Mesin Basuh Murah

Mesin Basuh Murah

Sekarang terdapat banyak mesin basuh murah yang dijual di pasaran untuk pilihan pengguna. Tidak seperti dahulu, kain dan baju yang kotor dibasuh dengan menggunakan tangan, kini hampir kesemua rumah memerlukan mesin basuh untuk memudahkan kerja harian. Pemilihan mesin basuh yang bukan sahaja murah tetapi berkualiti juga perlu, ini bagi memastikan mesin basuh anda tahan lasak untuk kegunaan setiap hari.

Tambahan, dengan teknologi dan kemaskini model mesin basuh terkini menjadikan terdapat banyak jenis mesin basuh tahan lasak pada harga murah sahaja. Dengan harga yang murah anda masih boleh mempunyai mesin basuh yang terbaik untuk kegunaan harian. Jangan lupa grab percuma voucher Shopee di hujung artikel ini.  Nak tahu lebih lanjut boleh terus membaca hingga habis yaa..

Tips Membeli Mesin Basuh Murah 

Jika anda sedang mencari mesin basuh murah terbaik, maka slot ini sesuai untuk rujukan anda. Sebelum membuat keputusan membeli mesin basuh anda mestilah mengambil kira beberapa perkara agar pembelian anda lebih berbaloi dan tidak tertipu dengan harga murah tetapi tidak berkualiti. Antara kriteria yang anda perlu lihat adalah:

Auto atau manual

Anda mestilah melihat terlebih dahulu berapa bajet poket semasa anda. Ini kerana mesin basuh manual lebih murah daripada mesin basuh auto. Jika anda bercadang untuk membeli mesin basuh jenis auto maka anda perlu mempunyai simpanan lebih sedikit berbanding mesin basuh manual. 

Kami lebih cadangkan anda memilih mesin basuk jenis auto kerana kini terdapat beberapa model yang anda boleh peroleh dengan harga sekitar RM500 ke RM600 sahaja. Purata harga ini tidak jauh berbeza dengan harga mesin basuh manual iaitu sekitar RM300 ke RM400. Anda hanya perlu tambah sedikit sahaja untuk dapatkan mesin basuh auto yang lebih memudahkan kerja.

Kapasiti muatan

Setiap model mesin basuh juga mempunyai kapasiti muatan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu, dan boleh membuat pembelian mengikut kapasiti isi rumah anda semasa. Jika anda masih belum berkeluarga anda boleh dapatkan mesin masih muatan kecil dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, jika dan memilih mesin basuh muatan besar ia lebih baik kerana mesin basuh ini berupaya untuk membasuh fabrik yang besar seperti cadar dan bantal. Jadi anda tidak perlu menghantar dobi atau menukar bantal baru dengan kerap

Penggunaan tenaga elektrik

Salah satu perkara penting dalam anda membeli barangan elektronik adalah anda mestilah melihat pada rating star penggunaan tenaga suatu mesin. Pada setiap barang elektrik terdapat label sticker star untuk menunjukkan kadar penjimatan tenaga pada suatu alat elektronik. Rating star terbaik yang dikira jimat tenaga adalah pada 3 star dan ke atas, jadi jadikan pengguna yang bijak

5 Model Mesin Basuh Budget Paling Popular Di Malaysia

Berikut adalah beberapa model mesin basuh murah termasuk jenis auto dan juga jenis manual untuk rujukan anda. Rata-rata harga mesin basuh murah adalah sekitar RM400 ke RM500 sahaja, pada harga sekitar ini anda telah memperoleh model mesin basuh murah di pasaran Malaysia. Nak tahu lebih lanjut jom teruskan membaca.

Mesin Basuh Pensonic PWS-6004 6kg Semi Auto

Model mesin basuh murah yang pertama adalah daripada Pensonic semi auto mesin basuh. Mesin basuh manual ini adalah antara yang popular di laman jualan dalam talian Shopee. Dengan harga RM350 anda sudah boleh memiliki sebuah mesin basuh manual yang tahan lasak untuk kegunaan harian.

