasa tinggi dan terbaik untuk gaming. Antara yang terbaik dengan spec yang tinggi adalah model GL65 10SFSK 650. Model ini dikuasakan dengan prosesor intel yang berkuasa tinggi iaitu 10th Gen. Intel Core i7-10875H. 

Selain itu, ia juga dikuasakan dengan grafik kad NVIDIA GeForce yang dikenali ramai sebagai grafik kad yang popular untuk laptop. Dengan spec ini boleh disimpulkan model ini adalah pilihan bagi anda yang mempunyai budget atas RM5k untuk laptop gaming. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Bagi gamer tegar mempunyai laptop yang “sedap” untuk bermain gaming adalah satu kepuasan, namun untuk mencari laptop gaming murah anda juga memerlukan modal yang agak besar memandangkan laptop yang mempunyai spec gaming ini masih lagi dijual dengan harga separa premium. Adalah mustahil untuk memiliki laptop gaming yang sedap dengan harga sekitar RM1k dan RM2k sahaja. 

Oleh itu, penyelesaian terbaik akan situasi ini adalah anda boleh menjadikan laptop anda untuk kegunaan multi tasking iaitu boleh digunakan untuk melakukan kerja harian dan untuk gaming. Berita baiknya, kesemua laptop gaming ini boleh digunakan untuk kegunaan kerja harian memandangnya ia mempunyai spec yang tinggi. Anda mencari meja makan? Boleh terus ke laman meja makan murah untuk rujukan lanjut. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version