Aircond Murah Terbaik

Aircond Murah

Anda mencari aircond murah yang berkualiti? Memiliki beberapa unit aircond @ penghawa dingin di dalam rumah adalah tidak asing memandangkan cuaca di Malaysia adalah panas dan kering. Dengan adanya aircond yang bagus sudah pastinya memberikan rasa sejuk dan selesa kepada pemilik rumah. Di dalam artikel ini kami kongsikan semuanya yang anda perlu tahu untuk memiliki aircond murah.

Terdapat pelbagai variasi jenis aircond yang terdapat di pasaran sekarang. Untuk mencari air cond yang murah agak sukar melainkan anda memperoleh unit aircond second hand murah yang dijual semula dengan lebih murah. Rata-rata harga airocnd yang terdapat di Malaysia adalah atas RM1000, maka jika anda memperoleh unit aircond dengan harga bawah RM900 itu sudah dikira murah di pasaran.

Tips Membeli & Penjagaan Aircond Murah

Seperti juga alatan rumah yang lain, penghawa dingin juga mempunyai cara dan tips penjagaan tertentu agar boleh berfungsi dalam tempoh masa yang lama. Dengan pemilihan unit aircon yang betul dan penjagaan yang bagus turut boleh menjimatkan poket daripada membaiki aircond anda jika berlaku kerosakan. Berikut kami kongsikan tips membeli unit penghawa dingin murah dan cara penjagaan penghawa dingin di Malaysia.

Aircond second hand murah

Jika anda mencari penghawa dingin murah, salah satu cara yang terbaik untuk dapatkan model berkualiti adalah dengan memiliki model second hand. Terdapat model yang mahal dan bagus yang dijual semula dengan harga yang mampu beli. Walaupun bukan model baru, tetapi ia masih boleh digunakan dan berfungsi dengan baik. Model second hand ini dijual semula dengan harga murah disebabkan mengalami susut nilai.

Jimat tenaga elektrik

Apabila anda bercadang untuk memasang unit aircond di kediaman anda, anda juga perlu bersedia untuk membayar bil elektrik dengan lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ini kerana penggunaan AC ini memerlukan tenaga elektrik yang banyak berbanding kipas meja biasa. 

Namun dengan teknologi yang semakin pesat kini terdapat model air cond yang mempunyai fungsi untuk menjimatkan elektrik. Untuk mengetahui samada satu-satu model aircond tersebut lebih jimat tenaga elektrik adalah dengan melihat pada rating star yang terdapat pada stiker The Energy Efficiency Label. Lebih tinggi rating star lebih penjimatan elektrik satu-satu model aircond.

 
Split atau ceiling mounted air conditioner

Tips seterusnya adalah anda mestilah menggunakan jenis penghawa dingin yang betul untuk kediaman rumah anda. Di malaysia terdapat dua jenis penghawa dingin iaitu:

  • Split AC
  • Ceiling mounted AC

Kebanyakkan rumah di Malaysia menggunakan split AC yang mana mempunyai outdoor compressor dan unit AC di dalam rumah. AC ini adalah yang paling banyak digunakan untuk ruang jenis bilik dan ruang tamu rumah. 

Untuk jenis ceiling mounted AC ini sesuai untuk kegunaan ruang yang besar seperti rumah agam ataupun dewan. Aircond jenis ini mempunyai beberapa bahagian yang salah satunya dipasang di siling dan mempunyai saluran belakang yang besar untuk menampung kapasiti ruang yang luas. AC jenis ini hanya sesuai untuk ruang yang mempunyai siling yang tinggi seperti dewan dan bangunan.

Kualiti & Kelajuan udara

Kualiti udara yang dihasilkan oleh sebuah aircond juga menentukan samada ia bagus atau sebaliknya. Selain berfungsi untuk menyejukkan udara di dalam bilik, aircond yang bagus juga boleh mengurangkan kelembaban pada ruang bilik. Fungsi ini sangat penting apabila masuknya musim hujan atau ketujuh di Malaysia.

Selain itu, anda juga perlu melihat fungsi kelajuan udara yang ada pada aircond anda. Sebuah AC yang bagus mempunyai fungsi kipas dan swing yang boleh laras mengikut pilihan semasa anda. 

