5 Laptop Hp Murah Tapi Berkualiti

laptop hp murah

HP adalah antara jenama pengeluar laptop yang popular di dunia khususnya di Malaysia. Disebabkan kualiti dan spec yang bagus laptop HP ini juga ditawarkan dengan harga yang separa premium dan premium. Namun terdapat juga model yang ditawarkan dengan harga yang murah untuk kegunaan ramai. Di dalam artikel ini kami kongsikan 5 laptop HP murah bawah RM3000.

Bagi yang mencari laptop hp murah terbaik di pasaran, agak sukar untuk memperoleh laptop HP dengan harga bawah RM2000, ini kerana kebiasaanya pada harga tersebut model hp ini cepat habis stok. Jika anda, berkemungkinan juga hanyalah model second hand sahaja. Disini kami sertakan beberapa model serta link jualan model laptop hp tersebut.

HP Laptop 15s-eq1018au

Model laptop 15s ini adalah antara yang paling murah dalam kalangan siri model yang sama. Model ini dilihat lebih kearah laptop untuk bekerja dan juga untuk pelajar universiti. Mempunyai kuasa bateri yang tahan lama dan reka bentuk yang nipis dan ringan mudah untuk dibawa untuk urusan kerja. 

Model ini dikuasakan dengan prosesor AMD Athlon™ Silver 3050U yang mana sesuai untuk kerja yang sederhana sahaja. Mempunyai saiz skrin berukuran 16 inci dan dikuasakan dengan grafik kad AMD Radeon™ Graphics. Dengan spec ini laptop ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai laptop bekerja dengan harga murah iaitu bawah RM2000 sahaja.

HP EliteBook

Laptop hp murah seterusnya adalah HP Elitebook, laptop ini boleh diperoleh dengan harga sekitar RM2000 untuk model second hand. Dari segi prosesor dan RAM pasti model ini sangat sesuai untuk melakukan kerja berat seperti editing dan bermain gaming. Dengan reka bentuk yang nipis dan ringan pasti memudahkan anda untuk melakukan kerja di mana-mana sahaja.

Model ini dilengkapi dengan prosesor Intel Core i7-7600U serta 4RAM, mempunyai skrin bersaiz 13 inci LDC yang mempunyai fungsi touch screen bagi memudahkan kerja tanpa mouse anda. Untuk lebih lanjut boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual shopee.

HP 14 Ryzen Laptop

Laptop hp murah seterusnya adalah model HP 14 Ryzen Laptop, laptop ini dikuasakan dengan prosesor Ryzen yang mana sesuai untuk melakukan kerja multi task dalam satu masa. Mempunyai RAM 4GB dan skrin berukuran 10 inci. Pada reka bentuk luaran model ini kelihatan sama seperti laptop biasa sahaja, namun dengan prosesor ryzen anda boleh menyiapkan tugasan anda dengan lancar tanpa legging

Dengan setiap pembelian model ini anda juga dilengkapi dengan beberapa alatan lain seperti penyambung cable dan mouse serta warranty daripada kilang original. Model yang mempunyai RAM 4GB anda boleh peroleh dengan harga bawah RM2000 sahaja. Tekan butang untuk terus ke laman penjual.

HP Laptop 15S-eq1017au 

Sebuah lagi model laptop HP murah harga bawah RM2000 adalah HP 15S, model ini mempunyai ukuran skrin sepanjang 15 inci serta dikuasakan dengan AMD Radeon grafik kad. Dikuasakan dengan prosesor AMD Athlon yang mana sesuai untuk melakukan kerja separa berat sahaja.  

Jika anda inginkan laptop untuk kegunaan harian seperti kerja dan menyiapkan assignment, maka model HP 15s ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia juga dilengkapi dengan warranty dari original kilang untuk setiap pembelian.

HP Chromebook x360 11 G3 EE

Laptop HP murah yang mempunyai harga paling murah di dalam senarai ini adalah HP Chromebook. Model ini ditawarkan dengan harga sekitar RM1200 sahaja, sesuai dengan harga yang rendah, pastinya ia dilengkapi dengan spec yang biasa seperti laptop kerja yang lain. 

Model HP Chromebook ini dilengkapi dengan prosesor Intel® Celeron® N4020 dan grafik kad Intel® UHD Graphics 600. Dikuasakan dengan 4GB RAM serta ukuran skrin 11 inci, dilihat pada spec ini ia juga sesuai digunakan untuk para pelajar universiti.

Akhir Kata

Pastinya laptop HP juga mempunyai model laptop murah yang boleh diperoleh dengan harga sekitar RM2000 dan kebawah. Secara keseluruhannya model ini sesuai untuk melakukan kerja-kerja ringan seperti kerja pejabat dan juga assignment para pelajar. Bagi kami, laptop HP murah yang terbaik pastinya HP Chromebook x360 11 G3 EE disebabkan harganya yang murah dan boleh menampung kerja-kerja yang tidak berat untuk laptop beroperasi. Jika anda mencari kerusi gaming, disini ada beberapa model Kerusi Gaming Murah , jangan lupa baca ya..

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version