Table of Contents
Printer murah adalah salah satu alat yang biasa digunakan bagi urusan kerja pejabat dan sebagainya. Malah kini printer ini juga banyak digunakan di rumah bagi mereka yang bekerja di rumah @ work from home. Oleh yang demikian, tidak hairan kenapa ramai yang mencari printer yang berkualiti dengan harga yang mampu beli. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa tips untuk membeli printer yang bagus dan ink murah untuk rujukan anda.
Terdapat banyak jenis variasi printer dengan spec yang berbeza, anda perlulah bijak dalam pemilih jenis printer murah yang sesuai dengan keadaan semasa poket anda. Jika anda bekerja sendiri maka tidak perlulah anda mencari printer yang mahal dengan spec yang premium seperti keperluan printer di office dan begitulah sebaliknya.
3 Tips Membeli Printer Murah
Sebagai pengguna yang bijak anda mestilah mengetahui beberapa perkara yang penting dalam pemilihan printer murah untuk kegunaan harian anda. Ini boleh mengelakkan anda tersilap membeli di kemudian hari. Berikut adalah antara beberapa perkara yang perlu anda lihat sebelum membuat pembelian printer murah di pasaran.
Kualiti Gambar Warna
Bergantung kepada keperluan anda, jika anda inginkan printer yang berkualiti pastikan anda melihat kualiti pada gambar warna yang dihasilkan. Ini kerana printer yang berkualiti mempunyai kelebihan untuk menghasilkan gambar warna yang cantik dan kemas. Namun jika anda perlukan printer yang menghasilkan tulisan hitam putih sahaja maka anda boleh mengunakan printer spec biasa sahaja. Semuanya bergantung kepada bajet poket anda.
Ukuran dan kelajuan
Sebelum membuat sebarang pembelian mesin printer, anda mestilah mengambil kira ukuran tempat meletak mesin printer dan ukuran printer itu sendiri. Jika anda hanya memerlukan salinan print kertas yang simple bersaiz A4 maka anda hanya memerlukan printer murah yang simple sahaja.
Anda juga boleh melihat kelajuan satu-satu mesin printer samada ia menghasilan salinan print yang cantik atau sebaliknya. Mesin printer yang tidak berkualiti akan memproses kertas print dengan cepat pada kualiti yang tidak kemas. Jika ia memproses dengan laju atau lambat tetapi menghasilkan kualiti yang cantik maka itulah tanda printer tersebut bagus.
Mudah digunakan
Printer yang bagus adalah ia mempunyai fungsi yang mudah untuk digunakan. Pastikan anda memilih jenis printer yang mudah untuk anda gunakan setiap hari. Oleh itu, sebelum membuat pembelian anda boleh mencuba dahulu manual yang disediakan agar tidak kekok dikemudian hari. Elakkan membeli mesin printer murah yang mempunyai sistem yang komplek untuk digunakan. Ini kerana sistem ini akan menyebabkan anda mengalami kesukaran bukan sahaja semasa menggunakannya tetapi juga semasa proses penyelenggaraan dikemudian hari.
Sambungan wireless
Kebanyakkan model printer mempunyai sambungan wayar USB untuk sambungan ke komputer. Namun tahukah anda terdapat juga model printer yang menggunakan sambungan tanpa wayar atau wireless untuk melakukan proses printing. Dengan fungsi ini menjadikan anda boleh menghantar pesanan untuk print walaupun anda tidak ada disamping mesin print anda.
Fungsi ini memerlukan printer yang mempunyai peranti sambungan WIFI dan Bluetooth untuk menerima pesanan tanpa wayar @ wayerless. Tambahan kini terdapat juga sokongan daripada app seperti Google Cloud Print dan Apple AirPrint yang membolehkan anda membuat arahan pesanan hanya melalui gajet pintar anda sahaja.
6 Printer Budget Terbaik DI Malaysia
Berikut adalah beberapa model printer murah yang popular di Malaysia untuk rujukan anda. Populariti kesemua model ini adalah diperoleh melalui bilangan carian di laman Google dan juga jualan terbanyak di laman jualan dalam talian Shopee. Disini kami senaraikan antara yang terbaik dan popular dengan harga bawah RM300 sahaja, malah terdapat printer untuk kegunaan minor dengan harga cuma sekitar RM100 sahaja.
Printer Wireless Murah Canon Pixma Mg3070s
Jika anda mencari printer murah, pastikan anda dapatkan model yang berjenama seperti canon sebagai keutamaan terlebih dahulu. Ini kerana terdapat model printer berkualiti ini yang dijual dengan harga yang lebih murah dari harga asal di Shopee, jadi anda lebih jimat disitu.