Model ini mempunyai muatan yang sedikit berbanding model mesin basuh lain iaitu 6kg sahaja. Ia mempunyai tempat mengering pakaian menjadikan ia separa auto. Setiap pembelian melalui butang di bawah anda layak menerima warranty selama setahun.

Mesin Basuh Mini

Mungkin model ini bukan pilihan bagi anda yang sudah berkeluarga atau mempunyai isi keluarga yang ramai. Namun mesin basuh mini ini juga sesuai untuk anda yang bujang atau boleh dijadikan mesin basuh mudah alih untuk ke mana-mana sahaja. Dengan harga RM160 sahaja tidak salah jika anda membeli mesin basuh mini ini untuk kegunaan membasuh kain yang ringan seperti kain buruk atau kain basahan. 

Mesin basuh kecil ini mempunyai kapasiti muatan sebanyak 4kg dan mempunyai berat hanya 5kg sahaja. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh dan mengeringkan kain baju anda. Untuk maklumat lanjut boleh terus tekan butang dibawah dan terus ke laman Shopee

MIDEA 7.5kg Fully Auto Washing Machine

Model mesin basuh jenama Midea ini adalah model auto yang mempunyai muatan sebanyak 7kg. Mesin basuh ini adalah yang paling popular dan termurah untuk jenis auto yang dijual di Shopee. Model ini dijual dengan harga sekitar RM700 sahaja dan mempunyai warranty selama 2 tahun. 

Model ini boleh menampung muatan sebanyak 7.5kg untuk setiap basuhan dan berkeupayaan untuk membasuh dengan cepat iaitu 15minit. Terdapat beberapa pilihan untuk warranty motor jika berlakunya kerosakan, anda boleh memilih mengikut bajet semasa anda. Untuk rujukan lanjut boleh tekan butang di bawah.

Sharp 7KG Washing Machine

Bagi anda yang mempunyai bajet sekitar RM600 boleh dapatkan model mesin basuh murah daripada Sharp. Model ini mempunyai kapasiti muatan sebanyak 7kg dan mempunyai sistem auto soak wash dan quick wash. Model jenama daripada jepun ini juga menawarkan warranty selama 2 tahun untuk kerosakan umum dan warranty 10 tahun untuk kerosakan motor.

Dari segi spec mesin basuh ini ternyata adalah mesin basuh terbaik untuk anda yang mempunyai budget yang rendah. Daripada jenama yang popular dan dilindungi bersama warranty selama 10 tahun pastinya memberi keyakinan untuk membeli. 

Morgan 7Kg Fully Auto Washing Machine

Salah satu jenama yang murah untuk mesin basuh iaitu daripada brand Morgan. Mesin basuh auto ini mempunyai kapasiti buatan sebanyak 7kg dan mempunyai fungsi quick wash dan magic filter. Untuk penjimatan tenaga pula model ini berada pada rating 3 star yang mana masih boleh dikira terbaik untuk digunakan dan jimat. Dengan setiap pembelian model daripada Morgan ini anda dilindungi dengan warranty selama 2 tahun. Untuk rujukan lanjut boleh terus ke laman jualan dengan menekan butang di bawah. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

 Akhir Kata

Mempunyai mesin basuh yang berkualiti ini pastinya sangat berguna untuk memudahkan urusan membasuh pakaian setiap hari. Dengan adanya model mesin basuh mampu beli ini membolehkan setiap rumah mempunyai kemudahan mesin basuh dan tidak perlu keluar ke dobi untuk membasuh baju. Kami cadangkan anda memilih model mesin basuh auto kerana ia lebih memudahkan kerja berbanding jenis manual, tambahan jika dilihat pada harga tidaklah berbeza dengan ketara. Anda mempunyai taman mencari gazebo untuk rumah anda? Boleh terus ke laman gazebo murah untuk rujukan lanjut. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version