Kabinet Dapur Murah

kabinet dapur murah

Kabinet dapur murah adalah antara alatan dapur yang popular masa kini, set kitchen cabinet murah ini pastinya menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Malaysia yang inginkan perabot dapur untuk kegunaan harian dan juga untuk dekorasi. Disini kami kongsikan semuanya yang anda perlu tahu tentang kabinet dapur murah dan beberapa model kabinet dapur yang popular untuk rujukan anda. 

Bagi anda yang mencari kabinet dapur baru, pastinya anda inginkan jenis kabinet yang sesuai dengan bajet poket anda. Berita baiknya, kini terdapat banyak jenis kabinet yang anda boleh dapati dengan harga bawah RM300 sahaja, bahkan terdapat juga set cabinet simple yang berharga sekitar RM100 sahaja. Nak tahu lebih lanjut boleh teruskan membaca slot perkongsian ini hingga habis.

4 Tips Sebelum Membeli Kabinet Dapur Murah

Sebelum anda bercadang untuk membeli jenis kabinet dapur anda, anda mestilah melihat dan mengambil kira beberapa perkara agar kabinet baru anda berbaloi dengan wang yang anda keluarkan. Berikut adalah beberapa tips yang anda perlu tahu sebelum membeli kabinet dapur murah anda. 

Kenalpasti jenis material

Perkara utama yang anda perlu lihat adalah pada jenis material yang digunakan. Jenis material ini menentukan samada kabinet dapur anda boleh bertahan lama atau tidak. Semua maklum bahawa dapur adalah tempat yang terdedah dengan wab panas dan lembap, jadi pastikan anda memilih jenis material yang tahan lasak dan terbaik. Antara jenis material yang boleh ada adalah:

  • Wood veneer
  • Plywood
  • Laminate
  • MDF

Empat material di atas adalah jenis material yang sinonim dengan kabinet murah. Harus diingat bahawa material ini tidak tahan lama berbanding jenis kabinet mahal seperti kayu asli dan stainless steel. Oleh itu, langkah penjagaan yang baik adalah perlu bagi memastikan kabinet dapur anda tahan lama. 

Ukuran kabinet

Tips sebelum membeli kabinet baru seterusnya adalah pastikan anda memiliki ukuran yang betul untuk dapur anda. Jika anda mempunyai dapur rumah sendiri, anda boleh membeli kabinet yang besar selagi mana sesuai dengan dapur anda, tetapi bagi anda yang masih menyewa, seeloknya anda membeli jenis trolley yang mudah dipindah dan simple. Ini bagi memudahkan kerja-kerja mengalihkan di kemudian hari. 

Jenis kabinet

Selain daripada ukuran kabinet, anda juga perlu mengambil kira jenis kabinet yang sesuai dengan dapur semasa anda. Kini terdapat pelbagai variasi jenis kabinet dapur yang anda boleh pilih di pasaran. Secara asasnya kabinet terdiri daripada tiga jenis iaitu:

  • Jenis gantung
  • Jenis lantai
  • Jenis trolley

Semua jenis kabinet ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jika anda inginkan kabinet yang murah boleh sahaja anda membeli jenis lantai dan trolley. Dengan variasi model kabinet terkini ini juga menjadikan kabinet simple sangat kemas, cantik, dan mudah digunakan. Jika anda berminat boleh teruskan membaca hingga habis kerana terdapat beberapa jenis kabinet dapur murah serta Voucher Shopee percuma (T&C) terdapat di hujung artikel ini.  

Gantikan Kitchen Organizer 

Dengan wujudnya trend terkini dalam alatan dekorasi rumah menjadikan sekarang sudah banyak jenis rak @ organizer yang boleh menggantikan fungsi kabinet tradisional. Jika dilihat kabinet dapur adalah satu bentuk deko yang mulai ketinggalan zaman. Kini anda boleh menyimpan barangan dapur anda dengan hanya membeli rak organizer yang lebih tahan lama, murah, dan mudah untuk dibawa. Ia juga mempunyai roda untuk memudahkan proses mudah alih mengikut keperluan semasa dapur anda.

6 Kabinet Dapur Budget Terbaik & Popular

Bagi anda yang sedang mencari kabinet yang sesuai untuk dapur rumah anda, disini kami kongsikan beberapa jenis dan jenama kabinet yang popular untuk rujukan anda. Dari segi harga rata-rata model ini mempunyai harga daripada RM70 ke RM400 maksima, jadi anda boleh membuat kira-kira awal jenis manakah yang sesuai dengan bajet semasa anda. 