Multi purpose Air Cond

Sebuah penghawa dingin yang canggih akan mempunyai fungsi multipurpose iaitu boleh menyejuk dan memanaskan udara sekitar bilik. Fungsi ini mungkin ramai yang tidak tahu kerana di Malaysia mempunyai cuaca yang panas sepanjang tahun. Fungsi memanaskan udara ini sangat sesuai digunakan ketika masuknya musim ketujuh ataupun pada ketika waktu sedang sejuk seperti waktu pagi.

4 Penghawa Dingin Murah Tapi Berkualiti (Trusted Supplier)

Berikut adalah beberapa jenis model penghawa dingin murah yang anda boleh dapat secara dalam talian di Shopee sahaja. Model-model ini adalah antara yang popular dan dijual oleh seller Shopee Mall yang trusted dan berkualiti. Dari segi harga, rata-rata model ini anda boleh dapatkan dengan harga sekitar RM1000 sahaja, ia masih dikira murah dan yang lebih penting mempunyai kualiti yang bagus. 

Hisense Standard Air Conditioner air cond (1.5HP) R32 AN12CBG

Aircond Murah

Sebuah model penghawa dingin jenama hisense yang popular di Shopee, model ini anda boleh dapatkan dengan harga sekitar RM1000 sahaja seunit. Dari segi penggunaan tenaga pula ia berada pada rating 3 star yang mana tahap sederhana. Dengan setiap pembelian model R32 AN12CBG anda dilindungi dengan warranty setahun daripada kilang Hisense. 

Dari segi spec unit aircond ini sudah cukup untuk memberikan keselesan yang optima dengan harga RM1000 sahaja. Untuk rujukan lanjut anda boleh menekan butang yang disediakan untuk ke laman jualan rasmi ShopeeMall Hisense.

Hisense Standard Air Conditioner air cond (1.0HP) R32 AN09CBG

Aircond Murah

Model seterusnya adalah juga daripada jenama Hisense tetapi mempunyai spec yang kurang berbanding model R32 AN12CBG, iaitu model R32 AN09CBG. Model ini dikeluarkan adalah untuk memenuhi pasaran aircond murah di Malaysia. Ia dijual dengan harga sekitar RM800 sahaja dengan spec yang kurang berbanding model yang lain. 

Walaupun dijual dengan spec yang kurang, ia masih boleh digunakan untuk keperluan bilik yang kecil di rumah anda. Tahukah anda juga dengan kapasiti spec yang kecil juga menandakan ia lebih kurang penggunaan tenaga elektrik berbanding model lain. 

Midea 1.0HP XTREME DURA Wall Mounted Air Conditioner

Aircond Murah

Model aircond murah seterusnya adalah daripada jenama Midea 1.0HP XTREME DURA. Model ini menawarkan penghawa dingin jenis wall mounted yang kurang bunyi bising dan cepat sejuk. Penghawa dingin ini juga mempunyai fungsi mengesan kebocoran pada model (Refrigerant Leakage Protection). 

Model ini sesuai bagi anda yang mencari aircond murah untuk kegunaan ruang yang luas dan tinggi. Dengan setiap pembelian model ini akan dilindungi dengan warranty sehingga 5 tahun. 

Haier Turbo Cool Non Inverter 1.0HP Air Conditioner

Sebuah model penghawa dingin Haier yang popular dengan harga mampu beli iaitu sekitar RM800 sahaja. Model ini dilengkapi dengan turbo mode dan angin yang kuat. Selain itu, ia mempunyai satu kekurangan iaitu hanya mempunyai rating 2 star sahaja pada label penggunaan tenaga. Maka ia menggunakan tenaga yang lebih berbanding model-model yang lain. 

Penghawa dingin ini juga dilindungi dengan warranty selama 3 tahun untuk kerosakan umum, dan 5 tahun untuk kerosakan pada compressornya.  

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Bagi golongan pertengahan yang inginkan keselesaan udara sejuk pada kediaman mereka pastinya inginkan model penghawa dingin yang berkualiti dengan harga mampu milik. Walaupun untuk dapatkan aircond murah dengan harga bawah RM500 adalah sukar (kecuali model second hand) namun tidak salah jika anda laburkan budget sekitar RM1000 untuk dapatkan penghawa dingin yang berkualiti, tahan lama, dan yang paling penting jimat penggunaan tenaga elektrik bulanan rumah anda. Anda mencari kabinet dapur dengan budget yang terhad? Boleh terus ke laman kabinet dapur murah di Malaysia.

Scroll to Top
Scroll to Top