Smart TV Murah

Smart TV Murah

Smart tv murah adalah antara alatan rumah yang kian diminati oleh warganet di Malaysia. Terdapat banyak perbezaan antara tv tradisional dan smart tv, yang paling ketara adalah smart tv ini boleh disambungkan dengan internet. Ini menjadikan smart tv ini adalah gajet masa kini yang perlu selain telefon pintar. 

Terdapat banyak jenis model dan siri smart tv daripada beberapa jenama terkenal di pasaran. Yang pastinya harga sebuah smart tv ini boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Sebagai seorang warganet yang mempunyai kewangan yang terhad, anda pastinya inginkan model yang murah dan berkualiti. Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa model smart tv murah yang anda boleh peroleh dengan harga sekitar dan bawah RM1000 sahaja.

Tips Membeli Smart TV Murah

Seperti juga pemilihan gadget digital yang lain, anda mestilah melihat beberapa kriteria yang sebelum membuat keputusan untuk membeli. Dengan melihat kriteria ini memboleh anda membeli smart tv dengan harga mampu milik pada kualiti yang setanding. Berikut adalah antara tips untuk anda yang bercadang untuk membeli smart TV.

Lihat pada jenama

Pertama sekali sebelum membeli alatan elektronik termasuklah sebarang jenis gajet, lihat dahulu pada jenamanya. Di dalam pasaran smart tv terdapat beberapa jenama yang popular yang mana dipercayai dari segi kualitinya. Tambahan, hampir semua jenama ini menawarkan jaminan warranty, jadi ia cukup bagus untuk anda sebagai pengguna. 

Purata harga

Adalah mustahil jika sebuah smart tv ini dijual dengan harga sekitar RM500. Rata-rata harga gajet pintar ini adalah atas RM1000. Oleh demikian purata harga murah yang terbaik bagi tv pintar adalah sekitar RM1000 dan ke bawah. Di hujung artikel ini kami menyenaraikan beberapa model smart tv yang murah beserta link Shopee. Baca hingga habis ya. 

Pilih LED TV

Bagi sebuah smart tv terdapat dua jenis skrin iaitu jenis OLED dan LED. untuk smart tv murah ini kami hanya akan cadangkan anda memilih LED sahaja. Ini kerana teknologi OLED adalah lebih canggih dan berharga mahal. Walaubagaimanapun, skrin LED ini juga mempunyai kualiti yang bagus untuk sebuah tv terkini.

6 Model Smart TV Budget Di Malaysia

Berikut pula adalah beberapa model smart tv mampu beli di Shopee. Model ini disenaraikan berdasarkan jumlah unit yang terjual, harga, dan juga rating yang bagus. Dari segi spec ia tidaklah fancy seperti model smart tv atas RM2000, namun ia sudah cukup untuk membeli pengalaman menonton yang bagus dan memuaskan. 

Digital & Smart TV 43 Inch Led

Jenam smart tv yang pertama adalah daripada Gell Smart TV. Seperti juga model smart tv yang lain ia mempunyai multiport untuk tujuan sambungan daripada gajet-gajet yang lain. Ia juga boleh disambungkan ke Android TV Box untuk melayari netflix dan youtube dengan seronok. Anda boleh memperoleh model ini dengan harga sekitar RM900 sahaja dan dengan setiap pembelian model ini anda akan dilindungi dengan 12 bulan warranty.

Xiaomi Mi Smart TV 4A / P1

Bagi anda yang inginkan smart tv dengan kualiti yang terbaik anda boleh mencuba jenama dari Xiaomi ini. Jenama ini sangat terkenal dengan menghasilkan gajet yang berkualiti dengan harga mampu beli. Terdapat dua jenis model iaitu 4A dan P1, dan setiap satunya mempunyai ukuran skrin yang berbeza mengikut pilihan anda. 

SamView Smart Digital LED TV

Smart tv daripada jenama SamView ini juga tidak kurang hebatnya. Spec utama smart tv ini adalah mempunyai perisian android versi 9.0 1G+8G memory. Setiap pembelian tv ini juga dilengkapi dengan pre installed Youtube, Netflix, dan juga Facebook. Yang menariknya ia dijual dengan harga sekitar RM700 sahaja. Untuk rujukan lanjut boleh terus tekan butang di bawah.

Coocaa Full HD Android 9.0 Smart TV

Jenama ini mungkin tidak popular di Malaysia, namun ia juga mempunyai smart tv yang boleh dibeli dengan harga RM1000 sahaja. Model ini juga mempunyai spec yang setanding jenama lain antaranya adalah mempunyai perisian android 9.0 dan certified youtube dan netflix. Setiap pembelian model ini juga dilindungi warranty selama 2 tahun. 

Philips Smart TV 

Smart tv daripada sebuah jenama yang popular iaitu Philip ini juga ditawarkan dengan harga yang murah iaitu sekitar RM999 untuk model 32 inci. Yang pastinya ia menawarkan spec yang berkualiti antaranya adalah mempunyai skrin yang Full HD Ultra Slim LED dan skrin yang crystal clear. Model ini juga ditawarkan dengan warranty selama 2 tahun.

MEGRA 40’’ / 43” FHD Smart LED TV 

Jenama megra ini sebenarnya tidak asing dalam mengeluarkan model smart tv untuk pasaran Malaysia. Model ini adalah antara yang paling popular di Shopee dengan harga jualannya sekitar RM900 sahaja. Walaupun dengan harga murah namun ia turut mempunyai spec yang terbaik dan berkualiti. Antara keunikan utama adalah model ini mempunyai ukuran skrin 40 inci yang mana besar jika dibanding dengan harganya. Untuk rujukan lanjut boleh menekan butang di bawah.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Walaupun senarai model smart tv ini boleh didapati dengan harga yang murah, tidak bermakna ia tidak berkualiti. Rata-rata spec yang dinyatakan sudah bagus untuk anda yang inginkan pengalaman terbaik melayari youtube dan netflix melalui smart tv ini. Namun jika anda mempunyai kewangan yang baik tidak salah jika anda memilih smart tv dengan harga yang lebih premium. Anda sedang mencari tayar kereta? Boleh terus ke laman tayar kereta murah untuk rujukan lanjut. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version