Sofa Murah Dan Cantik Terkini

sofa murah dan cantik

Terdapat banyak jenis sofa murah yang terdapat di pasaran masakini, jenis sofa ini boleh datang dalam pelbagai jenis bentuk, warna, dan ukuran. Bagi anda yang mempunyai kewangan yang terhad masih boleh memiliki perabot sofa yang terbaik untuk ruang tamu rumah anda. Di dalam artikel ini kami kongsikan semuanya berkaitan sofa dan beberapa jenis sofa murah untuk pilihan anda.

Ruang tamu rumah anda adalah ibarat simbol kepada deko rumah anda, salah satu elemen penting yang perlu anda perhatikan adalah jenis sofa yang hendak digunakan. Ramai yang beranggapan untuk mendapatkan sofa yang cantik dan unik memerlukan modal yang besar, ternyata dengan ilmu dan info yang betul, anda sebenarnya boleh mendapatkan sofa idaman ruang tamu anda dengan harga murah sahaja.

5 Tips Membeli Sofa Murah 

Berikut adalah beberapa tips untuk anda sebelum membuat sebarang pembelian sofa baru dan murah. Pastikan anda mengambil kira beberapa faktor ini agar sofa baru anda ini betul-betul sesuai dengan citarasa dan deko ruang tamu anda. Antara perkara yang anda perlu lihat adalah:

Sofa murah terpakai atau baru

Terdapat dua jenis pilihan sofa murah yang ada di pasaran, iaitu sofa murah terpakai dan sofa jenis baru. Sofa terpakai ini ada diantaranya daripada jenama yang berkualiti namun dijual semula dengan harga murah akibat susut nilai. Terdapat juga jenis sofa baru yang direka dan dijual khas untuk pasaran mampu beli, pastinya ia diperbuat dari material baru dan tahan lama. 

Ukuran sofa

Antara perkara yang anda mesti lihat sebelum membuat sebarang pembelian sofa adalah ukuran dan saiz sofa. Pastikan anda mengambil ukuran ruang tamu rumah anda agar mudah untuk membuat pembelian sofa. Bagi pembelian secara dalam talian atau online, proses ini akan lebih mudah kerana penjual akan memaparkan ukuran secara terpeinci sofa yang dijual. 

Ikut bajet poket anda

Terdapat pelbagai variasi jenis sofa yang dijual dengan harga yang berbeza, termasuklah sofa murah juga mempunyai beberapa tahap harga mengikut bajet poket anda. Anda boleh memilih sofa dibawah harga RM1000, RM500, dan sebagainya. Selain itu, harga sofa ini bergantung kepada jenis satu-satu sofa itu. Untuk lebih lanjut anda boleh terus membaca hingga habis untuk melihat beberapa rujukan sofa murah di Shopee.

Material yang terbaik

Murah tidak semestinya tidak berkualiti, anda masih mempunyai pilihan beberapa jenis material yang bagus untuk sofa anda. Dengan pemilihan material yang bagus ini bukan sahaja memberikan rasa selesa, namun ia juga tahan lama dan mudah untuk dibersihkan dikemudian hari. Antara material terbaik untuk sofa anda:

  • Leather
  • Linen
  • Cotton
  • Wool

Anda boleh memilih variasi di atas dalam mencari meterial terbaik untuk sofa anda. Jika anda bercadang membeli secara dalam talian maka ia lebih mudah kerana penjual anda memaparkan segala detail yang perlu di laman menjual seperti Shopee dan Lazada. 

Sesuai untuk dekorasi anda

Tips terakhir sekali adalah pastikan sofa anda sesuai dengan konsep dekorasi ruang tamu rumah anda. Sekarang tidak sukar untuk mencari set perabot yang sesuai dengan deko rumah kerana telah banyak jenis variasi perabot yang dijual secara dalam talian dengan harga yang murah sahaja. Anda hanya perlu bijak dalam mencari yang sesuai dengan hiasan rumah anda.