Kabinet Dapur Berpintu Jenis Gantung

Kabinet yang popular dalam kalangan warganet adalah jenis berpintu dan gantung pada dinding. Model kabinet ini sesuai untuk anda yang mempunyai rumah sendiri kerana ia memerlukan pemasangan pada dinding dapur anda. Tahukah anda sebenarnya boleh mempunyai kabinet ini dengan harga sekitar RM130 sahaja, untuk butiran lanjut anda boleh menekan butang Shopee di bawah untuk terus ke laman rasmi penjual. 

Kelebihan kabinet jenis ini adalah ia boleh menjadi sebahagian daripada deko rumah anda. Selain itu, ia juga boleh menjimatkan ruang dapur anda kerana mengambil tempat penyimpanan di kawasan atas dinding dapur.

Kabinet Dapur Dinding

Jika anda mencari kabinet dapur untuk meletak barang dapur yang bersaiz kecil dan sederhana, anda boleh membeli jenis rak organiser. Walaupun kecil dan kelihatan simple serta tidak berpintu, kabinet rak ini diperbuat daripada material yang mahal dan tahan lama iaitu stainless steel. Dengan harga cuma bawah RM80 kabinet ini sangat sesuai untuk anda yang mencari kabinet murah. 

Kelebihan kabinet jenis organizer ini adalah ia mudah untuk di ubah lokasi jika perlu. Selain itu, ia juga boleh dijadikan kabinet gantung untuk menjimatkan ruang dapur anda. Kekurangan utama adalah ia bersaiz kecil dan anda perlu membeli beberapa unit jika ingin meletakkan barang dapur yang banyak. 

Kitchen Rack Storage Rack With Wheels

kabinet dapur murah

Bagi anda yang inginkan kabinet jenis mudah alih, terdapat sebuah model kitchen organizer yang khas untuk bergerak. Dengan ini memudahkan anda untuk membawa barang dapur anda mengikut kesesuaian semasa berada di dapur. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rak untuk menyimpan barang-barang keperluan lain di rumah anda.  

Model kabinet trolley ini diperbuat daripada jenis stainless steel yang tahan lama dan tahan lasak. Model ini mempunyai tiga jenis variasi pilihan mengikut keperluan barang keperluan anda. Harganya pula adalah sekitar RM100 ke RM160 sahaja. 

Corner Storage Rack Kitchen Trolley Cabinet

kabinet dapur murah

Terdapat juga model kabinet dapur mini untuk dapur anda. Kabinet ini mempunyai tiga pilihan iaitu 2 tingkat, 3 tingkat, dan 4 tingkat. Apa yang menariknya adalah ia turut mempunyai roda pada bahagian bawahnya yang menjadikan ia boleh diubah alih mengikut keperluan semasa. Model kabinet ini berbentuk tiga segi menjadikan ia sesuai dijadikan kabinet di sudut dapur anda. 

Kabinet Dapur Gas Jenis Lantai

kabinet dapur murah

Sejenis kabinet dapur yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat meletak tong gas untuk memasak dan barang memasak. Mempunyai dua jenis bahagian iaitu bahagian tempat meletak barang dan bahagian tempat meletak tong gas. Ia sesuai untuk anda yang mencari kabinet untuk meletak dapur memasak dan keperluan lain. Kabinet dapur murah ini boleh diperoleh dengan harga hanya RM160 sahaja.

Rak Dapur Bertingkat & Beroda

kabinet dapur murah

Jika dapur anda tidak mempunyai banyak ruang, adalah lebih baik anda membeli rak jenis organizer untuk menggantikan fungsi kabinet dapur anda. Kini terdapat banyak jenis organizer dapur untuk pilihan anda, antara yang paling popular adalah jenis rak bertingkat dan beroda ini. Ia mempunyai pilihan 3, 4, 5, dan 6 tingkat yang mana setiap tingkat boleh di “rotate” untuk memudahkan aktiviti dapur anda. Ia juga diperbuat daripada stainless steel dan dijual dengan harga sekitar RM120 sahaja.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Mempunyai kabinet dapur yang sesuai adalah penting bagi setiap rumah. Dengan adanya kabinet yang betul bukan sahaja menjadikan dapur kelihatan cantik, malah memudahkan kerja-kerja memasak di dapur. Dengan banyaknya jenis kabinet dapur murah di pasaran memudahkan lagi anda untuk membuat pilihan jenis kabinet yang terbaik untuk dapur anda. Anda sedang mencari freezer? Boleh terus ke laman freezer murah terbaik untuk rujukan lanjut.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top