Meja Makan Murah

meja makan murah

Meja makan murah adalah salah satu alatan perabot rumah yang perlu ada di dalam rumah terutamanya di ruang dapur. Terdapat banyak jenis variasi meja makan yang terdapat di pasaran sekarang, ia merangkumi beberapa jenis material, ketinggian dan ukuran meja. Dengan banyaknya variasi meja makan ini membolehkan anda membuat pilihan jenis meja makan terbaik untuk dapur rumah anda.

Di dalam dalam slot ini kami kongsikan beberapa jenis meja makan dan tips untuk memilih meja murah yang terbaik untuk anda. Dengan adanya meja makan yang sesuai bukan sahaja menjadikan dapur anda lebih selesa malah ia juga boleh mewujudkan dekorasi yang cantik pada dapur rumah anda. Jangan lupa dapatkan Voucher Shopee Percuma yang terdapat di hujung artikel ini. 

Tips Memilih Meja Makan Murah Terbaik

Berikut adalah beberapa tips untuk anda boleh lihat sebelum membuat pembelian meja makan murah anda. Bagi memastikan pembelian dan lebih berbaloi, terdapat beberapa perkara yang anda perlu titik beratkan sebelum membuat sebarang pembelian terutamanya pembelian dalam talian seperti di Shopee. Antaranya adalah:

Ukuran yang betul

Sebelum memilih meja makan yang baru, pastikan anda terlebih dahulu mendapatkan ukuran yang tepat ruang untuk meletakkan meja makan. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap membeli meja makan yang terlalu besar ataupun terlalu kecil. Jika anda tersilap membeli meja makan, anda perlu mengeluarkan kos penghantaran semula. Kecuaian ini akan menyebabkan anda mengalami kerugian.

Material yang tahan lama

Terdapat banyak jenis material meja makan yang boleh anda pilih, namun pastikan anda memilih jenis material yang sesuai dengan harga yang ditawarkan. Murah tidak semestinya tidak berkualiti, cuma anda perlu bijak dalam memilih kriteria yang perlu termasuklah pada jenis material meja makan anda.  Berikut adalah beberapa jenis material yang digunakan untuk meja makan. 

  • Kayu
  • Kaca
  • Besi
  • Marble
  • Quartz
  • Synthetic

Di dalam senarai ini, pilihan terbaik pada harga murah adalah material jenis quartz, material ini mempunyai bentuk batu melambangkan semulajadi dan ia juga tahan lama untuk digunakan pada sebuah meja makan.

Sesuai dengan deko rumah

Tips terakhir adalah meja makan anda mestilah mempunyai konsep dekorasi yang sesuai dengan tema utama deko rumah anda. Berita baiknya terdapat banyak jenis model meja makan yang dijual mengikut deko rumah di Malaysia. Anda mesti bijak dan rajin dalam memilih meja makan yang terdapat di pasaran masakini. 

Koleksi Meja Makan Budget Paling Popular 

Berikut adalah beberapa jenis model meja makan untuk rujukan anda. Meja makan ini adalah antara yang popular di laman jual beli dalam talian Shopee. Ia juga mempunyai rekod rating star yang baik dan memperoleh komen positif daripada pembeli sediaada Shopee. Anda juga boleh menggunakan voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. Jom shopping!

Dining Table Set with 4 Chairs

Sebuah meja makan yang diperbuat daripada material jenis kayu yang popular di Shopee. Ia dijual dengan harga bawah RM300 sahaja. Set meja makan ini hadir dengan sebuah meja makan dan empat kerusi yang turut diperbuat daripada jenis kayu. Model ini mempunyai dua jenis warna untuk pilihan anda. 

Selain untuk dijadikan meja makan, meja ini juga sesuai dijadikan meja untuk urusan kerja dan meja study. Dengan structure meja yang kemas, stabil dan mudah untuk dipasang menjadikan model ini adalah pilihan ramai. Untuk maklumat lanjut boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman jualan Shopee.

Folding table household dining table

Sejenis meja makan kecil untuk ditempatkan di ruang tamu atau dapur rumah anda. Model meja makan ini sesuai dijadikan meja makan sampingan selain meja makan utama anda. Ia mempunyai bentuk empat segi tepat dan turut mempunyai satu set empat buah kerusi makan. Yang menariknya model meja makan ini anda boleh dapati dengan harga bawah RM100 sahaja.   

Foldable Dining Table Set

Terdapat juga model meja makan boleh lipat yang berfungsi untuk memudahkan proses penyimpan meja makan. Ia juga boleh digunakan sebagai meja sampingan selain meja utama di dapur. Set meja lipat ini hadir bersama sebuah meja dan empat kerusi makan. Yang menariknya ia dijual dengan harga bawah RM100 sahaja.

Keunikan utama model meja makan ini adalah ia diperbuat daripada material Artificial Board yang tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan. Selain itu, meja makan ini juga mempunyai set kaki meja yang kemas dan stabil bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan semasa penggunaan.

Meja Makan 4 Kerusi Perabot Rumah

Sebuah meja makan yang boleh dijadikan meja makan utama di rumah anda. Set meja makan ini hadir bersama empat kerusi dan sebuah meja makan. Model ini diperbuat daripada material Powder Coating Wrought Iron yang kalis air dan mudah untuk dibersihkan. Meja makan ini mempunyai warranty selama sebulan dengan setiap pembelian di Shopee. Untuk rujukan lanjut boleh butang Shopee di bawah.

Set Meja Makan Murah 

Bagi anda yang inginkan meja makan berkonsepkan taman, meja makan jenis ini sesuai untuk anda. Meja ini diperbuat daripada material logam dan bersama dua set kerusi jenis memanjang. Meja makan ini sangat padan untuk dipadankan dengan dekorasi jenis minimalis dan lanskap taman. Selain dijadikan meja makan, model meja ini turut sesuai dijadikan meja untuk beristirahat dan dan meja study. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Meja makan adalah perabot yang penting di dalam semua jenis rumah. Bagi anda yang mempunyai bajet yang terhad anda tidak perlu risau, ini kerana kini terdapat banyak jenis meja makan yang popular dengan harga mampu beli di pasaran. Yang penting anda mestilah rajin dan bijak dalam mencari model yang sesuai dengan poket anda. Senarai di atas ini adalah antara yang meja makan murah anda boleh dapati. Anda mencari mesin basuh? Boleh terus ke laman mesin basuh murah untuk rujukan lanjut.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version