Model canon pixma mg3070s ini dikenali sebagai printer all in one injet printer yang bagus untuk kegunaan pejabat. Dengan setiap pembelian printer wifi murah ini anda akan memperoleh warranty selama setahun daripada kilang. Dengan memiliki printer ini anda sudah memiliki mesin printer yang cukup berfungsi sebagai printer terbaik dan murah.
Printer Canon Murah Canon MG2570s 745-6
Sebuah lagi model printer daripada canon yang popular dan boleh didapati dengan harga yang murah iaitu Canon MG2570s 745-6. Model ini mempunyai ink cartridges yang lebih murah tapi menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Printer ini juga adalah antara model canon yang ringan dan mudah untuk dialihkan.
Walaupun berkualiti tinggi dan multi fungsi, model ini masih menggunakan wayar sebagai peranti sambungan. Oleh itu ia masih dikategorikan sebagai printer tradisional berbanding printer yang mempunyai sambungan peranti tanpa wayar yang lain. Namun begitu ia masih berbaloi untuk digunakan.
Printer HP Murah HP Deskjet 2336
Model printer murah seterusnya adalah daripada jenama HP iaitu hp deskjet 2336 aio 3 in 1 inkjet printer. Model ini juga mempunyai multi fungsi iaitu boleh print, copy, dan juga scan file kerja harian anda. Dari segi kualiti tulisan dan gambar yang dihasilkan juga menunjukkan model HP ini juga terbaik selepas model printer canon.
Ia juga tidak mempunyai sambungan peranti wireless dan masih menggunakan sambungan USB untuk aktiviti memproses pesanan. Printer ini juga boleh dikategorikan sebagai premium tetapi masih dijual dengan harga sekitar RM300 sahaja.
Printer Inkjet Murah Canon E410 3 In1 Color inkjet
Anda mencari model printer inkjet yang mampu milik? Model canon Canon E410 3 In1 Color inkjet adalah pilihan yang anda boleh cuba. Sebuah lagi model printer canon ini mempunyai fungsi print inkjet color yang berkualiti dengan harga murah. Set canon color inkjet ini disertakan dengan 1 unit black ink cartridge dan 1 unit colour ink cartridge secara percuma.
Tambahan, dengan setiap pembelian mesin print ini juga dan akan memperoleh warranty selama 24 bulan terus daripada kilang pengeluar canon sendiri. Untuk rujukan lanjut anda boleh terus menekan butang Shopee untuk semakan harga semasa di laman jualan rasmi Shopee.
Jc Niimbot D11 D110 Bluetooth Portable Thermal Printer Label
Bagi anda yang mencari printer mudah alih untuk kegunaan melabel produk atau barangan rumah seperti dapur dan lain-lain. Terdapat model printer bluetooth yang bersaiz kecil yang anda boleh gunakan. Model printer Jc Niimbot ini sangatlah simple dan mempunyai ukuran saiz seperti sebuah telefon pintar sahaja.
Pesanan memproses lebel boleh dilakukan melalui telefon pintar kemudian disambungkan ke printer melalui bluetooth untuk print label. Devide ini sangat sesuai untuk kerja-kerja melabel produk dan barangan rumah anda.
AWB A6 Thermal printer Bluetooth
Jika anda seorang penjual online yang menguruskan ratusan tempahan dalam masa sehari, pastinya anda memerlukan bantuan mesin printer untuk print AWB sebelum proses packing barang. Berita baiknya kini anda boleh dapatkan mesin print AWB ini dengan harga murah sahaja.
Terdapat banyak jenis model mesin printer AWB ini, antara yang popular dan dijamin berkualiti adalah daripada jenama Xprinter. Mesin printer ini direka khas untuk menampung printing AWB yang banyak dalam masa sehari. Jadi ia sangat bagus untuk kegunaan anda yang mengurus lebih ratusan tempahan dalam sehari.
Akhir Kata
Tidak dinafikan mempunyai mesin print sangat memudahkan kerja-kerja harian di pejabat mahupun di rumah. Dengan adanya printer murah yang berkualiti juga menjadikan kerja anda lebih efisien tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk operasi. Senarai di atas hanyalah sebahagian daripada model mesin printer murah yang terdapat di pasaran Malaysia. Anda juga boleh menggunakan voucher code Shopee yang disediakan untuk membuat mana-mana pembelian di Shopee termasuklah aircond murah. Semoga bermanfaat!