5 Koleksi Set Sofa Murah Dalam Talian

Berikut adalah beberapa jenis set sofa yang anda boleh dapati secara dalam talian sahaja. Jenis sofa ini adalah antara yang paling popular mengikut carinya di laman google dan juga Shopee. Kami cadangkan anda membaca terlebih dahulu review dari pembeli-pembeli sediada sebelum membuat sebarang pembelian di Shopee. 

Rata-rata set sofa yang terdapat di dalam senarai ini adalah dalam lingkungan harga bawah RM1000 dan terdapat juga dibawah harga RM500 sahaja. Anda juga boleh mendapatkan Code Voucher Shopee (T&C) yang terdapat di hujung artikel ini, baca hingga habis ya.. 

Sofa L shape murah

Sesuai dengan namanya, sofa jenis betuk L ini adalah antara yang popular dalam kalangan warganet di Malaysia. Ini terbukti dengan hasil jualan di Shopee juga adalah antara yang tertinggi berbanding set sofa yang lain. Terdapat banyak jenis set sofa L shape murah yang anda boleh pilih antaranya dengan harga bawah RM500 sahaja.

Sofa bed murah

Sofa bed juga adalah antara jenis sofa yang popular dan boleh didapati dengan harga bawah RM500 sahaja di Shopee. Keunikan sofa ini adalah ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat tidur di ruang tamu rumah anda. Terdapat juga jenis sofa yang boleh dibaringkan bahagian penyandarnya untuk menjadikan tempat tidur yang luas.

Sofa chesterfield murah

Jika anda inginkan sofa yang berkonsepkan mewah dan elegent, anda boleh dapatkan sofa jenis chesterfield. Rata-rata harga set sofa jenis chesterfield ini adalah RM500 dan ke atas, namun anda masih boleh mendapatkan jenis terpakai yang dijual dengan harga sekitar RM400 sahaja. 

Sofa 2 & 3 seater murah

Bagi anda yang inginkan set sofa untuk keluarga, anda juga boleh dapatkan jenis set 2 atau 3 seater. Terdapat banyak jenis set sofa 2 dan 3 seater ini antara yang popular adalah jenis kayu yang berkonsepkan tradisional. Terdapat juga set 2 dan 3 seater yang berkonsepkan moden dan minimalis, anda boleh memilih mengikut tahap kewangan anda sahaja.

Sofa single murah

Bagi anda yang inginkan set sofa peribadi, terdapat jenis set sofa single yang anda boleh dapatkan dengan harga murah di Shopee. Set single ini lebih sesuai dijadikan sofa di dalam bilik tidur anda atau untuk tujuan peribadi sahaja.

Terdapat juga beberapa jenis sofa single yang sesuai dijadikan sebagai tempat untuk belajar dan membuat kerja. Konsep single sofa ini amat sesuai digabungkan bersama deko jenis minimalis di rumah anda. Selain itu, ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk beristirehat anda di waktu lapang.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Memiliki set sofa yang cantik dan unik adalah idaman bagi ramai orang, tambahan jika ia sesuai dan kena dengan dekorasi dan citarasa anda sebagai pemilik rumah.  Dengan adanya laman jualan dalam talian kini menjadikan pembelian sofa menjadi lebih mudah dan murah dengan pelbagai variasi sofa untuk pilihan anda. 

Dengan pesatnya berkembangan industri perabot juga menjadikan terdapat banyak jenis set sofa yang anda boleh dapati dengan harga murah tetapi masih lagi cantik, unik, dan tahan lama penggunaannya. Dengan ini anda tidak perlu risau akan dekorasi ruang tamu rumah anda selagi mana anda mempunyai banyak pilihan jenis sofa. Anda ingin mencari basikal mengikut bajet poket anda? Boleh terus ke laman basikal murah dan berkualiti untuk rujukan lanjut.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version